You are on page 1of 6

SEJARAH PANDU PUTERI DI MALAYSIA

1917
1919
1921
1920an
1923
1924
1925
1925

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di
Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat
Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett.
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak
Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung
Baru, Kuala Lumpur
Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang
Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924
Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan
Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.
1928
Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini.
Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi
pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi
sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.
1932
Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan
merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa
Melayu.
1934
Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah
mengadakan lawatan ke Malaya.
1937-1946 Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta
pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.
1947
Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usahausaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila
penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah
Melayu.
Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil
bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.
1948-1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh
negara.
1957
Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan
Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai
untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.
1960
PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia
ke-17 di Athens, Greece.
1962
PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan
Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan
Disember.
1964
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak,
Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara

Malaysia pada 1963.


1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti aktiviti
Perkhemahan Jubli Emas.
1969
Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat
dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri
Setia Raja Terengganu.
1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild
Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang
(DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis
Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian
seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di
seluruh negara.
1986
PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP
Selangor.
1987-1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan
sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh
negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia
Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri
Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu
Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program
Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet
Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our
Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.
1997
Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.
1998
Sempena SUKOM 98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan
Komanwel 98.
1999
Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula
dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.
2000
8 15 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri
Malaysia oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

2001

2002

20 26 November Aktiviti Antarabangsa;


Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with
The Chinese Young Pioneers (Program Pertukaran Malaysia China)
7-12 September Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea
dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ,
Sekakap, Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand
April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja
Persatuan Pandu Puteri Malaysia

2003

2004

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.


Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di
Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan
diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober
sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami
Membawa Keriangan".
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki
Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang
bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli
WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama
antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM
menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai
beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri
berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanakkanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke
Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

2005

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian


Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel
Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai
105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia
Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran
dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh
Kementerian Pertahanan.
16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS
diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai
23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama
Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan
di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar AlHaj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia
Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai
Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg
Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke

2006

Rahmatullah.
Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:
Nama Lama

Nama Baru

Tunas Puteri

Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri

Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri

Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri

Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada
Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu
Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di
Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature
Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong,
Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO
Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley
Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan
rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha
Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis
Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja
PPPM.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4
malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM
mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan
diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera:
Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid,
Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis
Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri
Selangor.

2007

Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative
Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering
Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di
Istana Negara
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah
Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional
Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara
ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau
Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai
sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik
dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena
Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia
dan Singapura mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM
6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang
Di Pertua baru PPPM
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said,
Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke
Wisma Pandu Puteri

2008

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu
Puteri Malaysia
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat
Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah
6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan
Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk
Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem
Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500
peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United
Kingdom

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti,


bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan
dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam
pelbagai program baru. Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan
terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpinpemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk
Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan,
PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan
terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

You might also like