You are on page 1of 6

www.sagadbl.

com
SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 TINGKATAN TIGA
BAHASA MELAYU Kertas 2 MEI

02/2

2 jam

Dua jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

2.

3.

4.

Disediakan oleh: GURU AKRAM NEGERI TERENGGANU

Dibiayai oleh: KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

TERENGGANU ANJUNG ILMU


Dicetak oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 609-666 8611/6652/8601 Faks: 690-666 0611/0063

______________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat halaman sebelah 02/2 SULIT

2
SULIT Bahagian A(i) : Ringkasan [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang peranan kerajaan dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kemalangan merupakan tragedi yang boleh mengorbankan nyawa manusia. Fenomena ini kini kian kritikal dan kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita merupakan antara yang tertinggi di dunia. Langkah-langkah yang sewajarnya haruslah dilakukan bagi mengelakkan fenomena ini terus menggusarkan pemikiran masyarakat di negara kita. Kemalangan dikenal pasti banyak berpunca daripada kecuaian pemandu. Kerajaan mesti mempertingkatkan kurikulum sekolah-sekolah memandu dengan memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk memahirkan mereka dengan kemahiran memandu. Melalui usaha ini, pemandu pasti akan memanfaatkan dan menjaga lesen kenderaan yang diperoleh. Di samping itu, pihak kerajaan harus membaiki sebarang kerosakan jalan raya dengan segera. Hal ini akan dapat memastikan pemandu dapat memandu dengan selesa dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan. Selain itu, keadaan kenderaan juga mempunyai kaitan dengan punca kemalangan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan sepatutnya mewajibkan pemilik kenderaan menghantar kenderaan ke Puspakom untuk diperiksa setiap tahun dan mengenakan denda terhadap mereka yang mengingkarinya. Kebanyakan pemandu kurang peduli akan keselamatan diri apabila berada di jalan raya. Lebuh raya yang dibina untuk memendekkan perjalanan digunakan sebagai medan perlumbaan. Lantaran itu, kerajaan patut mengenakan denda yang optimum kepada pengguna yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu melakukan kesalahan yang sama melebihi dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli akan keselamatan di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini juga pasti akan terhakis. Kerajaan juga boleh mengurangkan kadar had laju yang sedia ada, khususnya di lebuh raya. Walaupun pemandu sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi apabila sesuatu peraturan itu ditetapkan, mereka harus mematuhinya. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap juga patut dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) agar pengguna dapat mendisiplinkan diri. Sesungguhnya, jalan raya amat penting untuk sistem perhubungan darat tetapi boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak bijak menggunakannya. Oleh itu, semua masyarakat harus beringat dan jangan jadikan jalan raya sebegai pusara kerana nyawa ialah anugerah yang patut dihargai. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Malaysia Pegang Rekod Kematian Jalan Raya, Utusan Malaysia, 14 November 2010, ) 02/2

02/2

[Lihat halaman sebelah] SULIT

3
SULIT BAHAGIAN A (ii): Pemahaman [ 10 markah ] 02/2

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1.

Berikan maksud rangkai kata mendatangkan kemudaratan dalam petikan. [ 2 markah ]

2.

Apakah impak-impak positif apabila kerajaan mengenakan denda yang optimum terhadap pemandu yang melakukan kesalahan? [ 4 markah ]

3.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kemalangan jalan raya kepada negara? [ 4 markah ]

02/2

[Lihat halaman sebelah] SULIT

4
SULIT 02/2

Bahagian B [ 20 markah ] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan

Melalui Mata Pelajaran Sejarah

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME

Menggunakan Barangan Tempatan

Mengenang Jasa Pemimpin Negara

SULIT

[Lihat halaman sebelah] 02/2

5
SULIT 02/2

Bahagian C [40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1.

Pada akhir tahun lepas, sekolah anda telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan semasa perkhemahan itu. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman menyertai perkhemahan tersebut.

2.

Sempena Minggu Bahasa, sekolah anda akan mengadakan satu pertandingan syarahan Peringkat sekolah. Tajuk syarahan itu ialah Kepentingan Menceriakan Kawasan Sekolah . Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

3.

Penerapan amalan nilai murni amat penting dalam membentuk keluarga yang bahagia. Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan amalan tersebut dalam keluarga.

4.

Negara kita mempunyai pelbagai keistimewaan yang dapat dibanggakan oleh rakyat. Jelaskan keistimewaan-keistimewaan negara yang membanggakan diri anda.

5.

Peribahasa bagai isi dengan kuku membawa maksud hubungan yang erat antara individu. Tulis sebuah cerita yang menggambarkan maksud peribahasa tersebut.

02/2

[Lihat halaman sebelah] SULIT

6
SULIT Bahagian D [ 10 markah ] 02/2

Jawapan mestilah berdasarkan novel 6:20 karya Siti Jasmina binti Ibrahim di Tingkatan 3.

Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/2

SULIT

You might also like