You are on page 1of 16

Jenis Jenis Pentadbir

Pentadbir LAISSEZ-FAIRE
Pentadbir yang tidak menonjolkan diri malah tidak menunjukkan kepimpinannya. Mebiarkan organisasi itu berfungsi dengan sendiri dan melakukan apa sahaja yang diingini. Pentadbir ini menggunan sedikit sahaja kuasa formal dan tiada usaha untuk mendapatkan kuasa tidak formal. Mengakibatkan individu lain mempunyai sifat putus asa dan semangat individu yang rendah.

Pentadbiran jenis ini menyebabkan percubaan idea-idea baru tanpa kawalan dan wujudnya program baru yang tidak menjamin kebaikan yang akan diterima. Kewujudan pentadbiran ini adalah kerana pentadbir tidak bersedia secara professional.

Kelemahan Pentadbir LAISSEZ-FAIRE


Kekurangan dari segi kepimpinan. Kakitangan adalah lemah. Program dan polisi yang lemah dijalankan berterusan tanpa had. Guru dan jurulatih berkhidmat tanpa cabaran atau pembetulan. Tidak banyak perancangan jangka masa panjang.

Pentadbiran Autokratik atau Autoritatif


Pentadbiran yang menggunakan kuasa mutlak. Pemimpin diberi kuasa tanpa had untuk digunakan mengikut kesesuaian. Keputusan yang dibuat adalah berkaitan dengan pendapat dan bukannya daripada pemikiran yang mendalam. Pentadbiran ini menghasilkan insan Pak Turut yang kurang berinisiatif dan berminat kerana diarahkan untuk menjalankan tugas tanpa persoalan.

Keberkesanan
Tidak banyak mesyuarat yang dijalankan. Jika ada, tidak banyak perkara yang dibincangkan dan merupakan tempat untuk menerima dan memberi arahan. Perubahan polisi yang cepat kerana tiada persoalan yang dibuat. Bagi individu yang lemah, pentadbiran ini berkesan kerana mereka boleh berfungsi dengan baik dengan menerima arahan tentang bagaimana dan bila untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kelemahan
Keputusan yang dibuat tanpa mngambil semua fakta yang akan mempengaruhi organisasi. Program hanya ditentukan oleh ketua. Tiada kumpulan perbincangan untuk mendapakatkan kata sepakat. Kakitangan tidak diberi peluang untuk menyuarakan idea-idea baru. Kakitangan menjadi penerima dan sebarang aduan dianggap sebagai cabaran kepada organisasi tersebut.

Pentadbiran Demokratik
Pentadbir menggunakan kuasa formal dengan sepenuhnya disamping tidak mengabaikan kuasa tidak formal. Membenarkan tingkah laku bebas dengan mengadakan mesyuarat selalu. Memberi peluang kepada individu untuk memberi sumbangan dalam membuat keputusan dan perlaksanaan keputusan tersebut. Staf baru dapat menimba pengalaman dalam hal pentadbiran melalui kerja yang diberikan.

Kelemahan
Perlaksanaan program dan polisi memakan masa yang panjang. Jawatankuasa diperlukan untuk membincangkan program dan polisi organisasi. Dalam perbincangan perkara kecil mungkin diperbesarkan. Segala keputusan adalah berdasarkan keupayaan dan kebolehan umum kakitangan dalam organisasi tersebut.

Pentadbir Diktator yang murah hati.


Pentadbir yang sangat peramah, mudah ditemui, bertimbang rasa dan prihatin terhadap kakitanganya. Memupuk semangat kerja yang kuat dan produktiviti adalah tinggi. Kakitangan terlalu bergantung kepada pemimpin sehingga mereka hilang ciri untuk berdikari. Juga menyebabkan kehilangan inisiatif dan kreativiti dikalangan kakitangan.

Kelemahan
Mewujudkan golongan kakitangan Pak Turut kerana hanya menerima arahan. Hilang daya inisiatif dan kreatifiti kerana segala urusan merupakan arahan dari atas. Pentadbir dianggap lebih bijak dan berpengalaman berbanding kakitangan lain. Dengan itu, keputusan yang dibuat ditentukan oleh pentadbir itu sendiri.

Ciri - Ciri Seorang Pentadbir Pendidikan Jasmani Yang baik


Memiliki kriteria asas.
Mempunyai pendidikan formal yang baik. Mempunyai pengalaman yang tersendiri. Mempunyai keadaan mental dan emosi yang stabil dan terkawal. Mempunyai sahsiah yang baik. Mempunyai kesihatan fizikal dan kesihatan yang baik. Boleh berkomunikasi dengan baik.

Kemahiran Pemimpin
Kemahiran Teknikal

Kemahiran Kemanusiaan

Kemahiran Konseptual

Kemahiran Teknikal
Merupakan kecekapan dan kefahaman tentang satu khusus. Kebolehan untuk menganalisa dalam penggunaan alat-alat dan teknik untuk bidang-bidang khusus. Contoh:
Membuat belanjawan. Merancang dan memeliharan kemudahan. Melatih atlit. Melakukan perhubungan awan dan penilaian.

Kemahiran Kemanusiaan
Keupayaan seseorang bekerja sebagai ahli pasukan dan kebolehan seseorang itu membina usaha kerjasama di kalangan ahli pasukan yang dipimpinnya. Kemahiran yang ditekankan adalah berkaitan perhubungan awam, memahami diri sendiri dan orang lain serta kerjasama yang baik. Penting untuk mengekalkan keharmonian dan membawa perubahan dalam mentadbir sesuatu konflik.

Kemahiran Konseptual
Kebolehan seseorang memerhati dan menganalisa suatu usaha secara menyeluruh. Tidak begitu penting di dalam organisasi yang kecil tetapi impak yang besar dalam organisasi yang lebih besar. Memberi kesan kepada kejayaan sesuatu pentadbiran.

You might also like