You are on page 1of 21

Peranan ibu bapa dalam usaha menangani masalah buli dalam kalangan pelajar (ceramah) Yang dihormati Tuan

Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan-rakan . Saya berasa besar hati untuk mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menyampaikan ceramah ini. Pada hari ini, saya akan menyampaikan ceramah tentang peranan ibu bapa dalam usaha menangani masalah buli dalam kalangan pelajar. Dalam era globalisasi ini , negara kita sedang mengalami ajakan peradigma daripada sebuah negara yang mundur kepada negara yang maju . Namun begitu, nilai-nilai murni pelajar-pelajar semakin pupus ditelan zaman modenisasi . Mereka sering melibatkan diri dalam kes-kes buli. Masalah ini diibaratkan seperti duri dalam daging di negara kita. Polemik isu ini hangat diperkatakan
Page

dan menjadi buah mulut masyarakat. Setiap hari,

berita-berita tentang kes-kes buli mengisi ruang surat khabar. Senario ini mencapai tahap yang merisaukan semua pihak. pelajar. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar menerima didikan yang paling awal daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam membendung masalah buli penting seperti cerucuk di dalam sebuah bangunan yang kukuh . Kanak-kanak ibarat kain putih . Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya . Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya . Kanak-kanak yang kecil mudah menerima sebarang didikan. Untuk mengatasi masalah buli, ibu bapa mesti memupuk nilai-nilai murni kanak-kanak sejak kecil lagi. Sebagaimana maklum, didikan agama juga yang kita sedia
Page

Apakah peranan ibu bapa

dalam membanteras masalah buli dalam kalangan

penting

dalam

menghapuskan masalah disiplin. Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada kanak-kanak sejak kecil lagi. Setiap agama mengajar penganutnya melakukan sesuatu yang bernilai murni seperti hemah tinggi, harga diri, bersopan santun dan lain-lain lagi. Justifikasinya,() seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melibatkan diri dalam masalah buli. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa mereka akan menerima hukuman daripada Tuhan jika melakukan kesalahan dengan sesuka hati. Mereka sedar tentang ikut hati mati, ikut rasa binasa . Oleh itu, didikan agama mampu membimbing penganutnya supaya berada di landasan yang betul dan tidak akan terjerumus ke lembah kehinaan . Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak yang masih kecil suka meniru sikap ibu bapa. Bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya . Ibu bapa juga mesti
Page

mengamalkan sikap-sikap yang bernilai murni. Ibu bapa

tidak boleh bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul . Natijahnya , kanak-kanak akan bercermin di air keruh . Oleh itu, seseorang kanak-kanak dalam menangani masalah yang buli. menjadi teladan yang baik adalah penting kepada Kanak-kanak akan terdedah dalam suasana yang berunsur nilai murni dalam jangka masa yang panjang. Alah bisa tegal biasa . Lama-kelamaan, kanak-kanak juga akan mengamalkan sikap yang bernilai murni. Dalam meniti arus kemodenan , banyak ibu bapa ghairah mengejar kemewahan dan pangkat. Mereka sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak mereka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mesti membekalkan kasih sayang kepada anak mereka. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti melepaskan batuk di tangga . Mereka beranggapan bahawa tanggungjawab mereka hanyalah menyediakan
Page

barang-barang keperluan kepada anak-anak. Memang

tidak dapat dinafikan, kasih sayang kepada seseorang kanak-kanak adalah amat diperlukan. Kanak-kanak yang kurang kasih sayang daripada ibu bapa berkemungkinan meluangkan ketidakpuashatiannya dengan membuli orang lain. Rakan sebaya juga mempunyai pengaruhan yang besar kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, ibu bapa juga mesti mengambil berat tentang pergaulan kanak-kanak mereka. Ibu bapa boleh mengenali rakan-rakan anak dengan mengadakan sambutan hari jadi di rumah. Selain mengadakan sambutan-sambutan, ibu bapa juga boleh mengenali kawan-kawan anak dengan cara berkomunikasi dengan anak. Para hadirin, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, peranan ibu bapa adalah penting dalam membendung kemelut yang berakar umbi ini. Pemuda harapan bangsa,
Page

pemudi tiang negara

. Sekarang bukan masa untuk menundng jari. Semua pihak mesti menggembleng tenaga dan bersinergi untuk mengatasi masalah buli kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . . Masalah ini mesti diatasi sebelum nasi sudah menjadi bubur

Langkah-langkah untuk menggalakkan rakyat negara kita membaca Membaca jambatan ilmu . Ungkapan ini sepatutnya dihayati oleh semua orang. ini Namun, amat budaya membaca kita. dalam Apakah masyarakat kita semakin merosot sejak kebelakangan ini. Fenomena membaca? Kerajaan harus mengadakan kempen
Page

merunsingkan

langkah-langkah untuk menggalakkan rakyat negara kita

secara besar-besaran. Antara kempen yang boleh

dijalankan seperti Kempen Galakan Membaca, Kempen Bulan Membaca dan Kempen Tahun Membaca. Kempen-kempen ini mesti berterusan dan dijalankan dari semasa ke semasa. Dengan itu, masyarakat akan mengetahui mesej kempen dan menyahut seruan kerajaan bagi mengamalkan budaya seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta . Amalan dipupuk membaca sepatutnya

sejak kanak-kanak lagi seperti

peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya . Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting . Ibu bapa harus menceritakan kepentingan membaca kepada anak mereka. Selain itu, ibu bapa harus sentiasa membawa anak-anak pergi ke perpustakaan atau pameran buku untuk memilih bahan bacaan yang bermutu. Hal ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan anak. Pihak sekolah dan institusi pendidikan juga berperanan
Page

dalam menanam minat membaca dalam

kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka harus melengkapkan kemudahan perpustakaan dengan pelbagai jenis bahan bacaan yang menarik. Di samping itu, pihak sekolah harus sering kali mengadakan ceramah dan pertandingan membaca. Hal ini bukan sahaja menyedarkan pelajar tentang kepentingan membaca malah memberikan galakan kepada mereka. Dengan itu, amalan membaca dalam kalangan pelajar akan dipupuk dan dikekalkan seperti peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas . Media massa harus bersama-sama meningkatkan budaya membaca. Hal ini demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang besar dan boleh menyampaikan maklumat dengan berkesan. Oleh itu, media massa boleh menyiarkan iklan membaca. Hal ini akan masyarakat kita. Kesimpulannya, amalan membaca tentang kepentingan menyedarkan anggota

Page

penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita seperti peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Peranan pelbagai pihak untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan masyarakat Dalam mendepani arus modenisasi global , masyarakat begitu mengejar harta, pangkat dan kejayaan. Dengan ini, untuk mencapai matlamat tersebut, kita seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu supaya tidak ketinggalan dengan pemodenan yang dikecapi oleh negara kita. Tahap literasi rakyat dapat menentukan kemajuan sesebuah masyarakat. Oleh itu, perlulah kita memikul tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia dengan menyemarakkan minat membaca dalam kalangan
Page

kanak-kanak kerana mereka merupakan aset dan

tunggak negara . Pendek kata, institusi keluarga memainkan peranan yang penting dan tidak harus bersikap seperti hangat-hangat tahi ayam dalam menyemai minat membaca dalam kangan anak-anak. Saya setuju bahawa institusi keluarga berfungsi sebagai institusi yang menyediakan pendidikan tidak formal dalam kalangan anak-anak. Akan tetapi, adakah kenyataan tersebut mengizinkan ibu bapa alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka untuk menanam minat membaca anak? Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan masa seorang kanak-kanak dihabiskan bersama-sama dengan ibu bapa. Dengan ini, patutlah ibu bapa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama dengan anak. Hal ini demikian kerana melentur buluh biar dari rebungnya . Ibu bapa harus menyemai minat membaca anak-anak sejak kecil lagi agar minat membaca dapat dijadikan sebagai suatu tabiat ataupun amalan . Bak kata
Page

pepetah alah bisa tegal biasa . Konklusinya

10

, tahap literasi rakyat dapat ditingkatkan secara mendadak jika setiap keluarga mengamalkan usaha tersebut. Bagaimana acuan, begitulah Jika peribahasa

kuihnya merupakan salah satu peribahasa yang selalu kita dengar. tersebut diaplikasi dalam situasi tersebut, kita jelas bahawa ibu bapa merupakan tokoh kepada anak mereka untuk diikuti . Dengan ini, ibu bapa perlu sedar akan peranan mereka dalam sesebuah institusi keluarga. Ini disebabkan anak-anak yang kurang matang tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca . Mereka tidak mengamalkan peribahasa yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan . Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menunjukkan minat membaca agar dapat diteladani . Dalam jangka masa yang panjang, anak akan mengikut jejak ibu bapa mereka dan seterusnya menjadikan membaca sebagai amalan.
Page

11

Selain

itu,

ibu

bapa

boleh

menyediakan keadaan yang bersesuaian di rumah supaya minat membaca dapat dimanifestasikan . Ibu bapa boleh membeli buku-buku yang memanfaatkan serta menyediakan perpustakaan mini supaya dapat melahirkan minat membaca dalam kalangan anak. Lama-kelamaan, anak-anak akan tertarik dengan buku yang dibekalkan dan seterusnya mempunyai minat dalam membaca. Pendek kata, ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu menyediakan buku-buku. Bak kata pepatah genggam bara api biarlah sampai menjadi arang . Walau bagaimanapun, pihak

sekolah merupakan pihak yang penting dalam usaha menanam minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana sekolah boleh dikatakan sebagai rumah kedua seseorang anak. Oleh hal yang demikian, pendekatan agresif perlu diadakan. Pihak sekolah haruslah menyedarkan para pelajar tentang kepentingan minat membaca. Tanpa
Page

kesedaran tersebut, segala usaha yang diadakan menjadi

12

sia-sia seperti mencurah air ke daun keladi . Selain itu, kempen yang menarik perlu dianjurkan secara berterusan supaya minat membaca tidak semakin hari semakin lenyap . Oleh itu, dengan langkah yang drastik tersebut, minat membaca dapat dimanifestasikan selain disemarakkan supaya pelajar tidak seperti katak di bawah tempurung . Pada masa yang sama, kerajaan perlu mencampur tangan dalam usaha menanam minat membaca agar keberkesanannya lebih menyeluruh . Insentif boleh diberikan kepada keluarga yang kurang berupaya supaya mampu membeli bahan bacaan yang bukan sahaja diminati, malah dapat dimanfaatkan oleh anak. Di samping itu, pameran buku secara besar-besaran, meluas dan menarik harus diadakan supaya dapat meningkatkan minat membaca anak yang bakal menjadi pemimpin negara. Sementara itu, cukai import bahan bacaan harus dikurangkan agar buku yang
Page

berkualiti itu mampu dibeli oleh rakyat tempatan.

13

Konklusinya , kerajaan perlu berusaha dengan gigih supaya minat membaca dapat diwujudkan . Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan . Intihanya , segala usaha yang dilakukan tidak mungkin menjelma dalam sekelip mata tetapi kita harus terus menggemblengkan tenaga supaya dapat membuahkan hasil yang lumayan. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Semua pihak haruslah bangun daripada terus dibuai dalam mimpi indah supaya tidak menceroboh hasrat kerajaan untuk merealisasikan wawasan 2020.

Page

14

Cara-cara Untuk Membalas Jasa Baik Ibu Bapa Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan kita . Sedia kita maklum, ibu bapa merupakan tonggak keluarga . Mereka mendidik kita dan memberikan perlindungan kepada kita. Ibu bapa juga merupakan insan yang paling berjasa dalam hidup kita. Justeru, kita mestilah membalas jasa ibu bapa. Sebagai anak, apakah cara-cara dapat membalas jasa yang tidak dapat ternilai oleh ibu bapa? Sebagai anak, kita perlu menurut nasihat ibu bapa dan taat kepada mereka. Selain itu, kita juga hendaklah membezakan sesuatu antara baik dengan buruk. Dengan ini, kita tidak mudah melakukan kesalahan dan membimbangkan ibu bapa. Di samping itu, kita juga perlu memastikan sendiri berada di landasan yang betul . Misalnya, kita perlu mengelakkan amalan yang kurang baik seperti berjudi, penteng sekolah, melakukan masalah disiplin dan
Page

sebagainya. Bak kata pepatah, berfikir sebelum

15

bertindak . Sebagai anak, kita janganlah menyakitkan hati ibu bapa. Di samping itu, kita tidak boleh bersikap materialistik sebagai anak. Kita mestilah bersikap jimat-cermat. Contohnya, tidak membuang makanan sewenang-wenangnya dan sesuka hati . Tambahan pula, sikap berjimat-cermat juga merupakan amalan yang mulia dan baik. Bertolak titik dari situ , kita janganlah terlalu mementingkan kemewahan dan kebendaan dan memboros wang dengan sesuka hati. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan ibu bapa. Misalnya, kita boleh bersenam bersama-sama ibu bapa seperti berjoging, berenang, bermain permainan bola dan lain-lain. Dengan ini, kita dapat berpeluh dan mengerakkan otot-otot. Melalui bersenam, kita dapat menyihatkan badan dan menghindarkan diri dan ibu bapa daripada penyakit. Bak
Page

kata pepatah, badan sihat, otak cergas

16

. Dengan ini, kita akan bersemangat dan dapat meningkatkan produktiviti kerja . Selain bersenam, kita juga boleh menonton televisyen bersama-sama ibu bapa. Dengan ini, kita dapat berhibur sendiri manakala tekanan ibu bapa dalam bekerja juga akan hilang. Selain itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim / kita. Lama-kelamaannya, hubungan kita akan menjadi erat seperti isi dengan kuku . Di samping itu, kita juga hendaklah menolong ibu bapa melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik. Hal ini disebabkan, ibu bapa sibuk bekerja di luar dan tidak dapat meluangkan masa untuk membuat kerja rumah. Justeru, sebagai anak, kita mestilah mengurangkan beban ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa akan berasa seronok ketika balik ke rumah. Selain itu, kita juga hendak belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Jika kita mendapat keputusan yang cemerlang, ibu bapa akan berasa besar hati terhadap kita.
Page

17

Cara yang lain ialah sebagai anggota keluarga, kita perlulah saling menghormati dan saling menolong apabila menghadapi masalah. Misalnya, kita boleh meluahkan perasaan dan isi hati antara satu sama lain. Kita juga boleh menjadi pendengar setia kepada ibu bapa untuk melepaskan tekanan mereka. Dengan ini, perselisihan faham tidak akan berlaku. Selain itu, kita juga perlulah memberikan kasih sayang dan prihatin kepada ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa akan berasa bersyukur dengan anak-anaknya. Jadi, kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Selain itu, kita juga bolehlah membuat kad untuk menghantar mesej kasih sayang kepada ibu bapa semasa hari ibu bapa atau hari jadi mereka. Sebaliknya, sebagai anak, kita tidak perlu membeli hadiah yang mahal kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sesuatu kad sudah cukup menggembirakan ibu bapa. Sebagai intihanya , kita perlulah membalas jasa yang tidak dapat ternilai.
Page

Janganlah bersikap kacang lupakan kulit

18

. Anak bagai kain putih, ibu bapa yang mencoraknya manakala ibu bapa bagai lilin, anak-anak yang membalas jasanya . Konklusinya , jika setiap keluarga dapat hidup dengan bahagia, masalah masyarakat dapat dikurangkan. Dengan ini, negara akan cepat canggih dan aman.

Peranan Ibu Bapa Dalam Melahirkan Modal Insan Yang Cemerlang Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan individu yang paling penting dalam sebuah institusi keluarga. Ibu bapa bukan sahaja perlu menanggung tanggungjawab menyara kehidupan keluarga, malahan juga harus mendidik dan mengasuh anak supaya menjadi orang yang berguna. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menjadi pencoraknya ,. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam
Page

melahirkan modal insan yang cemerlang dan sempurna

19

dari segi jasmani , rohani , emosi, mental dan intelek . Seperti yang kita sedia maklum, didikan yang paling awal diterima oleh seseorang anak bermula dari rumah. Sejak kecil lagi, ibu bapa harus membimbing dan mendidik anak supaya dapat membezakan perkara yang berfaedah dan yang tidak boleh dilakukan. Apabila anak melakukan kesalahan, ibu bapa perlu mendenda anak supaya mereka dapat sedar dan insaf akan kesalahan sendiri. Sekiranya ibu bapa tidak membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak, anak akan menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah betul. Lama-kelamaan, perbutan buruk itu menjadi tabiat anak kerana alah biasa tegal biasa . Jadi, memang jelaslah bahawa didikan ibu bapa sejak kecil lagi diperlukan bagi mewujudkan modal insan yang berdisiplin dan berguna. Janganlah kita lupa bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya

Page

Di samping itu, ibu bapa harus

20

memberikan didikan agama kepada anak dari semasa ke semasa. Setiap agama mengajar penganutnya melakukan perkara yang bermoral serta menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Amalan yang tidak bermanfaat dilarang sama sekali oleh semua agama. Antaranya ialah berzina , membunuh, merompak, berjudi dan sebagainya. Dengan adanya ajaran agama yang teguh, seseorang itu tidak akan terjebak ke lembah kehinaan . Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa mereka akan menerima tulah dan dikenakan hukuman oleh Tuhan jika mereka melanggar didikan dan ajaran agama. Tambahan pula, orang yang menerima didikan agama sejak kecil lagi mempunyai pemikiran yang lebih matang dan rasional. Mereka tidak mudah terpengaruh oleh budaya dan rakan sebaya yang tidak baik. Hal ini disebabkan segala ajaran agama telah serasi dengan jiwa mereka. Melalui cara ini, insan yang sempurna dari segi rohani dapat dilahirkan.

Page

21

You might also like