You are on page 1of 3

Saat senja melabuh tirai di kaki langit, pada tarikh keramat 15 Januari 1949 bersamaan dengan 15 RABIUL-AWAL SERIBU

TIGA RATUS ENAM PULUH LAPAN HIJRAH, lahirlah seorang putera bernama Haji Abdul Razak Bin Haji Osman di Kg. Takis, Papar. Beliau merupakan anak ketiga dari tigabelas adik-beradik. Mula menjejaki alam keilmuan di Government Primary School, Bongawan pada tahun 1956; Beliau kemudiannya menimba ilmu di beberapa buah sekolah menengah termasuk Sabah College, St Joseph Secondary School, Papar, Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad Kota Belud dan akhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaaan Majakir, Papar. Bermulanya kerjaya sebagai guru adalah ketika beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1968. Pada tahun 1972 1979, beliau memulakan khidmat menjadi pengetua di tiga buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Klias Beaufort, Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan, Papar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan.

Semangat menuntut ilmu yang tidak pernah luntur telah membawa beliau ke University of London dalam Bidang Pengurusan dan Pentadbiran pada tahun 1980. Krebiliti beliau terus bersinar apabila menjawat jawatan Penyelia UNIT KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH di Jabatan Pelajaran Kota Kinabalu pada tahun 1981; Beliau kemudiannya menjadi Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu pada tahun 1982 hingga 1984; Pada tahun 1985 1998, beliau menggalas jawatan Penyelia Unit Sains dan Matematik di Sektor Pengurusan Akademik. Pernah mencurah khidmat selaku guru besar di SK Benoni; Nyata insan istimewa ini terus diberi kepercayaan untuk memegang tampok kepimpinan di Pejabat Pelajaran Daerah Papar selaku Penyelia pada tahun 2002 hingga 2003. Khidmat beliau terus ditagih demi sebuah kecemerlangan. Sebelum bersara wajib pada usia 56 tahun, Haji Abdul Razak Bin Haji Osman, berkhidmat selaku PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM di Pejabat Pelajaran Bahagian Beaufort. Kini, sungguhpun telah bersara, namun beliau kekal aktif dalam bidang sukarela dan khidmat masyarakat.

Tunjang kejayaan seorang suami adalah kasih sayang seorang wanita bergelar isteri. Puan Jainah Bt. Basir ; wanita sumber inspirasi ; sekaligus ibu kepada 8 cahaya mata ini adalah lambang permata kehidupan kepada pasangan bahagia ini.

Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih kekal cemerlang sepanjang zaman

Maka dengan ini diumumkan anugerah Tokoh guru daerah Papar 2013: Tuan Haji Abdul Razak Bin Haji Osman

You might also like