You are on page 1of 3

P PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYS1A, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 7 BLOK J, Telefon: 03-2586900 PUSAT BANDAR DAMANSARA,

Fax: 03-2535150 50604 KUALA LUMPUR. Laman Web: http://www.moe.gov.my

KP(BS/HEP)8543/041/ (55) 18 Oktober 2004 Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y.Bhg. DatuklDato'/Tuan/Puan, RANCANGAN KEGIATAN MURID BAGI MENANGANI MASALAH MURID PONTENG SELEPAS UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) DAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius tentang laporan yang menyatakan bahawa wujudnya peningkatan kes-kes murid ponteng sekolah terutamanya, selepas peperiksaan awam seperti, UPSR dan PMR. Perkaraperkara seperti ini sepatutnya tidak lagi berlaku di sekolah-sekolah di seluruh negara memandangkan peringatan mengenai perkara ini telah berkali-kali dikeluarkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah-sekolah melalui beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas seperti berikut: 1.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1976 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan S.R.P./L.C.E (termasuk Sabah /Sarawak Junior Certificate Examination) bagi Murid-Murid Tingkatan III - Garis Panduan bertarikh 3 September 1976. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1982 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan S.R.P./L.C.E. (Sarawak) bagi MuridMurid Tingkatan III - Garis Panduan bertarikh 15 September 1982.

1.2

1.3

Surat Pekeliling Ikhtisas BiI.9/1995 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6 bertarikh 19 Oktober 1995.

2. Surat-surat pekeliling ikhtisas telah memberi panduan terperinci mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah malah pihak sekolah telah diperingatkan supaya, 2.1 menyediakan rancangan lengkap yang menunjukkan jadual waktu aktiviti dan kegiatan bagi sepanjang 3 atau 4 minggu sebelum cuti penggal bermula; kaedah melaksana dan menyelia kegiatan-kegiatan tersebut hendaklah kemas dan teratur supaya keadaan disiplin murid sentiasa dikawal; setiap sekolah dikehendaki mengemukakan rancangan kegiatan selepas peperiksaan awam (UPSR dan PMR) sekurang-kurang satu minggu sebelum perlaksanaannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah; penekanan hendaklah diberikan kepada aktiviti-aktiviti peningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan muridmurid; dan memaklumkan kepada ibu bapa mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang agar mereka terus menggalakkan anak-anak mereka datang ke sekolah seperti biasa.

2.2

2.3

2.4

2.5

3. Sehubungan dengan ini, langkah-Iangkah segera dan tegas hendaklah diambil oleh Jabatan Pelajaran Negeri bersama-sama dengan semua Pejabat Pelajaran Bahagian/Daerah supaya turun ke padang bagi mengingatkan Pengetua dan Guru Besar akan tanggungjawab mereka untuk menyusun dan melaksanakan program dan aktiviti yang boleh menarik minat murid untuk terus hadir ke sekolah. 4. Sila maklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian/ Daerah dan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan. BERKHIDMA T UNTUK NEGARA

TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

s.k. 1. Y.B. Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 3. Y.B. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 4. Y.B. Komala Devi Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran 5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran 7. Timbalan- Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran 8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran 9. Ketua Nazir Sekolah 10. Penasihat Undang-Undang 11. Pegawai Perhubungan Awam

You might also like