You are on page 1of 21

Perbandingan antara Teori Pemusatan Klien ,Teori Rasional Emotif Behavioral dan Teori Behavioris

Nama : 1. MUHAMMAD IZZUDDIN BIN KHALID 2. INTAN SOLEHAH BINTI NASARRUDDIN 3. NOR AKMALINA BINTI MOHAMAD ROSIDI

LATAR BELAKANG

Teori Pemusatan Perorangan

Teori Behavioris

Teori Rasional Emotif Behavioral

Dipelopori oleh Carl Ransom Rogers. Dilahirkan pada 8/1/1902 dan meninggal dunia pada 1987 .

Diasaskan oleh Ivan Pavlov , John Watson dan B.F Skinner .

Pelopor bagi teori ini ialah Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada 1913 di Pittsburgh dan dibesarkan di New York .

Mempunyai keluarga yang sangat berdisiplin , penuh keagamaan dan bermoral tinggi .

Beliau menjadi Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 1963) dan pengarah di Centre for the Studies of the Person pada 1968 1987 )
Melihat manusia pada asalnya baik , cekap , berkeupayaan , sosial , sentiasa bergerak ke hadapan dan berkembang .

Eksperimen mengenai little Albert menjadi asas kefahaman dalam teori ini .

Pendapat beliau ialah proses kaunseling menolong individu itu mengenal dan menerima kelakuan yang diterima .

Ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran .

Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason and Emotion In Psychotherapy dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul A Guide to Rational Living.

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA


Teori Behavioris
Manusia: Dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional. Mampu memberi respon terhadap ransangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari sahaja. Mempelajari dan menyimpan pola-pola tingkahlaku, seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa depan, sekiranya diperlukan.

Teori Pemusatan Perorangan


Manusia: Mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati. Mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak, sekiranya diberi peluang. Berkebolehan untuk memilih nilai masingmasing.

Terapi Rasional Emotif


Manusia tidak dianggap sebagai baik atau jahat sekiranya mereka memberi respon berdasarkan sistem kepercayaan yang rasional. Hanya apabila reaksi mereka tidak rasional, maka mereka akan menganggap diri dan orang lain sebagai jahat, tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab. Bagi Ellis, secara semula jadi, manusia bersifat tidak rasional, dan cenderung kepada kegagalan.

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA


Teori Behavioris

Teori Pemusatan Perorangan


Mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif. Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masing-masing. Berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan.

Terapi Rasional Emotif

KONSEP UTAMA

KONSEP UTAMA
Teori Behavioris
Tumpuan diberi kepada masalah dan proses tingkah laku masa kini yang boleh diperhatikan. Tingkah laku maladaptif adalah hasil pembelajaran, oleh itu, prinsip pembelajaran boleh digunakan untuk mengubah tingkah laku tersebut.

Teori Pemusatan Perorangan


Reaksi seseorang terhadap dunia fenomenanya bergantung kepada persepsi dan pengalamannya. Fenomenologi seseorang merupakan indikator yang paling baik untuk memahami tingkah lakunya. Tingkah laku seseorang itu adalah selaras dan kongruen dengan konsep kendirinya.

Terapi Rasional Emotif


Menggunakan konsep A-BC-D-E untuk menjelaskan bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku: A Adalah sesuatu peristiwa, fakta, sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Contoh: gagal dalam ujian. B Adalah sistem kepercayaan yang dianutinya. Contoh: aku bodoh. C Merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian oleh B akan A, dan pentafsirannya. Contoh: merasa dukacita dan kecewa.

KONSEP UTAMA
Teori Behavioris
Kaedah saintifik digunakan untuk menilai keberkesanan prosedur dan teknik kaunseling.

Teori Pemusatan Perorangan


Makin banyak pengalaman yang ditimba dan diterima oleh seseorang, makin mudah baginya menerima dan memahami orang lain.

Terapi Rasional Emotif


D Merupakan kaedahkaedah dan strategistrategi saintifik yang digunakan untuk berhujah, mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang telah menyebabkan individu mengalami sesuatu reaksi emosi yang tidak rasional. Contoh: saya harus berusaha lagi E Pemikiran menjadi normal semula dan mempunyai sistem kepercayaan dan nilai yang rasional dan positif. Contoh: merasa bersemangat semula.

MATLAMAT

ASPEK

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN (HUMANISTIK) Membantu klien memerihalkan perasaan mereka Mengenalpasti dan membezakan antara perasaan-perasaan yang timbul. Mengubah atau menerima perasaan tersebut. Hubungan antara kaunselor dan klien berasaskan interaksi dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. Kaunselor akan berusaha untuk mengurangkan serta menghapuskan segala halangan atau penentangan yang wujud dalam diri klien

TEORI TINGKAH LAKU / BEHAVIORIS Untuk menyediakan keadaan dan persekitaran yang baik agar semua tingkah laku klien yang tidak baik dihapuskan. Klien diajar untuk kuasai tingkah laku yang baru dan baik serta sesuai bagi menggantikan tingkah laku yang tidak dikehendakinya.

TEORI TERAPI RASIONAL EMOTIF (RET) Membantu individu membetulkan cara pemikiran yang salah (tidak rasional) kepada pemikiran yang lebih realitik dan nyata (rasional) Berharap seseorang individu itu akan berubah dan berfikiran terbuka serta boleh menerima kekurangan serta kesilapan diri sendiri

MATLAMAT

ASPEK

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN (HUMANISTIK) Kaunselor akan berusaha untuk mengurangkan serta menghapuskan segala halangan atau penentangan yang wujud dalam diri klien. Ini bertujuan untuk mengembangkan kebolehan klien untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam Kaunselor hanya membimbing klien dalam proses pengembangan agar klien dapat berhadapan permasalahan hidupnya. (fasilitator)

TEORI TINGKAH LAKU / BEHAVIORIS

TEORI TERAPI RASIONAL EMOTIF (RET)

PROSES

Teori Pemusatan Perorangan

Teori Behavioris

Teori Rasional Emotif Behavioral 1. Peringkat I Membina hubungan kaunselor klien dengan teknik mendengar secara empatik dan membina iklim yang teraputik .

1. Penstrukturan Kaunselor menerangkan kepada klien proses kaunseling tersebut .

1. Mengenalpasti masalah

Mengenalpasti teknik mana yang akan dipilih sesuai dengan tingkah laku yang ingin di ubah .

2. i)Membina hubungan ii) Menyatakan masalah melalui penerokaan . iii) Meneroka masalah

2. Menetapkan tujuan .

2. Peringkat II Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABC.

Apakah tujuan yang dinginkan oleh klien ? Adakah tujuan itu realistik ? Apakah kelebihannya ? Apakah kekurangannya ?

3. i) Alternatif ii) Pemilihan alternatif

3. Penerapan teknik .

3. Peringkat III

Menentukan strategi belajar yang terbaik untuk membantu klien mencapai perubahan tingkah laku yang diinginkan. Kaunselor dan klien mengimplementasikan teknik kaunseling yang sesuai dengan masalah yang dialami klien .

Kaunselor membantu klien membezakan kepercayaan rasional dengan tidak rasional . Memahami bagaimana kepercayaan rasional membawa hasil positif manakala kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif .

4. i) Penilaian ii) Penamatan

4. Penilaian dan penamatan . Tingkah laku klien digunakan sebagai pengukur untuk menilai keberkesanan kaunselor dan teknik yang digunakan .

4. Peringkat IV Menggunakan teknik pertikai dari masa ke semasa untuk melatih klien mencabar kepercayaan tidak rasionalnya .

TEKNIK

(HUMANISTIK) TEKNIK Asas terapi berpusat klien adalah mewujudkan satu perhubungan empatik antara kaunselor dengan klien yang membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan dan spontan. Terapi ini memerlukan penyertaan klien dan kaunselor Antara teknik lain adalah : Modifikasi tingkah laku secara kognitif. Strategi pengajaran kendiri dan latihan pengurusan tekanan digunakan. Bagi strategi pertama, kecelaruan pemikiran distrukturkan semula agar dapat meningkatkan keupayaan menangani masalah yang timbul. Bagi strategi kedua, klien belajar kaedah menangani Refleksi perasaan tekanan seperti latihan Sikap mendengar masalah releksasi, menyelesaikan klien dengan penuh minat masalah, pemantauan dan simpati kendiri dan pengukuhan Menggalakkan klien kendiri. menyatakan masalahnya secara terbuka di mana perasaan klien diterima dan dijelaskan.

(RET) Teknik Kognitif yang terdiri daripada penstrukturan semula domain kognitif dengan merujuk kepada akronim A-B-C-D-E A- Activating experience (peristiwa yang menggerakkan) B- Belief system (sistem kepercayaan) C- Consequences (akibat) D- Dispute (mencabar kepercayaan tidak rasional) E- Effect (kesan)

Perhubungan kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan. Kepermisifan itu menggalakkan pembentukkan celik akal yang menyebabkan perubahan tingkah laku. Kaunselor meletakkan tanggungjawab kepada klien untuk tindakan, pemikiran dan keputusan. Bertoleransi, di mana kaunselor memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir, berasa dan bertindak.

Modelling Mengandungi dua komponen, iaitu pemerhatian dan peniruan yang amat sesuai bagi merawat fobia dan ketakutan.

Desensitasi bersistematik Bertujuan menangani ketakutan yang keterlaluan akibat kematian, kecederaan dan sebagainya secara berperingkat.
Ekonomi token Diberi untuk mengukuhkan tingkah laku positif yang boleh ditukar kepada bentuk kebendaan dan lama

Menurut Ellis, tugas kaunselor adalah menunjukkan kepada klien bahawa seseorang itu kecewa (C- akibat) bukan kerana peristiwa yang menggerakkan (A) tetapi kerana sistem kepercayaan (B) yang salah. Sebagai contoh : Seorang pelajar gagal dalam peperiksaan SPM berasa amat kecewa (Cakibat) kerana dia mempercayai (B) bahawa masa depannya sudah terjejas dan bukan kerana A (peristiwa gagal dalam SPM)

Kaunselor hendaklah membetulkan sistem kepercayaannya (B) yang tidak rasional. Cth : masa hadapan tidak akan terjejas selamalamanya kerana dia boleh mengambil SPM sekali lagi sehingga lulus. Kepercayaan baru adalah lebih rational Situasi ini dinamakan D (dispute) Setelah mencapai D ( kepercayaan rasional), individu itu akan mengalami E (effect) atau kesan, iaitu perasaan yang tenang dan lega.

Teknik Emotif yang berfokuskan kepada domain emosi klien. Sehubungan itu, kecindan (humour) , imagery dan sebagainya digunakan bertujuan membantu klien untuk menerima dirinya serta melihat situasi yang timbul dalam konteks dan perspektif yang tepat.

You might also like