You are on page 1of 1

Terbentuknya Liga Bangsa : o Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi menjaga

keamanan serta mengelak daripada berlakunya peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap sebarang masalah antarabangsa dalam kalangan negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui rundingan.

Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat menyertai pertubuhan ini dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan Greece pata tahun 1926. Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan ini kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga ini telah dibubarkan pada bulan April 1945.

You might also like