You are on page 1of 13

TUGASAN KERJA KURSUS KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG

NAMA AHLI : 1. THAN CHEN CHEN NO.KP : 850115-03-5774 NO. MATRIK: PPGM00116/2011/1/KI

MATA PELAJARAN : KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG

KUMPULAN PENSYARAH TARIKH SERAH

:B : HJ. ALIAS @ ALIASON BIN AWANG : 1 DISEMBER 2012

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

KANDUNGAN

HALAMAN 3 5 6 7 8 9 12

1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2. LAMPIRAN 1 3. LAMPIRAN 2 4. LAMPIRAN 3 5. LAMPIRAN 4 6. PERBINCANGAN 7. REFLEKSI TUGASAN

Page 2

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran Tajuk Kelas Tarikh Masa Bilangan murid : Matematik : Ruang dan Bentuk : Tahun 1 : 12 November 2012 : 8.05 pagi 9.05 a.m. (60 minit) : 27 orang

Hasil pembelajaran : Pada akhir p&p, murid-murid dapat 1. Mengenal dan menyebut dengan betul nama-nama bentuk 3D yang ditunjukkan. 2. Memadamkan bentuk 3D dengan benda yang digunakan dalam kehidupan harian.

BBM

: projektor, komputer riba,powerpoint slide, sampul surat yang mengandungi keping bentuk 3D, gam, kertas mah-jong, pen marker, lembaran kerja

Aktiviti p & p

1. Guru menunjukkan 2 keping gambar dan murid dikendaki memerhatikan gambar tersebut. (Lampiran 1) 2. Murid-murid mencari perbezaan pada gambar tersebut dan bulatkan. 3. Guru memperkenalkan tajuk p& p pada hari ini, iaitu bentuk 3D. (power point) 4. Guru menayangkan menayangkan video bentuk 3D untuk memperkenalkan nama bentuk 3D. http://www.56.com/u61/v_NzU5NzIyOTg.html 5. Guru memberi penerangan tentang ciri-ciri bentuk 3D. (power point)
Page 3

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

6. Guru menunjukkan gambar bentuk 3D. Murid-murid bersama-sama menamakan bentuk 3D yang ditunjukkan oleh guru. (power point)

7. Murid-murid mengaitkan bentuk 3D dengan benda disekeling ataupun yang digunakan dalam harian. (Lampiran 2) 8. Menjalankan aktiviti kumpulan dengan menghasilkan bentuk 3D menggunakan tanah liat. ( Lampiran 3) 9. Murid menunjukan hasil kerja mereka. 10. Guru merumuskan tajuk yang diajar pada hari ini dengan permainan teka teki. (power point) 11. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. (Lampiran 4.)

Page 4

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

Lampiran 1 (Gambar)

Page 5

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

Lampiran 2 : mengaitkan bentuk 3D dengan benda disekeling ataupun yang digunakan dalam harian.

Page 6

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

Lampiran 3 : Aktiviti kumpulan Arahan :

Murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa kotak tanah liat. Guru member arahan kepada murid agar berbincang dan bekerjasama untuk menghasilkan bentuk 3D yang telah diajar.Murid menggunkan kekriifan mereka untuk menghasilkan bentuk yang berlainan. Melalui penghasilan bentuk ini murid dapat berbincang tentang ciri-ciri bentuk dan dapat merasai bahan konkrik tersebut. Setelah selesai murid dikehendaki memperkenalkan bentuk yang dihasilkan kepada kumpulan yang lain.

Page 7

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

Lampiran 4: Lembaran kerja Arahan :Menamakan bentuk 3D berikut dan kemudian menggunakan kekreatifan anda untuk menghasilkan sesuatu benda.

Contoh : nama: kubus

1) Nama:

2) Nama:

3) Nama:

4)
Nama:

5)
Nama:

Page 8

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

Perbincangan

: Bincangkan bagaimana bentuk geometri meningkatkan kefahaman dan pengukuhan konsep bentuk dan ruang pada diri kanak-kanak.

Geometri ialah satu cabang matematik berkenaan kedudukan benda di dalam ruang. Ada beberapa jenis geometri, iaitu topologi, geometri Euclid, geometri projektif dan geometri pengukuran. Murid-murid di sekolah rendah dikenalkan dengan bentuk geometri Euclid seperti garisan, segitiga, segiempat dan bulatan. Geometri awal mesti dikenalkan kepada murid-murid mengenai sifat-sifat berbagai-bagai bentuk benda. Di samping itu, pelajaran geometri dapat juga membentuk kemahiran murid-murid dalam aspek mengukur, membuat pengiraan dan menggunakan pengetahuan dalam matematik untuk menyelesaikan masalah geometri. Pada peringkat rendah, pengajaran geometri haruslah menggunakan pendekatan penemuan terbimbing (guided discovery), iaitu murid-murid diberikan soalan secara lisan atau bertulis, yang menuju pada kefahaman sesuatu konsep. Model konkrit tiga dimensi atau dua dimensi patut diberikan kepada murid untuk membantu mereka memahami dan mengkonsepkan idea-idea abstrak dalam geometri. Alat-alat seperti pembaris, jangka lukis, jangka sudut, templat dan MATH-SHAPE merupakan sebahagian daripada alat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran geometri secara berkesan. Mempelajari ilmu geometri boleh mendedahkan murid tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. ilmu geometri pula melatih akal fikiran murid untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci. Minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan,bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri. Selain itu pengetahuan geometri juga menjadikan seseorang dapat berfikir secara praktikal dan munasabah tentang perhubungan bentuk dan ruang. Contohnya dengan melihat sesuatu ruang, seseorang murid akan dapat mengenal pasti berapakah bilangan bagi sesuatu objek yang boleh diisi sehingga penuh. Pengetahuan geometri

Page 9

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

juga merupakan asas yang ama penting untuk meneruskan pengajian keperingkat yng lebih tinggi dalam jurusan pengajian seperti sains, teknologi dan kesenian. Menurut Van Hiele penyelidikannya yang memulakan pada tahun 1950an, pembangunan teori pemikiran dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran. Aras Pertama adalah Visual di mana tahap ini bermula dengan pemikiran non verbal. Bentuk dilihat sebagai satu, berbanding daripada pelbagai gabungan bentuk. Pelajar akan menamakan bentuk pada apa yang mereka lihat dan tidak ada penjelasan tentang bentuk tersebut. Manakala pada aras kedua adalah Diskriptif. Pada tahap ini, pelajar boleh mengenali dan menghuraikan bahagian-bahagian bentuk. Mereka juga perlu membina bahasa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu konsep yang baru. Walau bagaimanapun, pada tahap ini pelajar masih tidak dapat mengaitkan turutan logik dan perkaitannya. Sebagai contoh,pelajar tidak memahami bahawa segitiga sama sisi yang mempunyai3 sisi yang sama panjang juga mempunyai 3 sudut yang sama besar. Pada aras Ketiga adalah Deduktif Formal. Pada tahap ini,pelajar dapat mengaitkan turutan logik bentuk. Mereka mampu melihat bahawa ada perhubungan antara satu sama lain dalam suatu bentuk. Mereka juga mampu mengaplikasi serta menerangkan perhubungan antara bentuk dan seterusnya membuat definisi. Sebagai contoh, mereka boleh memahami kenapa segiempat sama adalah juga tergolong dalam bentuk segiempat . Walaupun begitu, pada tahap ini pelajar masih belum mampu memahami peranan aksiom, definisi, teorem dan alihannya. Bagi sesetengah pelajar proses pembelajaran berlaku secara aktif serta berkesan melalui permainan. Arahan simulasi dalam geometri serta aktivitipengayaan boleh diterapkan di dalam aktiviti bermain seperti meyusun mozek sertablok-blok corak mengikut corak tertentu. Dengan menggunakan alatan-alatan ini,secara tidak langsung, kanak-kanak akan mengenal bentuk-bentuk geometri secara tidak formal. Ini kerana geometri ini merupakan suatu
Page 10

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

seni yang boleh merangsang pemikiran kanak-kanak. Penyusunan blok dan mozek membolehkankanak-kanak menyelesaikan masalah-masalah bentuk-bentuk yang dikehendaki. Kanak-kanak digalakkan meneroka dengan bebas bahan-bahan geometri dan membuat penemuan secara sendiri ciri-ciri dan struktur bahan.Sementara mereka bermain, murid-murid boleh dinilai oleh guru melalui pemerhatian secara tidak formal cara murid berfikir. Secara ksimpulannya, pembelajaran geometri penting kerana geometri

merupakan cabang matematik yang menghubungkan matematik kepada kehidupan seharianyang menyelidiki corak-corak visual. Geometri mewakili fenomena alam yang asli dan juga dapat menjelaskan tentang konsep ruang. Oleh kerana geometri merupakan salah satu tajuk yang penting dalam pembelajaran matematik, guru seharusnya mempunyai kemahiran mengajar yang baik agar dapat menerapkan dan mewujudkan pemikiran kognitif murid-murid agar lebih mahir dalam penyelesaian masalah geometri ini. Ini kerana, kepentingan geometri bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan tetapi juga amat berguna dalam kehidupan seharian mereka termasuk juga kerjaya. Silibus pengajaran bagi tajuk geometri seharusnya menjadikan penyelesaian masalah sebagai suatu hasil

pembelajaran yang utama. Berbanding dengan Negara kita, jika kita lihat pada silibus sekolah rendah di United Kingdom, setiap tajuk atau sub tajuk bagi apa-apa berkaitan matematik, penyelesaian masalah merupakan perkara utama yang harus diterapkan.

Page 11

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

REFLEKSI INDIVIDU Bersyukur saya rasai kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan walaupun dibatasi dengan masa yang terhad lataran kesibukan tugasan sekolah dan tugasan kerja kursus yang lain. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik. Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah membuat perbincangan bersama dengan ahli kumpulan lain dan pengagihan tugasan juga dilakukan bagi meringankan beban masing-masing. Selain itu, saya juga mendapat bantuan tunjuk ajar daripada pensyarah yang dikasihi iaitu En. Alias @

Aliason Bin Awang. Encik Alias telah banyak memberi penerangan tentang tugasan tersebut dan memberi bimbingan cara melaksanakan tugasan. Dengan adanya bantuan daripada ahli kumpulan lain dan bimbingan daripada pensyarah, saya dapat mulakan tugasan ini dengan lebih berkeyakinan. Sepanjangan mengikuti kursus asas bentuk dan ruang ini saya dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang konsep bidang bentuk dan ruang dalam 2D dan 3D. Selain itu dalam mengikuti kursus ini juga saya mempunyai peluang untuk berbincang dan mengenalpasti kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam tajuk betuk dan ruang ini. Pengetahuan ini amat berguna kepada saya yang bertugas sebagai seorang guru matematik di sekolah. Dengan ada pengetahuan tentang cara mengatasi miskonsepsi serta pendedahan penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk bentuk dan ruang telah meningkatkan kaedah pengajaran saya dan menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk mengajar tajuk ini di sekolah. Secara ringkasnya, Matematik Asas Betuk dan Ruang ini telah memberi banyak faedah kepada saya dan dapat saya praktikan dalam pengajaran di sekolah kelak. Selain itu, Melalui kerja kursus ini, barulah saya sedar bahawa bertapa pentingnya tajuk Bentuk dan Ruang ini kepada murid. Ini adalah kerana kemahiran dalam tajuk ini amat berguna dalam kehidupan harian kita. Dalam kehidupan haian, kita sering menggunakan kemudahan geometri seperti membina rumah, mereka cipta barang dan bidang kesenian, menentukan kesesuaian susun atur bilik dan saiz rumah.
Page 12

KRM 3033 ASAS BENTUK & RUANG THAN CHEN CHEN PPGM00116/2011/1/KI

Seterusnya, melalui kerja kursus ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya dalam penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran tajuk bentuk dan ruang. P&P bentuk dan ruang amat mencabar khususnya untuk menjadikan bidang ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar. Satu malalah yang sering dialami dalam pengajaran geometri ialah membabitkan pendekatan pengajaran yang sangat menitik berat kepada penghalfalan konsep dan rumus. Pendekatan ini amat membosankan sebilangan besar murid-murid. Oleh itu dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan alatan media guru dapat menjadikan P&P lebih menarik dan mecapai objekif yang ditentukan. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya juga dapat eratkan hubungan silaturrahim antara rakan yang lain. Sikap toleransi dan bekerjasama antara semua rakan juga dapat ditingkatkan sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Disamping itu, melalui proses menyelesaikan kerja kursus, saya dapat memperlajari cara untuk menghadapi masalah. Etika menghadapi masalah, saya telah merujuk kepada pelbagai pihak. Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat dan membuat perbincangan bersama dengan rakanrakan lain. Disamping itu saya juga mendapat tunjuk ajar daripada guru yang lebih bepengalaman di sekolah untuk menambahkan lagi pengetahuan saya. Secara kesimpulanya, melalui pengkususan dan kerja kursus ini saya memperolehi banyak kebaikkan dan telah menambahkan pengetahuan konsep geometri tentang asas bentuk dan ruang, yang melibatkan 2-dimensi dan 3-dimensi dalam kehidupan seharian serta mengaitkan dengan latar belakang sejarah geometri; dan penggunaan konsep geometri. Selain itu saya juga dapat mengintegrasikan bahan konkrit, media dan teknologi bagi konsep bidang bentuk dan ruang. Dengan ini saya dapat menjalan P&P saya dengan lebih lancar, menarik dan berkesan di sekolah. Sebelum mengakhiri refleksi saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Alias @ Aliason Bin Awang yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang lain kerana rela berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat saya selesaikan.
Page 13

You might also like