You are on page 1of 2

3.

0 KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam membentuk modal insan setiap penduduk sesebuah negara. Bermula dari asas pendidikanlah kejayaan sesebuah negara dapat digapai. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah ketaksamaan peluang dalam pendidikan. Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Pelbagai aspek menjadi tunjang berlakunya masalah ini dalam sistem pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah kelas sosial. Kelas sosial berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik, kuasa, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan ataupu hubungan dengan puncapunca pengeluaran. Dari segi jantina, murid perempuan dan lelaki masingmasing memilih mata pelajaran yang mengarah kepada sifat kelelakian dan keperempuanan. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, citacita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas. Kumpulan minoriti terdiri daripada jumlah yang sedikit dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik. Faktor geografi mempengaruhi pembentukan kumpulan minoriti ini. Aspek seterusnya ialah murid berkeperluan khas. Murid ini mempunyai kecerdasan yang amat rendah. Mereka menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam masyarakat. Kanak-kanak pintar cerdas juga termasuk dalam kategori berkeperluan khas.

Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan mengetengahkan golongan yang mengalami keciciran iaitu golongan orang asli, indigenous (pribumi) dan pedalaman. Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak .Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam sesuatu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan.

You might also like