You are on page 1of 16

Senarai Kandungan

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. TAJUK Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukam MUKA SURAT

Penghargaan
Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus Geografi Tingkatan 3 2013 yang bertemakan Pengangkutan Bas. Saya ingin berterima kasih kepada Pengetua SMK Tanjung Lumpur , Puan Fauziah Binti Ali kerana mengizinkan saya menjalankan kajian ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi, Puan Aziah Binti Othman kerana memberi tunjuk ajar dan sumber kepada saya . Seterusnya, setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu saya, Puan Noor Mah Binti Ali kerana telah menyumbangkan tenaga dan masa untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, terima kasih kepada rakan rakan saya, Nurul Diana dan Nur Syawalnie Basyirah yang telah berkongsi maklumat kepada saya. Akhir sekali, kepada pihak-pihak yang terlibat juga saya ucapkan jutaan terima kasih. Sekian , terima kasih.

Pendahuluan
Saya , Amirah Adilah Binti Abdul Karim dan rakan sekelas telah memilih tajuk Pengangkutan Awam di Kampung Pantai Sepat. Kami memilih tajuk ini kerana pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat merupakan keperluan bagi penduduk kampung disitu. Untuk menjalankan kajian ini, guru Geografi kami telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Kami menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Kami memperuntukan masa dari bulan Mac hingga Julai. Saya menyiapkan kajian ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan bersama-sama rakan saya.

Objektif Kajian
Kami menjalankan kajian ini untuk :
Mengenalpasti konsep pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat. Menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat. Menyenaraikan kepentingan perkembangan pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat. Mengkaji masalah perkembangan pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat. Mencadangkan langkah untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat. Memupuk nilai atau unsur patriotik dalam dapatan kajian.

Kawasan Kajian
Nama kawasan kajian ialah Pengangkutan Awam Di Kampung Pantai Sepat , 25150 , Kuantan , Pahang Darul Makmur. Kawasan tersebut telah menerima pengangkutan awam sejak awal tahun 2000 lagi. Kampung Pantai Sepat terletak dalam kawasan Mukim Penor. Kawasan ini juga mempunyai kawasan pinggir pantai. Jarak antara Kampung Pantai Sepat dengan Bandar Kuantan kira kira 20 Km. Anggaran tambang bas dari Kampung Pantai Sepat ke Bandar

Kuantan ialah Rm 3.00.

Kaedah Kajian
Saya telah menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah kajian yang berikut :

PEMERHATIAN
-

Saya telah membuat pemerhatian terhadap jenis pengangkutan awam. Kekerapan perkhidmatan pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat.

SOAL SELIDIK
-

Saya telah menjalankan kaedah ini dengan membuat soal selidik ke atas 20 orang responden daripada penduduk Kampung Pantai Sepat.

RUJUKAN
-

Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Dapatan Kajian
8.1 KONSEP PENGANGKUTAN AWAM Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat , keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud atau konsep Pengangkutan Awam ialah :
-

Pengangkutan : pembawaan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Awam : orang ramai sebagai suatu keseluruhan.

Pengangkutan Awam ialah , sistem pengangkutan bermotor seperti teksi , bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.

8.2 JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAMPUNG PANTAI SEPAT Di Kampung Pantai Sepat , beberapa jenis pengangkutan awam yang telah disediakan. Antara pengangkutan awam yang disediakan ialah :
-

Bas

Pengangkutan awam ini telah memudahkan penduduk setempat bergerak. Pengangkutan ini juga boleh membawa penumpang yang ramai. Bas di kawasan tersebut membawa penumpang dari Kampung Pantai Sepat ke Bandar Kuantan.

Teksi Pengangkutan awam ini boleh membawa penumpang lebih jauh. Teksi boleh membawa penumpang dari Kampung Pantai Sepat hingga ke luar daerah. Teksi boleh membawa penumpang maksima tiga orang.

8.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAMPUNG PANTAI SEPAT

Hasil daripada pemerhatian saya , terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat. Pertama, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan. Kesesakan di jalan raya dapat dielakkan dengan penggunaan bas awam , kereta sewa dan sebagainya . Penumpang tidak perlu menggunakan kereta sendiri . Hal yang demikian dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya . Selain itu, pentingnya pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat adalah untuk mengangkut penumpang. Contohnya , bas awam untuk mengangkut pelajar sekolah manakala kereta sewa untuk mengangkut pekerja dan penumpang lain . Di samping itu , pengangkutan awam juga dapat meningkatkan mobiliti penduduk. Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri atau penduduk yang berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Ia dapat memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan pergi ke sekolah. Akhir sekali , pengangkutan awam dapat menjimatkan kos. Kos menaiki bas awam lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri . Penduduk tidak perlu bayar minyak untuk kereta sendiri. Mereka juga tidak perlu membayar tol dan menjimatkan perbelanjaan rumah. Tuntasnya , saya bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Kampung Pantai Sepat memberi banyak faedah kepada penduduk . Dengan pengangkutan awam , ia memudahkan pergerakan saya untuk ke sesuatu tempat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian saya .

8.4 MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAMPUNG PANTAI SEPAT

Melalaui soal selidik yang telah saya lakukan, terdapat beberapa masalah pengangkutan awam yang terdapat di Kampung Pantai Sepat. Antaranya , pencemaran udara. Pencemaran udara ini berpunca daripada penggunaan diesel oleh bas dan lori. Kenderaan tersebut menghasilkan asap hitam semasa pelepasan asap daripada ekzos. Seterusnya, masalah pengangkutan awam ialah keselamatan penumpang. Pemandu bas atau teksi sering memandu secara merbahaya. Kadangkala, pemandu bas atau pemandu teksi berhenti di tempat kurang selamat dan brek secara mengejut. Pemandu hendaklah bersikap bertanggungjawab terutamanya pemandu bas dan pemandu teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu membawa penumpang. Selain itu, masalah yang dihadapi ialah jangka masa lama. Bas awam selalunya tidak menepati masa seperti sering lewat untuk sampai pada perhentian bas atau destinasi seterusnya . Perjalanan bas sekolah pula mengambil masa yang lama . Oleh itu , pemandu bas sekolah terpaksa mengambil pelajar se awal yang mungkin untuk mengelakkan kelewatan . Di samping itu, masalah pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat ialah masalah tambang mahal. Contohnya, tambang bas sekolah yang mengenakan RM80 sebulan untuk seorang pelajar walaupun jarak tidak terlalu jauh . Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, ia menjadi satu beban yang agak berat untuk mereka . Akhir sekali, masalah yang dihadapi ialah , pemandu menggunakan kenderaan yang lama. Pemandu tidak mengservis kenderaan yang digunakan. Hal ini menyebabkan penumpang kurang selesa untuk menaiki kenderaan terebut . Oleh itu , kita sebagai pengguna jalan raya di Kampung Pantai Sepat, kita hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan tersebut.

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAMPUNG PANTAI SEPAT

Melalui pemerhatian saya, saya mencadangkan supaya mengutkuasakan undang-undang bagi mengurangkan masalah pengangkutan awam yang berlaku . Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sepatutnya mendenda pemandu teksi atau bas yang memandu secara berbahaya. Mengikut wikipidea "satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu, memandu secara melulu dan merbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya". Seterusnya, saya mencadangkan supaya pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk menggunakan petroleum tanpa plumbum. Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara. Selain itu, saya juga turut mencadangkan supaya pemandu bas atau lori yang mengunakan minyak diesel digalakkan supaya mengunakan penapis asap atau dikenali sebagai 'Catalytic converter' . Dengan penggunaanya, kita dapat mengurangkan pengeluaran asap yang merbahaya . Akhir sekali, cadangan untuk mengurangkan masalah ialah, pihak pengurusan perlu mengurangkan kos operasi. Pihak kerajaan perlu memberi subsidi seperti minyak diesel atau alat ganti yang banyak kepada pemandu pengangkutan awam. Hal ini dapat mengurangkan beban penduduk membayar tambang yang menaiki kenderaan awam . Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pihak untuk menjaga alam sekitar supaya sentiasa terjamin. Saya berharap semua pemandu kenderaan awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.

B. Borang Soal Selidik


TAJUK : _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

1. Tandakan ( / ) a. JANTINA ( ) Lelaki

) Perempuan

b. PEKERJAAN/ KERJAYA ( ) Pelajar ( ) Pekerja Kerajaan ( ) Pekerja Swasta ( ) Kerja Sendiri c. PENGANGKUTAN YANG DIGUNAKAN ( ) Kenderaan Sendiri ( ) Bas

) Teksi

) Lain lain

d. KEKERAPAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN ( ) 0 5 kali ( ) 6 10 kali ( ) > 11 kali 2. Pilih dan tandakan ( / ) pilihan yang sesuai.

MEMUASKAN Pengangkutan awam tepat pada masanya Kenderaan awam yang digunakan baru dan mempunyai pendingin hawa Kekerapan pengangkutan awam melalui kawasan anda Pengangkutan awam ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung

TIDAK MEMUASKAN

Lampiran
A. Gambar / Foto
Contoh pengangkutan awam di Kampung Pantai Sepat :

You might also like