You are on page 1of 3

PENGENALAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa masalah yang dihadapi
oleh guru terutamanya dari segi tingkah laku murid-murid semasa melaksanakan
proses pembelajaran ini. Dalam kajian yang dilaksanakan, saya memilih kelas 5 Awana
sebagai sasaran kajian saya memandangkan ini merupakan kelas yang diajar oleh saya
untuk subjek bahasa Malaysia.
PENYATAAN MASALAH
Masalah yang dihadapi oleh guru ketika melaksanakan proses pembelajaran ini ialah
hampir separuh daripada murid-murid mengantuk semasa proses pembelajaran.
Daripada pemerhatian guru, murid-murid itu mengantuk semasa pertengahan proses
pembelajaran dan ini menganggu emosi guru ketika melaksanakan tugasannya.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti punca murid-murid mengantuk semasa
proses pembelajaran bahasa melayu khasnya murid-murid 4 Awana.
KAJIAN PENYELIDIKAN KUALITATIF
Kajian ini bakal dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan
menggunakan pendekatan pemerhatian, temubual dan analisis dari dokumen-dokumen
yang berkaitan dengan kajian.
LANGKAH-LANGKAH KAJIAN KUALITATIF
PEMERHATIAN
Pemerhatian yang digunakan ialah pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian ini tidak
memerlukan senarai semak. Saya tidak menetapkan struktur aktiviti yang mampu
dilakukan murid-murid pada proses pembelajaran namun saya menentukan fokus
kajian ini iaitu jumlah murid yang mengantuk di dalam kelas. Untuk melihat pemerhatian
ini dengan lebih sahih, saya menggunakan rakaman video sebagai bukti. Hasil
pemerhatian saya, lebih separuh daripada murid kelas 5 Awana telah tidur.

Selain itu, saya juga mencatat beberapa perkara berdasarkan pemerhatian yang
dilaksanakan. Antara data yang dicatat ialah murid-murid kebanyakkannya tidur
dipertengahan masa proses pembelajaran. Selain itu, saya juga mengetahuai bahawa
murid-murid yang tidur ini merupakan murid yang sama.
TEMU BUAL
dalam kaedah temu bual, kami telah menyediakan beberapa soalan yang sama untuk
ditanya kepada semua murid yang mempunyai masalah semasa proses pembelajaran.
Antara soalannya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Siapakah nama kamu?


Pukul berapakah kamu tidur setiap malam?
Apakah aktiviti yang anda lakukan sebelum tidur?
Pukul berapakah anda bangun tidur?
Apakah punca anda mengantuk setiap hari?
Adakah anda sudah makan?
Adakah proses pembelajaran guru itu kurang menarik?
Daripada temu bual yang dilaksanakan, kami mendapati bahawa terdapat

beberapa orang murid yang mengantuk kerana tidak cukup tidur. mereka tidak cukup
tidur kerana membantu ibubapanya menjalankan kerja-kerja rumah. Terdapat juga
antara mereka yang sibuk bermain permainan video dan melayari internet sehingga
menyebabkan mereka tidur lewat.
Murid-murid itu mengantuk juga kerana mereka lapar ketika di dalam kelas. Hal
ini menyebabkan mereka berasa tidak semangat untuk belajar kerana tiada tenaga.
Kebanyakkan mereka tidak sempat bersarapan sebelum turun ke sekolah.
Majoriti daripada murid-murid yang mengantuk di dalam kelas menyatakan
bahawa punca mereka tidur di dalam kelas ialah kerana proses pengajaran dan
pembelajaran guru yang amat bosan. Guru itu dikatakan kurang menggunakan bahan
bantu belajar yang menarik dan kebanyakkan komunikasi yang dijalankan ialah secara
sehala sahaja. Hal ini bermaksud guru bercakap dan murid hanya mendengar sahaja.
Hal inilah yang menyebakan murid-murid mengantuk.
ANALISIS DOKUMEN
Antara dokumen yang dikaji ialah dokumen standard pembelajaran, bahan bantu
belajar dan rancangan pengajaran harian yang disediakan oleh guru. berdasarkan
analisis kepada dokumen tersebut, saya mendapati bahawa aktiviti yang dilaksanakan

oleh guru dalam proses pembelajaran amat membosankan. Komunikasi dilaksanakan


sehala sahaja. pendekatan yang dilaksanakan ialah berpusatkan murid.
Selain itu, guru juga tidak banyak menggunakan bahan bantu belajar. Jika ada, bahan
bantu belajar itupun kurang menarik bagi murid pada zaman teknologi sekarang. Muridmurid pada masa ini kebanyakkannya suka terhadap bahan bantu belajar yang
berteknologi.

You might also like