You are on page 1of 1

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2010), jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%). Selain itu, dalam kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah. Seterusnya, taburan penduduk mengikut agama, Malaysia 2010, yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan agama Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus, diikuti Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Selain itu, hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik juga, mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan pengindustrian di sesebuah negara. tambahan pula, hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Namun, pelbagai isu mengenai etnik masih lagi hangat diperkatakan seperti isu dalam pendidikan,agama,ekonomi dan politik yang tidak putus-putus diperkatakan.

You might also like