You are on page 1of 4

SYLVESTER STALLONE

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN Nama sebenar beliau ialah Sylvester Gardenzio Stallone yang diambil sempena nama datuknya. Beliau dilahirkan pada 6 Julai 1946 di sebuah hospital kerajaan bertempat di New York City, Amerika Syarikat. Beliau melalui proses

kelahiran yang agak sukar dengan berat 13 pounds, beliau dilahirkan dengan menggunakan bantuan forcep oleh doktor pelatih. Tindakan drastik dan prosedur yang tidak profesional dalam proses kelahiran ini menyebabkan Stallone mengalami kerosakan saraf di bahagian sisi kanan wajahnya mengakibatkan kelopak mata dan hujung bibirnya tertarik ke bawah serta mengakibatkan masalah pertuturan yang memerlukan terapi dalam jangka masa yang panjang untuk sembuh. Stallone merupakan anak daripada keluarga yang miskin dan susah. Ibunya bernama Jackie, seorang penari yang bercita-cita tinggi di sebuah kelab malam Billy Rose Diamond Horseshoe. Namun disebabkan faktor berat badan dan fizikal yang kurang menarik, ibunya banyak menghabiskan masa dengan menjual rokok kepada pelanggan kelab. Walaubagaimanapun, semangat dan impian ibunya untuk menjadi seorang penari yang hebat masih tetap utuh. Sementara itu, ayahnya Frank, iaitu pendatang dari Sicily berusaha untuk mendapatkan kerja sebagai penyanyi kelab namun usahanya terhalang kerana sentiasa diberi kerja-kerja belakang tabir. Hal ini

menyebabkan Frank bertukar kepada kerja sebagai pendandan rambut dan cuba untuk memulakan bisnes baru. Dalam 5 tahun pertama kehidupan Stallone, keluarganya tinggal di flat yang agak uzur di Hell Kitchen. Sepanjang minggu waktu ibu bapa bekerja, Stallone

dihantar untuk tinggal bersama ibu angkatnya di Queens; seorang yang pendiam dan sering meninggalkan Stallone hidup dalam alam fantasi. Beberapa tahun kemudian, hidup keluarga Stallone berubah apabila kelahiran anak lelaki kedua iaitu Frank Jr. Bisnes salon ayahnya berkembang dan mereka

berpindah ke kawasan perumahan kelas atasan di Washington. Walaubagaimanapun, emosi Stallone terganggu kerana sering diejek oleh rakan sekolah disebabkan kecacatan yang di alaminya. Tambahan pula, ayahnya sering memarahi Stallone dan memukulnya sekiranya Stallone menjawab semula kemarahan ayahnya. Hal ini

menyebabkan Stallone menjadi seorang yang perengus, vandalisme dan sering bergaduh dengan kanak-kanak lain di sekolah.

JENIS KECACATAN Stallone mengalami kerosakan saraf di bahagian sisi kanan pipinya menyebabkan beliau mengalami masalah pertuturan. Sewaktu di sekolah, beliau turut mengalami masalah pembelajaran yang teruk dan masalah Attention Deficit Disoder (ADD) yang berkemungkinan disebabkan penyakit ricket dan kekurangan vitamin yang dialami sewaktu hidup miskin di Hell Kitchen. Tambahan pula, rakan di sekelilingnya sering mencaci dan memberi tekanan kepadanya dengan mengatakan dirinya hodoh dan tidak berguna serta kasar dan agresif. Stallone dihantar menjalankan terapi dan pelbagai jenis rawatan sehinggalah rawatan tradisional tetapi tidak berhasil. Pada tahun 1957, ibu bapanya bercerai dan Stallone mula menemui kestabilan. Ibunya, Jackie berkahwin semula dengan seorang pemilik kilang pizza; Tony Fillti di Philadelphia dan membuka sebuah gimnasium khas untuk wanita atas dorongan Tony. Stallone yang ketika itu berumur 12 tahun sentiasa di bawa oleh ibunya sehingga menimbulkan rasa bosan dalam dirinya. Pada tahun 1958, sebuah tayangan yang popular lakonan Steve Reeves dalam Hercules menarik perhatian Stallone dan menimbulkan rasa kagum kepada dirinya dengan adegan super hero sehingga menimbulkan inspirasi kepada dirinya untuk menjadi seorang hero. berlatih membina tubuhnya di gim kepunyaan ibunya. Stallone mula

Pada umur 13 tahun, Stallone mula membina dirinya dari segi fizikal dan mental. Dia mula melatih minda dengan mengembangkan perbendaharaan kata pada setiap hari. Secara beransur-ansur, ejekan terhadap dirinya dan pergaduhan semakin berkurangan. Ketika berusia 16 tahun, keputusan akademiknya masih teruk membuatkan dirinya ingin mencari sesuatu yang mencabar. Namun, ayah kandungnya ragu dengan kebolehan anaknya untuk melakukan sesuatu perkara. Hal tersebut menjadi alasan kepada ayahnya untuk sentiasa mengawasi pergerakannya dengan menyuruhnya menjadi pekerja di kedai gunting rambut. Hal tersebut tidak berlaku lama setelah

Stallone kembali semula kepada ibunya di Philadelphia dan mencari sekolah yang sesuai untuknya menyambung pelajaran. Stallone bertuah apabila ibunya mendaftarkan dirinya di Manor High School iaitu sekolah persendirian khas untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah. Stallone memulakan hidup yang baru dengan menggelarkan dirinya sebagai Mike ketika masuk di sekolah tersebut. Stallone mengikuti terapi individu dan berkumpulan serta menjalani terapi pertuturan secara intensif. Disebabkan tiada gangguan kanakkanak nakal dan orang luar, keyakinan diri beliau meningkat dengan begitu baik. Di sekolah tersebut, Stallone mengikuti pelbagai aktiviti seperti gusti, lawan pedang dan bermain bola mewakili sekolah. Akhirnya, Stallone berjaya menamatkan sekolahnya dengan keputusan yang sangat memberangsangkan daripada sebelumnya. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut masih tidak dapat memenuhi syarat untuk kemasukan ke mana-mana kolej. Sekali lagi, ibunya mencari peluang dan berusaha untuk memasukkan Stallone ke American College di Leysin, Switzerland yang kebiasaannya hanya untuk golongan kaya dan aristokratik. Ibunya mendapati bahawa kolej tersebut menghadapi masalah kewangan, justeru dengan menawarkan wang pendahuluan dan khidmat Stallone sebagai jurulatih tinju, ibunya berjaya menempatkan Stallone untuk belajar di kolej tersebut. Dalam jangka masa dua tahun, Stallone gembira berada di Switzerland. Beliau berjaya melakukan peningkatan yang tinggi dalam subjek Sains, Matematik dan Sejarah malahan cemerlang dalam seni dan kesusasteraan. Beliau turut memasuki kelab sosial dan kumpulan drama. Pada tahun 1967, Stallone memasuki Universiti Miami dalam major teater melalui minatnya yang dipupuk sewaktu kolej. Malangnya, penglibatan beliau dalam

bidang tersebut tidak disukai oleh ramai pihak.

Tutornya sendiri berpandangan

bahawa Stallone terlalu agresif dan tidak mempunyai tubuh yang sesuai dengan bidang teater. Beliau memulakan kariernya sendiri apabila dikeluarkan dari kelas

drama serta kolej sebelum tamat pengajian.

KEJAYAAN Setelah melalui pelbagai kesukaran dalam perjalanannya untuk menjadi seorang bintang filem, beliau akhirnya meraih pelbagai anugerah sebagai pelakon filem terbaik dalam Academy Award dari filem Rocky. Beliau juga merupakan pelakon box office yang terbesar di dunia sepanjang tahun 1970 1990 menjadikan beliau seorang bintang filem antarabangsa yang termahal. Kini, beliau merupakan seorang pelakon, penulis skrin dan pengarah filem.

You might also like