You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM:

AKTIVITI KEMASYARAKATAN:
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH
(BINA INSAN GURU PERINGKAT 2)



TARIKH :
6 APRIL 2013
( SABTU )




TEMPAT :
SJK ( C ) PULAI




ANJURAN :
PELAJAR-PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
KOHORT 1 (AMBILAN JUN 2011)













PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PERPUSTAKAAN
SJK ( C ) PULAI

1.0 PENDAHULUAN
Perpustakaan SJK ( C ) Pulai merupakan sebuah tempat menyediakan koleksi
bahan bacaan yang perlu diuruskan secara sistematik. Persekitaran yang
ceria dan bersih memberi keselesaan dan menggambarkan kecintaan serta
kerjasama yang tinggi di kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan
kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana
mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya
Visi dan Misi sekolah.

2.0 RASIONAL
Suasana dan persekitaran PSS yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi
meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari
segi emosi, rohani dan intelek.

3.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah perpustakaan yang mempunyai persekitaran yang
bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk
pelajar.

4.0 OBJEKTIF
4.1. Mewujudkan persekitaran perpstakaan yang lebih ceria dan harmonis.
4.2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang
bermaklumat.
4.3. Memupukkan sikap bertanggungjawab terhadap perpustakaan.
4.4. Mewujudkan kerjasama di antara perpustakawan.
4.5. Menjadikan perpustakaan tempat selesa dan mendorongkan iklim belajar
di kalangan pelajar.

5.0 TARIKH
6 April 2013 ( Sabtu )

6.0 MASA
7.30 pagi hingga 11.00 pagi

7.0 TEMPAT
Perpustakaan SJK ( C ) Pulai

8.0 KUMPULAN SASARAN
Guru PPG, Guru Media dan Perpustakawan


9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

JAWATANKUASA PROGRAM GOTONG-ROYONG BIG 2
Penasihat : Pn Lee Boh Dan Guru Besar
Pengerusi : Pn. Hew Mee Peng - GPK Kurikulum
Setiausaha : Pn Ee Chiek Ping
Jurukamera : Pn Chin Ping Ping
AJK :

10.0 TENTATIF
7.30 pagi Pendaftaran
7.45 pagi Taklimat ringkas
8.00 pagi Pembahagian kumpulan:
Penyusunan buku di rak.
Pembersihan.
Pemasangan langsir.
Jamuan
11.00 pagi Bersurai

11.0 PERALATAN
Kain-kain buruk, tong, langsir
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Makanan dan minuman 15 orang murid x RM 5.00 = RM75.00

13.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan pelajar PPG Jun Ambilan 2011 3 X RM 25 = RM75.00

14.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan gotong-royong ini mendapat
pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

15.0 PENUTUP
Harapan supaya kertas cadangan ini mendapat pertimbangan dan daripada
pihak tuan serta program ini dapat berjalan seperti yang telah dirancang.
Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.


Disediakan oleh :

............................................................
( EE CHEW PENG )
SETIAUSAHA GOTONG-ROYONG
BIG 2

You might also like