You are on page 1of 2

4.

Refleksi Kendiri Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Asrama PERKAYA Besut , Terengganu pada 20 Julai 2013 manakala bengkel ceramah telah dilaksanakan pada 24 Julai 2013 . Sebenarnya sebelum ini telah pernah saya melibatkan diri dalam aktiviti sebegini semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara . Setelah ketahui saya akan menjalani program Khidmat Masyarakat untuk program BIG fasa kedua ini , saya berasa teruja kerana dapat menyumbangkan sedikit sebanyak pertolongan kepada mereka yang memerlukannya . Setelah menyempurnakan program , saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Manakala untuk bahagian ceramah , begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ceramah yang bertajuk Pembinaan Insan Guru yang Seimbang begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah , penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi. Pertama sekali , saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum . Setelah jawatankuasa diwujudkan , kerja dibahagikan kepada semua ahli , maka kami pun mula menjalankan tugas kami seperti yang telah diamanahkan. Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh. Daripada pemerhatian saya berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan oleh rakan-rakan semasa aktiviti dijalankan di Asrama PERKAYA, saya sedar bahawa sebagai seorang guru yang serba boleh, kita haruslah mempunyai unsurunsur kekreativiti dan inovasi dalam menjalankan rutin tugas kita. Hal ini demikian kerana kelengkapan di lokasi itu adalah tidak mempunyai LCD untuk menayangkan pembentangan bagi slot motivasi . Maka rakan- rakan telah menggunakan meja sebagai skrinnya dengan meletakkan meja itu melintang dan meja yang lain digunakan untuk menghalang cahaya menyinar terus ke arah skrin . Ini menyedarkan saya bahawa kekreativitian ini adalah begitu penting sekali, khususnya bagi kita yang akan bergelar guru pada masa depan. Hal ini demikian kerana kita perlu kreatif dalam merancang set induksi, merancang pelan mengajar, merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang P&P, mereka kertas soalan, mengendalikan projek-projek kelas, dan banyak lagi. Tanpa unsur kreatif, murid-murid akan berasa bosan dan kesannya, mereka tidak dapat menerima dan menerap apa yang hendak kita sampaikan. Oleh itu, mula dari

sekarang, saya akan cuba mencungkil potensi kreativiti yang terpendam dalam diri saya agar saya dapat menjalankan rutin tugas saya dengan kreatif, lancar dan sempurna pada masa depan kelak. Sementara untuk program ceramah yang diberi oleh En. Zulkefle Ab. Rahman, ceramah ini mendedahkan tentang cara- cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Perubahan- perubahan yang perlu dilakukan oleh bakal guru untuk mendidik anak bangsa dititik beratkan dalam ceramah ini. Penceramah fokuskan kepada 3 unsur iaitu Physical Capital , Spiritual Capital dan Emotional Capital. Melalui ceramah ini saya dapat pelajari bahawa sebagai guru kita haruslah mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan dan cara bermakan yang betul, terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Sebagai seorang guru yang inisiatif, kitalah yang harus memulakan sesebuah hubungan persahabatan. Janganlah kita tunggu orang lain mengambil tindakan terlebih dahulu, tetapi kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk berkenalan dengan orang lain. Kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Dengan ini , semasa kita memasuki alam pendidik , kita mudah menyesuaikan diri dengan orang- orang asing terutamanya murid- murid baru yang akan bertukar setiap tahun . Penceramah turut menggalakkan kita untuk mengembangkan kemahirankemahiran yang sedia ada , kerana kehebatan diri seseorang itu adalah lebih hebat dariapda dia yang disangkakan . Maka semasa guru pelatih bertemu dengan masalah , janganlah putus asa dan berusaha untuk menyelesaikannya . Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh En. Zulkefle Ab. Rahman, sepanjang ceramah ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini. Sekian, terima kasih

You might also like