You are on page 1of 2

TARIKH : 29 Ogos 2018

MASA : 11.30 pagi -12.30 tengah hari

SOALAN TEMU BUAL : GURU A

1. Apakah tingkah laku bermasalah yang lazim berlaku dalam bilik darjah ?

1. Subjek sains ni susah sebab melibatkan fakta-fakta. Jadi proses PdP menjadi sedikit
2. bosan. Saya perhatikan, murid biasanya meletakkan kepala atas meja menunjukkan
3. rasa mengantuk. Kadang-kadang, kalau ditanya soalan tiada respons dari murid.
4. Tapi saya faham mereka ini ada yang disleksia dan lembam.

2. Bagaimanakah tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah yang mengganggu


kelicinan PdP?

1. Saya terpaksa mengulangi isi pelajaran untuk memastikan mereka memahami


2. pengajaran saya. Jadinya, PdP menjadi lambat. Ataupun, saya terpaksa pergi
3. kepada murid itu sendiri barulah mereka bersuara.

3. Apakah strategi yang sering dilakukan dalam mewujudkan suasana bilik darjah
kondusif dari aspek fizikal kelas, psikososial dan rutin bilik darjah?

1. Saya juga guru kelas ini, saya yang buat susunan meja ni secara berkumpulan.
2. Saya ada juga tampal peraturan dalam bilik darjah. Kalau waktu subjek sains, saya
3. tidak membawa peralatan eksperimen ke dalam kelas bimbang pecah atau rosak
4. saya hanya tunjukkan video.

4. Jika ada tingkah laku yang bermasalah berlaku, apakah model dan intervensi yang
akan guru lakukan?

1. Nasib baiklah dalam kelas ni tiada murid hiperaktif hampIr semuanya pendiam.
2. Saya bagi hadiah seperti pensil kepada murid berjaya menjawab pertanyaan.
3. Bila saya bagi kepada murid yang berjaya menjawab, murid yang lain pun
4. mengangkat tangan untuk menjawab.

5. Jelaskan keberkesanan strategi yang guru laksanakan dalam PdP.

1. Kadang-kadang bila saya meninggikan suara barulah yang letak kepala atas meja
2. akan bangun dan bersandar. Bila saya bagi hadiah pensel, barulah ada yang
3. respons.
TARIKH : 29 Ogos 2018

MASA : 11.30 pagi -12.30 tengah hari

SOALAN TEMU BUAL : MURID A

1. Adakah anda faham perkara yang guru A ajar di dalam kelas? Mengapa.

1. Faham sedikit je. Sebab cikgu cakap banyak sangat. Saya cuma tengok buku teks.

2. Apakah ciri-ciri guru yang anda suka? Jelaskan.

1. Saya suka kalau cikgu bawa barang. Haritu, cikgu kelas sebelah bawa lego lepastu
2. mereka buat binaan. Saya tidak suka guru yang banyak bercakap lepastu menjerit.

3. Apakah cara pembelajaran yang anda suka? Jelaskan.

1. Saya suka main dengan kawan-kawan. Saya suka kalau cikgu bawa barang atau
2. mainan ke dalam kelas.

4. Adakah suasana bilik darjah ini selesa? Mengapa.

1. Selesa sebab cikgu A susun dalam kumpulan. Saya duduk bawah kipas sebab bila
2. tengahari kelas jadi panas. Tapi kalau hujan, kami tutup pintu sebab tempias hujan.

You might also like