You are on page 1of 4

INTRO Haji Mohd. Zajih Bin Haji Edinin telah diputerakan pada 30 Ogos, 1953 di Kota Klias, Beaufort.

Beliau merupakan anak keempat dari enam beradik. ZAMAN KERJAYA Kerjaya sebagai guru bermula apabila beliau menyandang tugas sebagai guru sementara di Sk Karamunting Sandakan pada tahun 1972. Minat yang begitu mendalam terhadap profession keguruan akhirnya mendorong beliau untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kent, Tuaran. 10 tahun berkhidmat sebagai guru biasa , Haji Mohd. Zajih Bin Haji Edinin menyambung pengajiannya selama satu tahun di MPIK, Kuala Lumpur. Kerjaya beliau semakin berkembang apabila untuk pertama kalinya diberi mandat memegang jawatan selaku guru besar di Sk. Kelatuan pada tahun 1995 1996. Beliau kemudiannya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Penyelia Bahagian Teknologi Pendidikan di JPNS pada tahun 1988 dan Penyelia di PPD Papar pada tahun 1997. Pada tahun 2000, beliau mencurahkan khidmat sebagai guru besar di Sk. Kinarut, Papar.

Akhirnya beliau menamatkan perkhidmatannya pada tanggal 30 Ogos 2011 dengan meninggalkan inovasi2 tersendiri untuk diwarisi oleh mereka yang cintakan kegemilangan BIDANG KURIKULUM `Sumbangan beliau dalam bidang kurikulum berada di puncak kejayaan apabila beliau telah berjaya mengharumkan nama sekolah yang beliau terajui menjadi antara yang pertama yang menerima Anugerah Tawaran Baru New Deal pada tahun 2011. BIDANG KOKUM Sumbangan beliau dalam dalam bidang kokurikulum juga tidak dapat dinafikan lagi. Sekolah yang diterajuinya terus unggul dengan pelbagai anugerah antaranya: Makmal Komputer Terbaik di Sabah Naib johan Pertandingan tarian peringkat Negeri Sabah Johan Paluan Kompang dan Formasi Peringkat Negeri Sabah

ANUGERAH YANG DITERIMA Biarpun jasa ditabur penuh ikhlas, Budi dicurah tidak minta dibalas,

Namun sebagai menghargai segala sumbangan beliau telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dengan Melintang pada tahun 1997 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kemneterian (APC) pada tahun 2007 Guru Besar Cemerlang DGA 38 pada tahun 2008.

KEHIDUPAN SELEPAS BERSARA Beliau terus bergiat aktif dalam bidang sukarela meski telah bersara. Beliau kini adalah Setiausaha Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Sabah bagi tahun 2012-2014. Namun, apa yang lebih indah ialah kini, beliau mampu meluangkan lebih banyak masa bersama isteri tersayang iaitu Puan Hajah Maisalam Binti Pangiran Haji Sulaiman bersama empat orang anaknya yang tercinta. --------------------------------------------SPEECH BY HIM--------------------------------PENUTUPAN Maka, akhirnya, pada hari ini, setelah menelusuri sirah cemerlang beliau yang tidak pernah jemu-jemu menabur bakti dengan komited dan keikhlasan,

Wajarlah Haji Mohd. Zajih Bin Haji Edinin dianugerahkan tokoh guru daerah Papar. ------------------------------------------------------------------------------------------------Back up kalau masa masih panjang PENGLIBATAN DI LUAR TUGAS RASMI Di samping aktif dalam tugas utama, beliau juga menjawat jawatan penting dalam kegiatan diluar tugas rasmi antaranya: Hakim Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan YDP Majlis Guru Besar Negeri Sabah YDP DiPertua Majlis Guru Besar Pendidikan Khas Negeri Sabah

You might also like