You are on page 1of 1

Ruj.Kami : CBB0015.

100-16/1/1(8) Tarikh : 17 Mei 2013 Ustaz Wan Mohd Taqiuddin bin Wan Husin, SM Agama Persekutuan Bentong, Melalui: Pengetua, SM Agama Persekutuan Bentong, 28600 Mempaga, Pahang Darul Makmur. Tuan/Puan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ Dengan segala hormat dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerohanian dan Bina Insan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sulaiman akan mengadakan Program Sambutan ISRAK DAN MIKRAJ 1434H peringkat sekolah seperti ketetapan berikut: Tarikh Masa Tempat : 14 Jun 2013 (Jumaat) : 11.00-12.10 pagi : Dewan SK Sulaiman

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak tuan agar memberi kebenaran kepada nama yang berkenaan untuk hadir sebagai penceramah. 4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan. Segala kerjasama daripada pihak puan amat dialu-alukan. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah. [ AZOR BIN YUSOF] Guru Besar, SK Sulaiman, 28700 Bentong, Pahang s.k1. PPD Bentong 2. Fail Bina Insan

You might also like