You are on page 1of 3

LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP ( Laporan antara 8- 10 muka surat)

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF 1) : Membuka minda pelajar untuk membina Egg Sober yang kreatif. : SAIFUL KHUSAINI BIN SHAMSUL BAHRI : PISMP RBT / PJ / BM : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH : EGGSORBER : 3 JAM

2) 3)

Mengetahui bahan yang sesuai untuk menghasilkan reka bentuk Egg Sober. Menyemai sifat tanggungjawab dan bersatu.

STRATEGI PELAKSANAAN: 1) Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan 2 bahan sahaja untuk membina Egg Sober.

2) 3) 4)

Murid-murid wajib menggunakan straw sebagai satu daripada bahan utama. Murid hanya boleh menggunakan telur yang telah dibekalkan oleh guru sahaja Meniru atau cubaan meniru adalah dilarang sama sekali.

REFLEKSI: 1) Kekuatan Projek/Aktiviti Antara kekuatan projek yang saya jalankan ialah menguji semangat berpasukan pelajar selama tempoh pembikinan projek Eggsorber ini. Pelajar juga dapat mencuba projek mereka dan merasai kejayaan dalam bentuk satu satu pasukan. Projek ini juga adalah satu daripada langkah awal untuk pelajar mengenali dunia inovatif dan kreatif. Pertandingan berdasarkan projek ini juga disambut baik pada hari pertandingan. Kami juga meminta murid-murid dari Tahap 1 untuk turun bagi melihat pertandingan yang dijalankan. Ini akan membuka minda mereka tentang perkara baru yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

2)

Kelemahan Projek/Aktiviti : Antara kelemahan projek ini ialah masa yang kurang mencukupi dalam membina Eggsorber. Masa yang panjang diperlukan untuk membina satu Eggsorber yang betulbetul mencapai kehendak pelajar, dan ini sedikit sebanyak menganggu pelajar untuk betul-betul focus dalam membina Eggsorber yang berkesan dan kemas. Semangat berpasukan juga kurang ditunjukkan di dalam setiap pasukan dan pelajar hanya menunding jari atau meminta rakan mereka yang aktif sahaja untuk membuat projek tersebut. Bahan juga merupakan satu kelemahan projek kerana semasa projek pembinaan dijalankan, ramai pelajar yang telah memecahkan telur yang telah diberi guru. Ini juga sedikit sebanyak menganggu pelajar kerana khuatir telur akan pecah semasa pembinaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Antara penambahbaikan yang boleh saya lakukan adalah dengan mempereratkan lagi atau menegaskan pelajar supaya lebih menghargai rakan sepasukan untuk membina sebuah projek ang lebih berkesan. Masa juga perlu diambil kira dalam proses pembinaan kerana masa yang singkat akan menerencatkan pertumbuhan minda murid yang boleh berkembang. Jadi saya menyarankan untuk membuat aktiviti-aktiviti seperti ini ada waktu kokurikulum yang mempunyai masa yang panjang ataupun hari sabtu kerana pelajar akan lebih bersemangat tanpa beban sampingan.

KESIMPULAN : Kesimpulannya, projek ini telah berjalan dengan jayanya dan juga telah memenuhi objektif yang dikehendaki. Pihak sekolah juga berpuas hati dengan pertandingan yang kami jalankan. Guru - guru dari sekolah Kampung Sawah juga banyak membantu dalam menyempurnakan projek ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kami peluang seperti ini untuk dijadikan pengalaman yang sangat berharga bagi kami untuk menempuhi ranjau perguruan kelak.

You might also like