You are on page 1of 8

Pecahan

Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a dinyatakan sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebgaia penyebut.

Pecahan juga terbahagi kepada tiga iaitu:


Pecahan wajar
Merupakan pecahan yang pengangkanya lebih kecil dari penyebutnya. contohnya 1 / 2 , 2 / 4 , 4 / 8, 7 / 9........

Pecahan tak wajar


Merupakan pecahan yang pengangkanya dan penyebutnya sama ataupun penyebut lebih besar daripada pengangka. contohnya : 9 / 4 , 4 / 4 , 3 / 2 , 10 / 6 ........

Pecahan setara
Pecahan yang mempunyai nilai-nilai yang sama contohnya 2 / 4 dan 4 / 8 ialah setara dengan 1 / 2

PERPULUHAN
DEFINISI PERPULUHAN
Perpuluhan ialah satu bentuk khas yang mewakili pecahan yang penyebutnya ialah kuasa 10. contohnya 8 / 10 = 0.8 Nombor pecahan boleh ditukarkan kepada perpuluhan

Penyelesaian masalah.
Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar

dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu

pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian

masalah.
(Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah. )

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti
Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) Model Schoenfeld (1985).

Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR).

Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model

penyelesaian masalah Matematik yang dibina oleh George Polya. George


Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya How to Solve It yang memberi tumpuan teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat

dipindahkan sebaik mungkin.


Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:
Memahami dan mentafsir sesuatu masalah Merancang / membentuk rancangan penyelesaian. Melaksanakan peneyelesaian Menyemak semula

You might also like