You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF T1A1

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

670607016168001 670607016168 0126926766 sabariahothman11@yahoo.com MELAKA LEARNING CENTRE

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SK BANDAR TANGKAK 1.0. PENGENALAN Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga tidak berkecuali untuk mendapat pendidikan yang sebaik mungkin melalui program pendidikan khas yang disediakan untuk mereka. Kanak-kanak masalah pendengaran dan masalah penglihatan, mereka ditempatkan di sekolah-sekolah pendidikan khas masalah pendengaran dan masalah penglihatan, atau di kelas-kelas integrasi di sekolah biasa. Manakala bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran mereka ditempatkan di dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah harian biasa. Dalam konteks ini masalah pembelajaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu : Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah ; i. ii. iii. iv. v. vi. Sindrom Down Autisme ringan Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD) Terencat akal minima Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan Kurang upaya dalam pembelajaran (Contoh : Disleksia)

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994).

Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together. Bowe (1995): an approach in which children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by side with children who have no disabilities.

INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran sama ada di luar atau di dalam bilik darjah. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guru-guru di aliran perdana. Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum di sana. Inklisif separa pula ialah murid ini berada di aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka. Inklusif bukan sahaja

difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan pada mata pelajaran bukan teras.

2.0. RASIONAL Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara.

Program insklusif akan dapat memastikan: Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

3.0.MATLAMAT

Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-

kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

4.0.OBJEKTIF i. Kanak- kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). ii. Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling

menguntungkan bersama. iii. Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan- rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. iv. Pendidikan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. v. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0. SASARAN Murid berkeperluan khas di sekolah yang mengalami masalah pembelajaran kerana hiperaktif atau lebih dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD).

6.0. SUMBER TENAGA 6.1. Pihak pentadbir sekolah 6.2. Guru Pemulihan 6.3. Guru aliran perdana 6.4. Guru mata pelajaran

7.0. SENARIO PENDIDIKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS DI MALAYSIA Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitikberatkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Sabilah, 2006).

Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut; a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah. b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik 2. Intervensi awal c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal 2. Intervensi awal d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini

bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai

kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad, 2010).

8.0. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.

Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut: Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain); Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas.

Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk

(misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille. Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi

menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN).

Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan

membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif. Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi

membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.

Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif. Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.

9.0. KEPERLUAN LOGISTIK


Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. Bahan Bantu Mengajar

10.0.

SOKONGAN

INSTITUSI,

ORGANISASI

KERAJAAN

DAN

BUKAN

KERAJAAN Perkhidmatan Audiologi - boleh didapati di hospital kerajaan , swasta dan NGO. Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan masalah pendengaran. Ujian ini bertujuan mengesan tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran dan

mencadangkan alat-alat bantuan pendengaran yang sesuai. Perkhidmatan Terapi Pertuturan-menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan masalah perkembangan masalah komunikasi dari aspek pertuturan dan bahasa. Pelbagai teknik dan kaedah digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pada alat artikulasi. Perkhidmatan Neurologi memberikan perkhidmatan mengesan kecederaan atau kecacatan pada otak yang boleh membawa kepada kecelaruan mental. Perkhidmatan Pediatrik memberikan perkhidmatan merawat kanak-kanak dan mengesan punca-punca masalah. Perkhidmatan Oftomologi memberikan perkhidmatan mengesan masalah

penglihatan kanak-kanak dan membuat pemeriksaan dan cara merawat/membantu dalam penglihatan. Peranan Ibu Bapa memberikan galakan dan motivasi kepada anak-anak dan sentiasa berinteraksi dengan pelbagai kumpulan disiplin supaya dapat membantu

meningkatkan tahap keupayaan anak dan mempelajari langkah-langkah yang bersesuai mengurangkan masalah.

11.0. Jawatankuasa Program Inklusif Pengerusi : Puan Hajjah Rosmizan binti Jamaludin (Guru Besar) Puan Hamidah binti Mohamed ( GPK 1) Puan Elia Hernani binti Md. Arip (Guru Pemulihan) Puan Sabariah binti Othman (Guru Inklusif) Puan Nobiah binti Haji Sahar (Guru Kelas) Encik Abd. Aziz bin Abd. Rahman (Guru Bahasa Melayu)

Naib Pengerusi : Penyelaras Setiausaha Bendahari AJK : : : :

Puan Rahimah binti Abd. Aziz (Guru Bahasa Inggeris) Puan Hajjah Zanita binti Ahmad (Guru Matematik) Puan Sabariah binti Basir (Guru Sains) 12.0. KESIMPULAN Salah satu aspek yang ditekankan dalam pendemokrasian pendidikan ialah akses kepada pendidikan kepada semua selaras dengan Perkara 28 (1) Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak iaitu : Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan , dan menjadi kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam pelbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan semua atas dasar keupayaan.

Justeru, cadangan untuk melaksanakan pendidikan inklusif di sekolah adalah untuk memberikan Pendidikan Inklusif kepada murid berkeperluan khas di sekolah tanpa mengira golongan dan latar belakang murid tersebut untuk memperoleh pendidikan seperti kanakkanak normal yang lain dalam lingkungan yang sama. Selain itu, dapat meningkatkan potensi diri individu menjadi moddal

Disediakan oleh:

.. (SABARIAH BINTI OTHMAN)

APENDIKS

RUJUKAN

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50

Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

You might also like