You are on page 1of 5

Aktiviti 1 Nayatakan maksud tamadun dan huraikan cirri-ciri Asas Tamadun.

Perkataan Tamadun bermaksud; Bahasa Latin : Dalam bahasa Latin perkataan tamadun di sebut civitas, civilis civis dam civilitas. Dalam kata lain ia beerti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan pada zaman Rom. Bahasa Greek : Tamadun dikenali sebagai Kei dalam bahasa Greek yang beerti kediaman iaitu rumah dan sesuatu yang dating kepada kita. Dalam erti kata lain Keimelion juga beerti khazanah atau harta yang disimpan. Bahasa Inggeris : Tamadun dalam bahasa Inggeris pula disebut Civilize dimana ia beerti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan dalam sesuatu masyarakat. Selain itu ia juga beerti keluar atau bebas dari kehidupan berbarisan yakni primitif kepada kehidupan yang lebih baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. Bahasa Tamil : Dalam bahasa Tamil, tamadun diertikan sebagai Nakarikam. Nakar membawa maksud kota dan Ikam pula ialah pembentukan Bandar. Jadi dapatlah difahami bahawa tamadun dalam bahasa Tamil adalah beerti pembentukan bandar. Bahasa Cina : Wen Ming dalam bahasa Cina. Ming bermaksud cerah atau bercahaya. Ia juga merujuk kepada unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan manusia.

Ciri-ciri Asas Tamadun 1. Terdapat atau wujudnya penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu seperti kota, bandar dan sebagainya. 2. Terhasilnya atau wujud sistem organisasi dan institusi social dalam bidang politik, ekonomi, pentadbiran dan sistem pendididakn yang sempurna. 3. Terdapat juga peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat dalam sesebuah komuniti masyarakat. 4. Tercipta atau munculnya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk tujuan berkomunikasi dalam sesuatu masyarakat. 5. Menggalakkan peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi juga pembinaan. 6. Kewujudan sistem perundangan dan sistem nilai atau moral yang berkuatkuasa dalam sesuatu komuniti masyarakat. 7. Membina perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan juga nilai estetika yang tersendiri.

Aktiviti 2 Apakah perbezaan di antara konsep tamadun mengikut kacamata Islam dengan perspektif Barat. Perbezaan di antara konsep Tamadun Islam dengan Tamadun Barat. Bil. Islam Agama adalah asas tamadun. Tamadun 1. didunia ini ditegakkan berasaskan kepada kepercayaan agama. Tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang 2. mencukupi, mementingkan keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang. Tamadun merupakan himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi 3. dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat atau dalam kata lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan. Tamadun Islam ialah segala bentuk 4. kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat. Tamadun juga bermaksud kehalusan budi 5. pekerti orang yang hidup di kota. Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia dari pelbagai aspek. Menurut sarjana barat, tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. Barat Lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.

Soalan-soalan Tutorial

1. Dengan menggunakan peta minda huraikan ciri-ciri Tamadun Islam. Ciri-ciri Tamadun Islam

Berasaskan alQuran dan hadis. Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Walau bagaimanapun, nilai yang bercanggah dalam al-Quran dan hadis ditolak.

Nilai-nilai tamadun ialah tetap..

Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Oleh itu tamadun berlaku di manamana.

Sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Semua nilai adalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

Tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh itu tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad sehingga zaman kini.

Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira Tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh; sesuatu ciptaan yang dibuat oleh bukan Islam tetapi diarah oleh pemerintah Islam dikira sebagai Tamadun Islam.

2. Huraikan keselamatan nyawa, keselamatan keturunan dan keselamatan kebebasan mengikut Tamadun Islam.

a) Keselamatan Nyawa Tamadun Islam telah meletakkan keselamatan nyawa di tempat yang paling utama. Membunuh adalah dilarang sama sekali dan manusia haruslah menjaga dan melindungi sesama manusia terutama sekali mereka yang tidak berdaya dan kurang upaya. b) Keselamatan Keturunan ( Maruah ) Di dalam tamadun Islam, keselamatan keturunan dapat dipelihara dengan cara menjauhkan diri daripada melakukan zina, homosek dan lesbian atau dalam erti kata lainnya hubungan sejenis. Perbuatan zina merosakkan keturunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Oleh itu Islam mensyariatkan perkhawinan yang sah di sisi syariah Islam dan membenarkan poligami. Perbuatan homosek dan lesbian pula menjadikan keturunan itu tidak mempunyai anak dan merupakan perbuatan terkutuk pada masyarakat Islam. Selain itu, sek tanpa kahwin atau berzina melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti pengguguran bayi dan pembunuhan bayi. c) Keselamatan Kebebasan. Tamadun Islam juga mementingkan kebebasan. Manusia diminta supaya bebas daripada beragama secara ikutan dan dikehendaki beragama kerana betul-betul yakin bahawa agama yang dianuti itu adalah agama yang benar. Manusia juga diminta supaya bebas daripada kesesatan. Oleh itu, akal manusia memerlukan petunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat difikir oleh akal. Umat Islam juga tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Cara yang baik ditunjukkan oleh al-Quran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana.

You might also like