You are on page 1of 2

Salam perjuangan buat semua guru Sejarah yang dihormati lagi disegani meski di manapun kalian semua sedang

berkhidmat kini demi membangun jiwa anak bangsa agar menjadi insan terpimpin dan memimpin peradaban ke mercu kegemilangan. Pada kali ini Minda Sejarah akan berkongsi satu tajuk penting ke arah merealisasikan matlamat melahirkan ciri-ciri guru sejarah yang berkesan. Apakah rasionalnya guru sejarah perlu mempunyai ciri-ciri cemerlang? Jawapannya adalah sangat mudah iaitu seorang murid akan lebih cemerlang jika dibimbing oleh seorang guru yang cemerlang. Tidaklah bermakna penulis merupakan pencinta dan pembimbing sejarah yang berkesan apatah lagi cemerlang namun sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman diri dan rakan-rakan guru sejarah lain yang telah mencipta kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. !uru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal pro"esional sosial dan interpersonal yang unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata pelajaran sejarah guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang kurikulum mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya seorang guru sejarah berkesan mempunyai ciri-ciri berikut # $%& 'apat mengembangkan stail kaedah pendekatan strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang bermakna memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-murid. $(& 'apat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid ber"ikir secara kritis analitikal dan kreati". $)& 'apat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata pelajaran sejarah rele*an penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri murid. $+& Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita berlakon daya imaginasi kemahiran berkomunikasi berjenaka daya intelektual yang tinggi disegani dan dihormati murid. $,& Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid menjadi pendorong dan -role model- kepada para pelajar. $.& Mengamalkan pembelajaran akti" $active learning& mendorong penglibatan akti" murid dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan kebolehan dan potensi mereka. $/& 0reati" dan ino*ati" khususnya dari segi pengajaran pembelajaran personaliti dan penggunaan pelbagai ini*asi media dan teknologi pembelajaran. $1& Patriotik dan 'Cinta Tuhan' iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah membangkitkan semangat memupuk kesedaran menyuburkan idealisme dan membina wawasan bersama dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah. $2& Mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan yang berkesan dalam pengajaran mata pelajaran sejarah. $%3& Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas mesra penyayang ceria tenang ber"ikiran positi" dan terbuka bijak bertimbang rasa bermoti*asi tinggi mempunyai wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan kemajuan diri murid. $%%& Mempunyai kebolehan berhujjah kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran aras tinggi berpengetahuan yang luas dedikasi terhadap tugas pengajaran minat dan dorongan pro"esional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam pro"esion perguruan yang diceburi. Tuntasnya kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan si"at-si"at guru sejarah yang berkesan cemerlang dan bermoti*asi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah. Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku secara dinamik dan progresi" sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa.

4aktor-"aktor penentu seperti perubahan sikap guru penguasaan aplikasi ino*asi dan teknologi maklumat latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan memperkenalkan teknik dan strategi baru yang e"ekti" dan mampu dilaksanakan pemberian insenti" kepada guru pembentukan -teamwork- dalam organisasi sekolah dan sebagainya perlu diambilkira dalam perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang.

You might also like