You are on page 1of 5

Dalam tempoh lima dekad pasca kemerdekaan, hubungan entik di Malaysia telah melalui pelbagai liku peristiwa pasang

surut, pahit dan manis. Malaysia merupakan sebuah Negara yang rakyatnya majmuk sifatnya iaitu terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, bahasa, budaya dan agama. Untuk memahami cabaran-cabaran yang telah dan sedang dilalui oleh rakyat Malaysia sememangnya tidak mudah. Hal ini kerana, ia melibatkan pelbagai dimensi dan faktor yang akhirnya memberi kesan kepada cabaran membina masyarakat yang stabil dan harmoni. Cabaran utama yang dihadapi ialah memupuk perpaduan dan integrasi antara entik untuk membina, menjalin dan mewujudkan kestabilan politik dan pembangunan serta keselamatan Negara. Negara kita yang masyarakatnya majmuk sifatnya tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti cabaran kepentingan antara etnik dari aspek social yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan, polarisasi kaum dan kontrak social. Pemisahan fizikal wujud akibat dasar pecah dan perintah British dan kewujudan masyarakat pluralistik. Pemisahan fizikal dari aspek penempatan, misalnya bukan sahaja merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap etnik, tetapi juga memperkuatkan lagi perasaan kekitaan serta menimbulkan juga perasaan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Selepas Malaysia ditubuhkan, timbul cabaran yang lain. Contohnya pemisahan fizikal akibat keadaan geografi antara Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung Tanah Melayu. Ini mengakibatkan rakyat di Sarawak dan Sabah tidak mengenali dan tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan mereka yang tinggal di Semenanjung disebabkan jarak Wilayah dan jarak social yang berbeza. Sistem pendidikan yang berbeza dan berasingan juga merupakan faktor

penyumbang kepada cabaran hubungan etnik untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Keadaan ini demikian disebabkan interaksi sesame mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama sahaja, walaupun kurikulumnya sama di semua jenis sekolah. Polarisasi dalam kalangan pelajar pun merupakan masalah dalam hubungan etnik di Malaysia. Demikian juga dengan isu kontak social yang dianggap sebagai persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka pelembagaan. Kini isu ini sering kali ditimbulkan oleh pihak tertentu sehingga boleh membawa kepada ketenggangan hubungan antara etnik di Negara ini. Selain itu juga, wujud cabaran kepentingan antara etnik dari aspek ekonomi yang merangkumi aspek pengurusan dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sector ekonomi. Dalam pengurusan ekonomi, terdapat jurang yang amat luas di antara orang melayu dengan orang bukan melayu. Orang melayu kebanyakannya menguasai sector pertanian tradisional

dengan menggunakan teknologi rendah. Manakala orang cina pula umumnya menguasai sector yang lebih maju seperti bidang peniagaan dan pedagangan dengan menggunkan teknologi moden. Ini mengakibatkan wujudnya jurang pendapatan yang ketara dan

ketidakseimbangan pendapatan antara dua kaum ini. Hal ini merupakan cabaran dalam hubungan etnik dan mewujudkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Perbezaan pekerjaan berdasarkan sector ekonomi juga merupakan cabaran hubungan etnik kerana setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sector ekonomi tertentu spserti pertanian, peniagaan, perindustrian dan pentadbiran awam. Hal ini amat ketara semasa pemerintahan British apabila orang melayu kebanyakannya terlibat dalam sector pertanian manakala orang cina dan india masing-masing terlibat dalam sector perniagaan dan menjadi buruh di estet-estet. Peristiwa inilah yangmenghalang interaksi antara kaum dan seterusnya memperkukuhkan lagi semangat perkauman. Sehingga kini, masih wujud jurang dari segi ekonomi khususnya jurang antara Bandar dan luar Bandar dan jurang antara kaya dan miskin. Selain itu, timbul pula masalah kawasan dan rakyat miskin tegar yang tidak pernah timbul sebelum ini. Cabaran lain ialah dari segi nilai antara etnik. Contohnya perbezaan agama, bahasa dan budaya merupakan ciri-ciri penting dalam masyarakat majmuk. Perbezaan tersebut mempersulitkan lagi jurang hubungan antaraetnik, lantaran setiap kaum terus menyuntik semangatperkaumannya yang menebal untuk mempertahankan agama, bahasa dan kebudayaannya. Kesannya menyebabkan setiap anggota kumpulan etnik lebih

mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya mewujudkan polarisasi antara etnik. Lebih mencabar lagi apabila setiap kumpulan etnik menjadikan fahaman etnosentrisme sebagai pegangan dalam masyarakatnya. Cabaran lain termasuklah dari aspek budaya dan nilai. Dalam proses membina jati diri Malaysia, rakyat perlu mempunyai kekuatan budaya dan nilai yang bersifat keMalaysiaan supaya rakyanya yang berbilang kaum berupaya membina satu jalinan social yang kukuh dan utuh. Lantaran itu, adalah amat penting seluruh rakyat Malaysia memahami dan menghayati dasar kebudayaan kebangsaan yang telah digubal berasaskan semangat kerjasama dan persefahaman antara etnik di Malaysia. Cabarannya ialah proses menerapkan budaya dan nilai ke dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai sifatnya, bukanlah suatu yang mudah direalisasikan disebabkan mereka memiliki pelbagai kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara kehidupan mahupun cara penghayatan amalann sistem nilai.

Demikian juga halnya dari aspek pembinaan jati diri rakyat Malaysia yang sejati. Jati diri ialah rangkuman segala nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan sejagat sesuatu kumpulan etnik atau kaum. Manifestasi dari rangkuman nilai-nilai tersebut akan membentuk watak dan sahsiah diri seseorang yang memancarkan watak dan sifat peribadi, cara berfikir dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya. Cabaranya ialah pembentukan jati diri seseorang juga bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri seseorang. Ertinya adalah mustahil kita boleh memaksa sesuatu system nilai dan amalan budaya kepada seseorang yang lain. Justeru itu, pembentukan jati diri Malaysia merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi dan ditangani dengan bijaksana. Satu lagi cabaran yang paling getir ialah membina jalinan hubungan harmoni antara interetnik dan intraetnik. Sebagaimana yang dimaklumi, Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum dari pelbagai latar belakang budaya, tradisi, system kepercayaan dan anutan agama dan kepercayaan. Kepelbagai lain ialah dari segi bahasa seperti bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa cina atau mandarin, bahasa inggeris, bahasa tamil serta pelbagai bahasa suskuan dalam kalanagan orang asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. Kepelbagai bahasa dan dialek ini merupakan cabaran baggi membina jalinan hubungan harmoni anatar interetnik dan intraetnik. Hubungan interetnik adalah merujuk kepada hubungan antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini merupakan cabaran besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat Negara ini dalam proses pembentukan bangsa Malaysia sesuai dengan slogan 1 Malaysia yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi dan bersedia mempertahankan martabatkan dan kedaulatannya pada bila-bila masa diperlukan. Hubungan intraetnik yang merujuk kepada hubungan antara sesama kaum atau satu keturunan juga wujud cabaran menjalin hubungan politik khususnya dalam kontek sosiopolitik. Sehubungan dengan cabaran tersebut, timbul persoalan lain iaitu adakah wujud budaya politik yang sihat dalam kalangan pemimpin dan masyarakat di Malaysia selepas melalui lebih daripada sepuluh kali pilihanraya? Cabaran ini merupakan satu igauan yang masih menjadi tanda Tanya terutamanya soal bagaimana mendewasakan atau

mematangkan masyarakat Malaysia mengenai system politik dan falsafah serta amalan demokrasi yang membenarkan persaingan politik yang sihat tanpa menjejaskan hubungan etnik walaupun berbeza dari segi pegangan idelogi politik. Apa yang nyata ialah keadaan ini masih belum wujud setuntasnya di Negara ini kerana masih kedengaran pertikaian politik yang membawa kepada hubungan kurang baik antara sesame kaum dan antara kaum. Tidak terkecuali juga sikap dalam prejudis, diskriminasi, stereotaip dan

etnosentrisme yang masih menebal di kalangan segelintir anggota masyarakat kita yang

tidak sepatutnya dibudayakan. Hal ini kerana sikap prejudis atau prasangka merupakan elemen yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak terteram dalam hubungan kaum. Hal ini disebabkan konflik dengan mudah boleh berlaku, lantaran sikap prejudis boleh

membangkitkan perasaan tidak puas hati antara satu etnik dengan etnik yang lain. Demikian juga sikap diskriminasi sebagai lanjutan daripada sikap prangsangka terhadap kaum lain. Jika keadaan ini berlaku akibatnya boleh memberi kesan negative dan boleh mencentuskan keadaan yang kurang harmoni. Demikian juga halnya dengan sikap stereotaip yang ditanggapi negative dan telah bersarang dalam kotak pemikiran seseorang. Kesanya menyebabkan tindak tanduk

seseorang itu sering kali bersifat bias dan berat sebelah. Lebih mencabar ialah sikap etnosentrisme yang biasanya merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya etnik lain. Jika ini wujud dalam kotak pemikiran kaum-kaum tertentu kesannya amat buruk dan boleh menjejaskan hubungan kaum. Cabaran-cabaran tersebut merupakan penyumbang utama sebab tercetusnya peristiwa 13 mei 1969. Tragedi berdarah ini telah banyak meninggalkan kesan dari segi politik, ekonomi dan social. Pengenalan kaum berasaskan sector ekonomi dan lokasi penempatan tidak langsung membantu integrasi, malah mencetuskan rasa tidak puas hati kerana berlakunya ketidakseimbangan antara kaum. Ketidakseimbangan ini secara tidak langsung menyebabkan perhubungan antara kaum menjadi lebih terbatas. Cabaran masa kini yang paling sulit ialah cabaran globalisasi iaitu corak hidup yang berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat bersifat sejagat. Lantaran itu dengan mudah pengaruh dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai-nilai negative, ekonomi bebas, ciptaan sains dan teknologi yang boleh memusnahkan serta system politik ynag boleh

dianggap terbaik bagi semua manusia dengan mudah dapat di bawa masuk ke Negara kita. Melalui globalisasi ini juga barat mengeksport segala macam keburukan yang boleh merosakkan Negara dan alam sekitarnya, budaya hiburan dan pengeksplotasi sumber manusia serta bahan mentah ke seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Maknanya globalisasi merupakan faktor perubahan budaya yang akhirnya boleh melenyapkan nilai leluhur dan jati diri rakyat Malaysia anak menjadi pudar. Keadaan ini berupaya melemahkan tradisi Negara Malaysia dan menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia. Kesemua cabaran tersebut di atas jika tidak dibendung dan dikawal akan menjeruskan kepada pembentukan semangat perkauman yang mendalam, menimbulkan prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya akan memberi kesan yang buruk kepda hubungan etnik, integrasi, perpaduan dan mudah

terjadinya konflik. Lebih parah lagi akan mengundangkan rusuhan kaum. Lebih digerunkan ialah ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan daripada kepesatan perkembangan globalisasi dan mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil, khususnya dalam konteks hubungan antara Negara dan antarabangsa.

You might also like