You are on page 1of 3

EDU 3106 PISMP_MEI 2010 BAHAGIAN C 1.

Kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk banyak memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan serta suasana pembelajaran. Salah satu daripadanya ialah kurikulum tersirat. a) Jelaskan 5 ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini. (10 markah)

b) Bincangkan implikasi-implikasi kurikulum tersirat di sekolah terhadap masyarakat yang terdiri daripada sosio-budaya. (10 markah)

EDU 3106 PISMP_MEI 2010 BAHAGIAN C 2. Murid yang datang daripada pelbagai kaum akan membawa keunikan budaya mereka yang berbeza ke dalam bilik darjah. a) Huraikan 5 pendekatan P&P yang sesuai dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai budaya. (10markah)

b) Bincangkan 5 cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengelakkan proses pembelajaran dimonopoli oleh murid daripada kaum tertentu sahaja. (10 markah)

EDU 3106 PISMP_MEI 2010 BAHAGIAN C 3. Komunikasi sama ada lisan dan bukan lisan merupakan kunci kejayaan dalam setiap pengurusan P&P di dalam bilik darjah. a) Bincangkan 5 cara komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. (10 markah)

b) Jelaskan 5 implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. (10 markah)

You might also like