You are on page 1of 6

KESAN PENEBANGAN HUTAN

KESAN KEGIATAN PERTANIAN


KESAN PEMBINAAN JALAN RAYA KESAN KEGIATAN PERINDUSTRIAN KESAN PEMBUANGAN SAMPAH

KESAN PENEBANGAN HUTAN


Kepupusan pelbagai spesis tumbuhan seperti meranti, jelutung, cengal dan keruing di hutan hujan tropika.

Gangguan terhadap ekosistem kawasan tersebut.


Kepupusan pelbagai spesis hidupan liar seperti harimau, seladang, tapir dan tenuk. Permukaan bumi gondol sekaligus meningkatkan hakisan tanih.

Bahan hakisan mendap di dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek. Banjir boleh berlaku di kawasan tanah rendah kesan daripada dasar sungai yang cetek. Meningkatkan suhu setempat kerana udara sekitarnya menjadi lebih panas. Menjejaskan kawasan tadahan air menyebabkan bekalan air berkurangan.

KESAN KEGIATAN PERTANIAN


Penggunaan racun serangga, racun rumpai dan baja kimia yang berlebihan mencemar tanah. Racun serangga yang digunakan akan meninggalkan bahan toksik tidak larut dalam air seperti zink dan plumbum menyebabkan bahan asid terkumpul di dalam tanah. Pencemaran tanah mengancam manusia, ternakan dan hidupan akuatik.

Penebangan hutan untuk membuka ladang mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanah. Kegiatan pertanian pindah telah memusnahkan sumber hutan yang berharga. Kegiatan pertanian satu jenis tanaman juga telah mengurangkan kesuburan tanah.

KESAN PEMBINAAN JALAN RAYA

Pembinaan jalan raya di kawasan lereng bukit menyebabkan berlaku hakisan tanah dan tanah runtuh.

Tanih yang terhakis akan mendap di dasar sungai menyebabkan dasar sungai cetek dan tercemar.

KESAN KEGIATAN PERINDUSTRIAN

Pembinaan tapak zon industri telah mengubah landskap kawasan. Berlaku pencemaran sungai akibat hakisan tanih yang dibawa oleh air larian permukaan. Pencemaran udara berlaku akibat pembebasan debu, asap dan habuk daripada kilang-kilang ke udara. Pembuangan sisa toksik dan sampah ke dalam sungai telah menyebabkan air sungai dicemari dan mengancam kehidupan akuatik.

Pembebasan CFC telah menipiskan lapisan ozon dan meningkatkan kadar sinaran ultraungu matahari ke permukaan bumi yang menyebabkan barah kulit dan katarak mata. Pembebasan Karbon dioksida berlebihan telah meningkatkan suhu bumi. Hujan asid boleh menyebabkan cat luntur dan membahayakan kesihatan.

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH

Pembuangan sampah ke dalam parit dan sungai menyebabkan air sungai tercemar dan boleh menyebabkan kejadian banjir kilat apabila hujan lebat seperti kawasan Lembah Klang. Pembuangan sampah juga menyebabkan udara tercemar melalui bau busuk yang dikeluarkan.

You might also like