You are on page 1of 9

Sekolah Kebangsaan Sk Rancangan Biah, keningau.

CADANGAN KERTAS KERJA UNTUK MEMBINA TAMAN MINI SAINS (kolam dan Pondok Sains)
1. PENGENALAN: Memandangkan era sains dan teknologi, mata pelajaran sains bukan sahaja melibatkan pembelajaran di dalam bilik darjah atau makmal sains, pihak KPM memberi peluang kepada setiap sekolah membina satu taman berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi memupuk pelajar meminati sains yang berkaitan dengan alam sekitar. Projek pembinaan Taman Sumber Sains di persekitaran sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik, untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Pembinaan taman Sumber Sains ini juga amat diperlukan kerana ia berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid.

2. LATAR BELAKANG: 2.1 Taman sains ini terletak berhadapan dengan Prasekolah SK Rancangan Biah. 2.2 Keluasan yang dicadangkan adalah lebih kurang 000 kaki persegi. 2.3 Reka bentuk taman yang dicadangkan adalah sebagaimana lakaran pelan yang dilampirkan.

3. MATLAMAT Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

4. MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan akademik dan sahsiah murid

3. OBJEKTIF: 3.1 Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid 3.2 Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam sains 3.3 Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan Murid 3.4 Memupuk pelajar supaya meminati mata pelajaran sains yang banyak berkaitan dengan alam sekitar. 3.5 Guru serta pelajar boleh mengadakan beberapa aktiviti luar yang berkaitan apabila terbinanya taman ini. 3.6 3.7 Merangsang minda dan kreativiti pelajar dalam menjayakan taman ini. Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar supaya cinta kepada tumbuhan/flora.

4. KUMPULAN SASARAN kumpulan sasaran projek ialah untuk para murid dan guru-guru SK, Rancangan Biah para ibu bapa dan pelawat ke sekolah

5. LOKASI CADANGAN (Rujuk lampiran)

6. JAWATANKUASA PELAKSANA (INDUK) Pengerusi Naib pengerusi 1 Naib pengerusi 2 Naib pengerusi 3 Setiausaha Bendahari AJK 1. Pondok Taman sains En. Mohd. Asrim Yakub En. Bajib Basukub En. Haidin Sarumin Pn. Malati Banaran Pn. Jumiati Ibrahim Ustaz.Mohd Sahrani Borhan En.Rahimih Armiah Ustz. Ahmad Salman En. Roger Lawas En. Sointim Sadah Pn.Jaine Balang Cik Shiela J.Sampil Henritta Fung Cik Hanniefah Foo Ustzh.Zarina Zainom Pkrja pembersih sekolah Alpinni Husin Ustz.Shahrani En.Sayed Nuzaihan Guru besar Pk kurikulum Pk HEM Pk kokum Penyelaras kelab sains Bendahari PIBG

2. Kolam Taman Sains 3. Taman Herba 4. Taman Bunga-bungaan

5. Taman Haiwan

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK Tarikh /hari 25/07/2012 Perkara/aktiviti perbincangan cadangan projek catatan Dipersetujui oleh Guru

secara lisan dengan guru besar dan besar , Penolong kanan penolong kanan 28/07/2012 03/09/2012 Sediakan kertas kerja projek Mesyuarat pembentukan AJK dan guru-guru Draf Pelaksanaan internship bermula 10/09/2012 Pecah tanah oleh Guru Besar Kerja-kerja mengorek tanah bermula, salah satu aktiviti tahun 6 (lepas UPSR) 12/09/2012 Gotong-royong tahun enam Diawasi oleh Guru Besar,

bersama KTBM sekolah mengorek tanah kolam 15/09/2012 Gotong-royong bersama PIBG dan murid-murid 22/09/2012 Gotong-royong membina pondok (Guru-Guru dan ibu bapa) 24/09/2012 Menceriakan pondok dan kawasan sekitarnya

Jumiati dan guru-guru

Kolam siap dikorek

Siap dibina

Guru-guru, KTBM dan murid-murid

11. KEWANGAN i. SUMBER KEWANGAN : Bil 1. 1. 2. SUMBER Kewangan sekolah (pembelian bahan) PIBG Derma Jumlah Nilai (RM) RM 392.00 RM 604.00 RM 228.00 RM1224.00

8.

ANGGARAN KOS PROJEK:

5.1 Kos projek dianggarkan sebanyak RM 1224.00 yang dipecahkan seperti mana berikut;

(a) Fasa Pertama

1.1 Kolam ikan (benih ikan) 1.2 Batu kelikir (1/2 lori) 1.3 Batu bata 1.4 kayu beroti(pondok) 1.5 simen 1.6 pasu/Tayar 1.7 Cat 1.8 Paku

= RM 150.00. = RM 150.00. = RM 250.00. = RM 224.00 = RM 150.00 = RM 100.00 = RM 150.00 = RM 50.00

JUMLAH (a)

= RM 1224 . 00

12. PENUTUP Perancangan yang telah disusun dapat berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman Sumber Sains sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh,

Ketua Panitia Sains SK Rancangan Biah

Disemak oleh,

_____________________ (En. Bajib Basukup) Penolong Kanan 1 Guru Pembimbing.

Disahkan oleh,

------------------------------------------(En. Mohd. Asrim yaakub) Guru Besar Sk. Rancangan Biah.

Sk. Rancangan Biah, Peti Surat 04,89007 Keningau. ___________________________________________________________________

Guru Besar SK rancangan Biah

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMAN MINI SAINS

Berhubung perkara di atas, saya selaku ketua panitia Sains SK Rancangan Biah memohon sumbangan dari pihak sekolah untuk menjayakan projek tersebut.

2.Cadangan kertas kerja telah dilampirkan bersama-sama surat ini untuk pertimbangan pihak tuan.

3.Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ribuan terima kasih. SAINS PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA

YANG MENJALANKAN TUGAS, -----------------------------------

Disediakan oleh,

------------------------------------

(JUMIATI IBRAHIM) Ketua Panitia Sains, Sk Rancangan Biah.

KERATAN JAWAPAN

Saya/kami ----------------------------------------------------------------------- bersetuju memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM---------------------------- kepada pihak Guru Besar SK Rancangan Biah bagi tujuan pembinaan taman mini sains.

Tandatangan:

(Nama dan cop syarikat

SK.RANCANGAN BIAH, PETI SURAT 63,89007 KENINGAU, SABAH ___________________________________________________________________.

Tarikh

18 SEPTEMBER 2012

Kepada

__________________ __________________ __________________

Tuan, MEMOHON SUMBANGAN BAGI MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH TAMAN MINI SAINS SK RANCANGAN BIAH, KENINGAU.

Adalah saya dengan hormat nya merujuk kepada perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa SK Rancangan Biah melalui Ketua Panitia Sains akan melaksanakan satu projek yang dikenali sebagai projek taman mini sains yang akan dilaksanakan bermula bulan September 2012. Anggaran kos diperlukan lebih kurang sebanyak RM 2000.00 untuk membeli bahan binaan membuat kolam, pondok, pagar dan kerja-kerja menceriakan Taman Sains

3.Sehubungan itu sukacita kiranya pihak tuan dapat memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan projek tersebut. Bersama-sama ini disertakan kertas jawapan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

4.Kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan sanjungi.

Sekian terima kasih. SAINS PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA

YANG MENJALANKAN TUGAS,

(EN.MOHD ASRIM YAKUB) GURU BESAR,

____________________________________________________________________________

KERATAN JAWAPAN

Saya/kami ----------------------------------------------------------------------- bersetuju memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM---------------------------- kepada pihak Guru Besar bagi tujuan pembinaan taman mini sains.

Tandatangan:

(Nama dan cop syarikat):

Tarikh :

You might also like