You are on page 1of 2

Pihak British telah memperkenalkan pembaharuan di Tanah Melayu pada tahun 1874 hingga 1930. Pembaharuan-pembaharuan tempatan. Jelaskan.

Pengenalan: o Campurtangan British di NNM bermula dengan termetrainya Perjanjian Pangkor 1874. Pihak British menjalankan pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adapt tempatan. ini telah mengakibatkan rasa tidak puas hati masyarakat

Oleh itu terdapat penentangan akibat rasa tidak puas hati rakyat antaranya penentangan di Perak 1875, Kebangkitan Pahang 1891-95, Kebangkitan Tok Janggut 1815 dan Kebangkitan Abdul Rahman Limbong 1922-28.

Isi-isi : o British memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat- kedudukan Sultan dan pembesar masih dikekalkan tetapi mesti menerima nasihat Residen dalam semua hal kecuali Agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Satu pembaharuan penting ialah system pungutan cukai secara berpusat yang dikelolakan oleh pegawai Eropah bercanggah dengan tradisi dan adat tempatan menafikan hak Sultan dan pembesar ,sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh Birch di Perak menjejaskan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar, sesiapa yang memungut cukai akan didenda pendapatan pembesar terjejas. Di Pahang misalnya kekuasaan tradisi Dato Bahaman tergugat apabila beliau pernah diberi amaran kerana memungut cukai di kawasan Semantan. Beliau diberi elaun tahunan sebanyak $840.00 yang lebih rendah daripada pendapatan asal dan beliau meminta elaun ini dinaikkan ,permintaannya ditolak. Pengenalan berbagai-bagai jenis cukai juga membebankan rakyat. Contoh di Pasir Puteh, Kelantan semua tanah dikenakan cukai termasuk cukai sirih sebanyak 5 sen sejunjung, lembu kerbau 20 sen seekor setahun. Undang-undang Hasil Padi 1905 juga membenankan rakyat. Di Perak ,cukai perahu diperkenalkan , di Terengganu 1920 pas kerajaan atau surat kebenaran membuka tanah diperkenalkan. Dari segi pentadbiran pula, Sultan langsung tidak dibenarkan mengambil bahagian aktif dalam kerajaan.Sebelum 1874 Sultan mengeluarkan surat tauliah pelantikan pembesar, tetapi selepas 1874 fungsi ini tiada lagi. Selain dari itu pembesar daerah tidak lagi berkuasa menjalankan perbicaraan dan tidak dibenarkan menyimpan hamba serta mengerah tenaga rakyat untuk kepentingan peribadi. Ini menunjukkan campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan. Contohnya campurtangan Birch dalam adat perhambaan, apabila beliau menamatkan amalan perhambaan tanpa memberi gantirugi kepada pembesar. Kuasa pembesar-pembesar dearah diambilalih oleh Pegawai Daerah seperti dalam hal ehwal kutipan hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah,amalan ke atas penghulu dan pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Walaupun dikekalkan tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan. Di Pahang, Residen J.P Rodger membahagikan Pahang kepada beberapa dearah ataupun jajahan di bawah pentabiran hakim dan pemungut hasil. Contoh, Pekan di bawah pentabiran F. Belfield, Kuantan di bawah pentabiran A.H. Wallm dan Temerloh di bawah pentadbiran E.A. Wise. Pembahagian ini menjadikan peranan, kedudukan dan kewibawaan tradisi pembesar dearah tergugat.

o o o

o o

Hakim dan majistret British mengambilalih peranan sultan dan pembesar dalam mengadili kes-kes jenayah dan sivil di daerah mereka. Sistem kehakiman digubal berdasarkan undang undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan residen. Sultan dan pembesar dearah dilarang menjalankan sistem kerah bagi urusan peribadi.

Kesimpulan: o Boleh dikatakan bahawa pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh British jelas menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan.

Pembaharuan ini melemahkan sistem pentadbiran masyarakat Melayu tradisional. Kedudukan British terlalu berpengaruh dalam urusan pentabdiran sehingga kuasa raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu semakin lemah dan nilai-nilai tradisi serta adat masyarakat peribumi tergugat.

You might also like