You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN TUGASAN PROJEK

PROGRAM : PISMP NAMA GURU PELATIH :

KOD / NAMA KURSUS :

EDU3105 / TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEMESTER :

TARIKH MULA :

25 JULAI 2013

TARIKH HANTAR :

22 OGOS 2013

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS: 1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan. 2. Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan. 3. Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran. 4. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 6. Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4, 5 dan 6. OBJEKTIF PROJEK: Pelajar akan dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menghasilkan satu bahan persembahan elektronik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh masa 60 minit, berdasarkan satu subtopik atau topik matapelajaran opsyen. 2. Membina satu Rancangan Pengajaran Harian yang mengintegrasikan prinsip-prinsip ASSURE di samping menggunapakai media yang dihasilkan.

TUGASAN PROJEK (markah 100%, wajaran 60%)


Berdasarkan satu subtopik atau topik matapelajaran opsyen, hasilkan satu bahan persembahan elektronik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh masa 60 minit. Bina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengintegrasikan reka bentuk pengajaran berasaskan model ASSURE di samping menggunapakai media persembahan elektronik yang dihasilkan. Catatkan pengalaman yang menyeluruh dan kritis tentang membina persembahan elektronik dan RPH dalam 180-200 patah perkataan.

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS


Persembahan yang dibina seharusnya mematuhi prosedur dan syarat-syarat di bawah: 1. 2. 3. Dilaksanakan secara individu. Hasilan hendaklah asli. Mengandungi sejumlah maksimum 10 slaid dan memberi fokus kepada penggunaan pautan melalui kaedah hyperlink dan action buttons (navigation) kepada slaid, fail atau sumber web yang berkaitan. Cadangan format persembahan yang boleh digunakan sebagai panduan pelajar:4.1. 4.2. 4.3. 5. Slaid 1: Maklumat tajuk pengajaran Slaid 2 hingga 9: Bahan pengajaran Slaid 10: Penutup

4.

Hasil persembahan elektronik perlu diserah dalam bentuk CD bersama-sama dengan dokumentasi dalam bentuk salinan keras. Anda dicadangkan untuk memuatkan teks, grafik, foto pegun, video klip, animasi, pautan dan audio yang bersesuaian ke dalam persembahan elektronik anda. Penulisan Refleksi: Sediakan catatan terperinci pengalaman yang dilalui sepanjang membina persembahan. Juga, tentang kelemahan, kelebihan dan cadangan penambahbaikan kepada tugasan projek kursus anda. Catatan reflektif anda perlu disediakan dalam 180-200 patah perkataan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan.

6.

7. 8. 8.1. 8.2.

Wajib menyempurnakan tugasan projek dan perlu lulus bagi tujuan menduduki peperiksaan. Format Bahan Soft Copy: CD tersebut perlu dilabel dengan nama, Nombor Kad Pengenalan, kursus, unit, nama pensyarah kursus dan tajuk bahan. Semua fail persembahan kandungan perlu disimpan ke dalam folder yang diberi nama EDU3105_S4PISMPJan2012_xxxx_yyyy di mana xxxx ialah unit anda dan yyyy ialah nama penuh anda.

9.

Format Penulisan Laporan: 9.1 Laporan hasil tugasan projek perlu mengandungi:9.1.1. Indeks. 9.1.2. Halaman Pengakuan 9.1.3. Rancangan Pengajaran Harian. 9.1.4. Cetakan (printout) fail persembahan yang tidak melebihi 3 slaid per muka surat. 9.1.5. Lain-lain lampiran yang bersesuaian. Nota kuliah tidak boleh dilampirkan. 9.1.6. Bahan CD yang dimasukkan ke dalam sampul dan ditampalkan di kulit belakang. 9.2. 9.3. 9.4. 9.5. Bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau 1.5 baris. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan ke dalam senarai lampiran. Bahagian kulit luar (depan dan belakang) menggunakan kertas tebal berwarna kuning. Perlu ditegaskan bahawa plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

KRITERIA TUGASAN YANG BAIK:


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Ke semua bukti, bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil tugasan dan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal. Disediakan oleh: Disahkan oleh:

MOHAMAD YUSOFF AHMAD ALHAJ Penyelaras EDU3105 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 22200 Besut, Terengganu

BAHARUDDIN BIN HUSSIN Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 22200 Besut, Terengganu

You might also like