You are on page 1of 2

Kronologi Sejarah Penubuhan Malayan Union

dan Persekutuan Tanah Melayu


14 Ogos 1941
Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak negara-negara untuk penentuan
diri.
Penghujung 1942
Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan
pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
Januari 1944
Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali oleh Edward Gent, Penolong
Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, di Parlimen United Kingdom.
Musim bunga 1944
Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk mengetuai perwakilan ke Tanah
Melayu selepas peperangan untuk memperoleh perjanjian yang baru daripada sultan-sultan untuk
bersetuju dengan Malayan Union.
3 September 1945
Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju
dengan misi MacMichael.
21 Disember 1945
Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian baru untuk membentukkan
Malayan Union.
Januari 1946
Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui sebuah Kertas Putih.
1 Mac 1946
Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan berhimpun di Kuala Lumpur
untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress). Kongres itu
membincangkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen
terselaras untuk menentang Malayan Union.

1 April 1946
Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.
1 Mei 1946
Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Penubuhan UMNO
diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama.
Kongres ini juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan
mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.
1 Februari 1948
Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu seperti yang telah dipersetujui dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.

You might also like