Professional Documents
Culture Documents
Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.
Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paruparu dan balik ke jantung melalui vena pulmonari
Peredaran Sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung
Jantung:
Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.
Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung
3. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. 4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. 5. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. 6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.
7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.
Denyutan jantung
Jantung berdenyut 60 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.
Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
Arteri
Vena
Vena
Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.
Kapilari darah
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Darah
Darah terdiri daripada
Pepejal (sel darah ) Cecair (plasma) 40% 60%
Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)
Plasma
Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Bahan larut yang terkandung dalam plasma:
Garam-garam Bahan-bahan makanan glukosa, asid amino Protin darah fibrinogen, globulin dan albumin Bahan-bahan kumuh terutama urea Hormon
Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh selsel baru dalam sumsum tulang
Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi. Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
Fungsi Darah:
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan. 2. Melawan jangkitan kuman. 3. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim. 4. Memberi warna kepada kulit 5. Mengawal suhu badan.