You are on page 1of 6

Isi Kandungan

Halaman Pengakuan

Penghargaan

ii

Isi Kandungan

iii

1.0 Maklumat Sekolah 2.0 Penyataan Profesional 3.0 Laporan Pemerhatian Sepanjang PBS (Tugasan)

1-4 5-7 8-14

Refleksi Lampiran

HALAMAN PENGAKUAN

Sayamengakui bahawasanya hasil kerja kursus ini adalah hasil penulisan saya yang asli kecuali mengikut rujukan yang dinyatakan.

Tanda tangan : Nama : Nur Fadhillah Ghazali

Refleksi Assalamualaikum, Saya Nur Fadhillah Binti Ghazali telah menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat kali ketiga pada bulan Mac yang lalu. Saya telah berpakat dengan salah seorang rakan sekelas saya Norfatin Nadia untuk menjalani PBS di rumahnya Kuala Kubu Bharu. Saya menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah, Selangor. Saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan peluang sekali lagi untuk menjalani PBS dan kali ini di tempat orang. Saya tidak mungkin sesekali melepaskan peluang untuk menimba ilmu di tempat orang. Saya amat berterima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah, Puan Zainah kerana sudi menerima kedatangan kami dengan baik. Bukan itu sahaja, beliau juga amat membantu kami sepanjang seminggu di sekolah itu. Beliau telah mengarahkan kami untuk berjumpa dengan Guru Penolong Kanan untuk mendapatkan senarai guru yang perlu saya jumpa untuk mendapatkan maklumat bagi saya menyiapkan tugasan ini. Kebetulan pada minggu itu adalah merupakan minggu Anti-Dadah. Sedikit banyak saya dapat menimba ilmu tentang keburukan dadah dan saya dapat melihat semangat murid untuk membuat persembahan tentang keburukan dadah kepada manusia. Saya amat teruja kerana di sekolah ini terdapat taman matematik kerana tidak sebuah sekolah yang mempunyai taman Matematik.Walaupun taman matematik di sekolah itu hanya kecil, namun cukup menarik perhatian saya. Tambahan pula, taman matematik itu bersebelahan dengan kantin. Oleh itu, Para murid pasti akan menyinggah taman Matematik. Selain itu, murid di sekolah itu sangat ramah dan tidak kekok apabila guru baru di sekolah mereka. Semasa saya menganti kelas untuk guru yang tidak hadir, saya mengajar mereka mengenai matematik dan sebagainya. Saya menggunakan apa yang telah saya pelajari untuk diajar kepada murid. Selain itu saya serapkan juga elemen nyanyian dan hiburan bagi menarik perhatian mereka. Hal ini demikian kerana, bagaimana kita sedia maklum bahawa kanak-kanak lebih suka hiburan dan nyanyian. Oleh itu, saya menggunakan kaedah itu untuk menarik minat agar tumpuan mereka tidak terjejas.

Bukan itu sahaja, Saya juga dapat menimba ilmu mengenai Subjek Pendidikan Jasmani dengan lebih mendalam. Hal ini demikian kerana saya merupakan guru pelatih minor dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Oleh itu, saya berpeluang untuk menimba ilmu yang lebih banyak untuk memantapkan lagi ilmu saya mengenai dunia pendidikan. Bukan itu sahaja, malah saya juga berpeluang untuk mengikuti guru ke padang bagi menyaksikan kelas Pendidikan Jasmani dijalankan. Secara tidak langsung, saya berpeluang untuk menyaksikan dihadapan mata saya sendiri bagaimana guru

mengendalikan kelas semasa di padang. Tambahan pula, melalui program ini, saya berpeluang untuk beramah mesra bersama guru-guru yang lebih senior dan mereka sering cerita tentang pengalaman mereka sepanjang mereka bergelar pendidik. Bukan itu sahaja, mereka juga memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada saya agar ikhlas dan amanah semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru pada masa akan datang. Sekian.

Penghargaan

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi nikmat kesihatan yang mencukupi untuk saya menyempurnakan tugasan serta amali pergerakan asas.. Saya ingin berterima kasih kapada sesiapa yang menolong secara langsung atau tidak langsung dan memberikan sokongan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sekalung apresiasi kepada pensyarah yang berdedikasi, En Kamarudin Bin Daud yang banyak memberi bimbingan kepada saya. Beliau sentiasa memberi sokongan kepada saya dan rakan-rakan dalam memahami topik Statistik. Bimbingan serta pengajaran yang disampaikan oleh beliau sangat membantu saya menjawab soalan tugasan. Seterusnya, jutaan terima kasih kepada pasangan PBS saya iaitu Norfatin Nadia yang tidak lekang memberikan kerjasama dan bantuan tanpa henti. Ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dan memberi

sokongan kepada saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Mereka sentiasa membantu setiap kali saya mengalami masalah atau kekeliruan dalam membuat tugasan ini. Akhir sekali, kepada kedua ibu bapa dan sesiapa yang memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walaupun mereka jauh daripada pandangan, namun sokongan mereka sentiasa menggalakkan mereka untuk membuat yang terbaik. Mereka adalah inspirasi saya. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua yang membantu dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Bantuan daripada kalian amat dihargai. Sekian, terima kasih

LAMPIRAN

You might also like