You are on page 1of 10

Tutorial minggu 2 1) Bincangkan pencemaran akibat pembakaran bahan api.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara (air pollution) merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar pada kepekatan yang dapat mengganggu kebolehan penyerakan udara secara normal. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun hartabenda (DBP, 1993)

Bahan pencemar udara adalah karbon monoksida 58.6% sulfur dioksida 18.2% Nitrogen dioksida, hidrokarbon

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan

gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,baubauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri . Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan. Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.Punca Pencemaran

Kenderaan dan janakuasa

pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak sempurna menghasilkan gas karbon monoksida dan plumbum.

Industri perkilangan Pencemaran akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan tasik contohnya pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik dan sebagainya.

kesan pencemaran

Masalah kesihatan Pembakaran bahan api tak sempurna pada kenderaan menghasilkan gas karbon monooksida (CO) menganggu proses respirasi. Pembakaran hutan mengakibatkan jerubu mendatang penyakit cronik bronchitis

Masalah alam sekitar jerubu mengakibatkan sinaran matahari terjejas menguruangkan kecekapan fotosintesis sehingga 30% menjejaskan pengeluaran hasil pertanian jerubu menyebabkan indeks pencemaran udara tinggi menyukarkan penglihatan menyebabkan kemalangan jalan raya.

Kesan rumah hijau dan perubahan cuaca dan aras laut penipisan lapisan ozon akibat dari pengeluaran CFC

(kloroflurokarbon) daripada peti sejuk dan pendiginhaba aras laut meningkat, banyak kawasan akan tenggelam.

ara mengatasi pencemaran

Pendidikan alam sekitar pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi pendidikan. pendidikan alam sekitar untuk orang awam di media elektronik dan cetak.

Undang-undang pengubalan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar pihak berkuasa.

Amalan harian di rumah tidak membuang sisa minyak ke dalam sinki di mana minyak dibungkus dan dibuang dalam tong sampah, perbuatan pembuangan minyak di dalam singki menyebabkan air sukar dirawat. Tidak melakukan pembakaran untuk membakar sampah.

Kitar semula mengitar semula bahan-bahan agar tidak tercemar.

Teknologi kumbahan Air dan sisa najis dirawat seperti di kluster B dan Indah Water. Penggunaan mikrobiologi seperti Spyrogra dan Chorella.

Pertanian persekitaran terkawal dan pengawalan biologi.

pertanian persekitaran terkawal elak guna insektiside seperti penanaman dalam kelambu.

Kawalan biologi seperti penggunaan burung hantu kawal tikus dan bakteria kawal serangga.

Penggunaan bioteknologi penggunaan bakteria yang diubasuai untuk mengatasi pencemaran air akibat tumpahan minyak. Pengubahsuaian tanaman untuk tahan penyakit, kurang guna racun.

Kenderaan mesra alam yang tidak menggunakan minyak berplumbum atau menggunakan tenaga solar.

Sebelum dimajukan sesuatu kawasan perlu dilakukan kajian kesan terhadap alam sekitar (EIA)

Memperbanyakan pembinaan tempat membakar sampah secara tertutup di mana sisa terus menjadi abu tanpa meninggalkan kesan yang tinggi terhadap alam sekitar seperti pembinaan incinerator di Selangor

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkahlangkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran

yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah: a.Pameran b.Kempen-kempen c.Pertandingan d.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap pesertapesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk

berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamany

2) Bincangkan Indeks Pencemaran Udara

IPU 0 50 51 100 101 200 201 300 > 301 Jadual 1

STATUS Baik Sederhana Tidak sihat Sangat tidak sihat Berbahaya

Jabatan dari Kementerian Alam Sekitar di negara kita telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengawal dan memantau kebersihan dan keselesaan mengenai tahap pelbagai pencemaran di negara ini. Di sini ingin berkongsi dengan anda semua satu contoh pencemaran lazim negara kita dan negara-negara lain iaitu pencemaran udara. Punca-punca pencemaran udara adalah dari semulajadi termasuklah debu, mikro organisma, letupan gunung berapi, debunga pokok dan sebagainya. Jadi bagaimanakah cara jabatan ini mengukur atau memeriksa tahap piawai sesuatu kandungan udara? Dalam mengukur tahap kualiti udara, satu jenis mekanisma digunakan iaitudinamakan Indeks Pencemaran Udara ( IPU ). Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu Sulfur Dioksida (SO 2), Nitrogen Dioksida(NO2),Karbon Monoksida (CO), Ozon (O3) dan kepekatan habuk halus (PM10). Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini yang menentukan bacaan IPU. Bacaan dikira berdasarkan skala piawai yang telah ditentukan oleh badan professional yang memantau dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kita ambil satu contoh beberapa bandar yang dipilih dinegara kita yang mempunyai potensi pencemaran udara yang tinggi. Bandar-bandar yang dipilih adalah Pasir Gudang Johor, Kuching Sarawak, Kemaman Terengganu dan di Jerantut Pahang. Jadual 2 adalah data mengenai maklumat IPU pada 1 hingga 7 November 2005.

Nov05 Kuching 11:00 AM 1 2 3 4 5 6 7 34* 38* 34* 29c 29* 33* 34*

P. Gudang 5:00 11:00 PM 36* 39* 29* 25* 31* 32* 37* AM 32* 30* 25* 21* 26* 28* 29* Jerantut 5:00 11:00 PM 31* 40c 24* 25c 30* 27c 29* AM 47* 50* 42* 40* 41* 45* 44* Kemaman 5:00 11:00 PM 47* 49* 41* 40* 43* 44* 46* AM 29* 28* 29* 26* 24* 23* 28* 5:00 PM 26* 28* 31c 26* 35c 33c 34c

Jadual 2 ( Sumber :Kementerian Alam Sekitar ) Petunjuk:

* = Habuk Halus (PM10) a = Sulfur Dioksida (SO2) b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar

c = Ozon (O3) d = Karbon Monoksida (CO)

# = Masalah Teknikal

Jadi untuk memudahkan pengiraan, kita ambil data IPU ini secara purata bagi setiap bandar seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.

Tarikh Nov 2005 1 2 3 4 5 P. Kuching Gudang Jerantut Kemaman 35.0 38.5 31.5 27.0 30.0 31.5 35.0 24.5 23.0 28.0 47.0 49.5 41.5 40.0 42.0 27.5 28.0 30.0 26.0 29.5

6 7

32.5 35.5

27.5 29.0 Jadual 3

44.5 45.0

28.0 31.0

Jadual 3 boleh diwakili dengan graf seperti yang ditunjukkan dibawah.

Daripada graf di atas, di dapati bandar Jerantut mencatatkan bacaan IPU tertinggi. Kemudian bandar Kuching di tempat kedua, Pasir Gudang di tempat ketiga dan akhir sekali Bandar Kemaman. Namun dapat diperhatikan bacaan IPU bagi Pasir Gudang mula menurun selepas hari ketiga sehingga hari ketujuh. Banyak faktor yang menyebabkan bacaan IPU sangat jelas tinggi di Bandar Jerantut. Antaranya adalah projek pembinaan dan pembangunan yang pesat atau di panggil urbanisasi.

You might also like