You are on page 1of 1

EDU 3103 [LAPORAN]

Saya telah diberikan tugasan untuk memilih salah satu teori pembelajaran dan
kendalikan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan
mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut untuk membuktikan bahawa teori
pembelajaran yang dipilih dapat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.
Setelah meneliti kesemua teori pembelajaran, saya telah memilih Teori Pelaziman Operan
Thorndike yang terdapat dalam teori pembelajaran behavioris dan telah membuat satu
rakaman video yang melibatkan murid-murid tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Mahathma Gandhi Kalasalai, Sungai Siput, Perak.
Daripada pemahaman saya, boleh dinyatakan bahawa Thorndike berpendapat
bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan
menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai
proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak
balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan. Manakala
perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Gerak balas
operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan
dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan
berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. http://upsi-kpt4033-
s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku

You might also like