You are on page 1of 29

Pensyarah: En.

Zubaidi bin Ahmad


Nama: mohd Syafiq bin A. Ghani
No Kad Pengenalan: 911106-11-5365
Kursus: PPISMP Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
Ambilan Jun 10
Kumpulan: Pemulihan (B)
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis
DEFINISI DAN KONSEP
Sosiolinguistik
- Kajian tentang kesan seluruh aspek kehidupan
manusia termasuk nilai nilai budaya, pencapaian
dan konteks sesuatu bahasa itu digunakan.
- Sosiolinguistik juga merupakan bagaimana sesuatu
bahasa itu berbeza antara kumpulan mengikut variasi
sosial seperti etnik, agama, status, jantina, dan taraf
pendidikan serta bagaimana ia boleh digunakan bagi
meletakkan individu tersebut dalam sesuatu kategori
seperti taraf sosial ataupun taraf ekonomi.
DEFINISI DAN KONSEP
Sosiolinguistik
- Penggunaan bahasa yang berbeza daripada satu
tempat dengan tempat yang lain yang disebut dialek
dan juga perbezaan bahasa antara kelas sosial.
- Sosiolinguistik berasal daripada 2 patah perkataan:
1) Sosiologi : Meliputi hal hal yang berkaitan dengan
ilmu tentang segala jenis hal masyarakat.
2) Linguistik : Ilmu pengetahuan yang mengkaji soal
bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi
manusia.
PANDANGAN TOKOH
Stork dan Widdowson(1983)
- Linguistik merupakan satu bidag kajian dan subjek kajiannya
ialah bahasa.

o Fishman(1972)
- Sosiolinguistik ialah sifat- sifat khusus bagi variasi bahasa,
fungsi bahasa dan pemakaian bahasa dalam jalinan interaksi
serta perubahan antara ketiga-tiganya dalam masyarakat
penutur bahasa tersebut.

o Nabbahan(1984)
- Sosiolinguistik sebagai studi atau pembahasan tentang bahasa
yang berhubungan dengan penutur bahasa itu sebagai anggota
masyarakat.
SOSIOLOGI BAHASA
Berasal daripada dua patah perkataan iaitu sosiologi
dan bahasa.
Bahasa merujuk kepada alat untuk berkomunikasi
dalam proses sosialisasi yang diberikan pemerian oleh
ahli linguistik secara formal dan abstrak atau kadang-
kadang kaku.
Bahasa juga bermaksud suatu sistem tanda yang
berhubungan dengan semiotik, iaitu terdiri daripada
unsur tanda dan hubungan antara unsur tersebut.
SOSIOLOGI BAHASA
Unsur bahasa terdiri daripada fonem (unit terkecil
dalam bahasa yang berperanan untuk membezakan
makna), morfem (unit terkecil dalam bahasa yang
mempunyai makna), dan kata yang dapat dibentuk
daripada fonem dan morfem.

Bahasa terdiri daripada unsur fonologi, morfologi,
sintaksis, dan semantik.

PANDANGAN TOKOH
Ferdinand de Saussaure (1857-1913)
- Bahasa ialah pola-pola umum dalam pertuturan
sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau
bertutur seorang individu dalam suasana tertentu.

o Edward Sapir (1884-1939)
- Bahasa ialah manusiawi semata-mata dan kaedah tidak
instingif dalam menyampaikan gagasan, perasaan, dan
kehendak dengan saranan-saranan sesuatu sistem
simbol yang dikeluarkan secara voluntari.
PANDANGAN TOKOH
Fishman (1991)
- Sosiologi bahasa mengkaji interaksi antara dua aspek
tingkah laku manusia, iaitu penggunaan bahasa dan
organisasi sosial tentang tingkah laku.
- Beliau turut mengatakan bahasa terbahagi kepada dua
iaitu sosiologi bahasa diskriptif dan sosiologi bahasa
dinamik.
- Sosiologi bahasa diskriptif cuba mengemukan norma-
norma penggunaan bahasa.
- Sosiologi bahasa dinamik pula cuba menjwab soalan
persoalan apakah yang menyebabkan perubahan pada
kadar yang berlainan dalam organisasi tentang
penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap
bahasa.
PANDANGAN TOKOH
Ia juga cuba menerangkan mengapa dan bagaimana
organisasi menjadi berlainan dalam rangkaian sosial
menjadi berlainan dalam rangkaian sosial atau
masyarakat yang sama dalam dua keadaan yang
berbeza tentang penggunaan bahasa dan tingkah laku
tehadap bahasa.
KOMUNITI BAHASA
Komuniti bahasa merupakan konsep dalam
sosiolinguistik yang menerangkan sedikit sebanyak
tentang perbezaan kumpulan manusia yang
menggunakan bahasa dalam satu entiti dan saling
berkongsi penerimaan itu dalam kalangan mereka.
CIRI KOMUNITI BAHASA
Berubah-ubah
Kelas dan status
Pertentangan kelas
Dialek sosial
Evolusi Sosial
Ketidaksamaan komuniti
Interaksi komuniti
Mobiliti sosial

BAHASA BAKU
Bahasa baku juga disebut sebagai bahasa standard
atau bahasa piawai.
Bahasa baku jguga merupakan satu daripada
kepelbagaian bahasa yang telah diberikan status
undang-undang, sama ada secara rasmi atau separuh
rasmi.
Bahasa baku digunakan di sekolah-sekolah dan media
massa.
Pengguna bahasa bagi sesebuah negara biasanya
menganggap bahasa ini lebih betul dan dijadikan asas.
Bahasa baku ditentukan melalui pengunaanya atau kelas sosial
yang tertentu
Antara ciri yang menentukan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa
baku adalah seperti yang berikut:
1) Mempunyai sistem perkamusan yang mengandungi
perbendaharaan kata dan ejaan yang standard.
2) Mempunyai tatabahasa yang menentukanbentuk, peraturan,
dan struktur bahasa.
3) Mempunyai sistem sebutan standard yang dapat dijadikan
panduan oleh pendduna bahasa sebagai sebutan yang betul.
4) Terdapat institusi yang memperkenalkan penggunaan bahasa
itu dan dijadikan autoriti untuk menguatkuasakan
penggunaannya seperti dalam bidang pendidikan dan pusat
pengajian.
5) Bahasa itu digunakan secara meluas oleh masyarakat di tempat
awam seperti di mahkamah.
6) Sistem bahasa, pengejaan, tatabahasa dan sebutan bahasa
standard itu diajarkan di sekolah-sekolah
Di sesetengah negara, bahasa baku menjadi satu isu
sosial dan politik.
Di Malaysia, terdapat bahasa Melayu baku yang
merujuk kepadda bahasa Melayu yang seragam dan
variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan
bahasa Malaysia dalam situasi rasmi.
Bahasa baku memberi penekanan pada aspek sebutan,
manakala dari segi ejaan masih sama dan tidak
menimbulkan banyak masalah kepada masyarakat.
Perkamusan
Kamus ialah buku yang mendeskripsikan sesuatu kata
seperti ejaan, sebutan, golongan kata, makna, cara
penggunaan, etimologi, dan beberapa perkara tentang
kata bergantung pada kesempurnaan sesebuah kamus.

Peristilahan
Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat
dengan proses pemodenan bahasa dan kemajuan
masyarakat.

Idiolek boleh berubah melalui perhubungan dengan
idoelek lain dan seterusnya berubah dari satu generasi
ke satu generasi yang lain

3. Kontinum Dialek
Kontinum deialek dikatakan wujud apabila dua atau
lebih bahasa atau dialek yang berbeza bergabung
antara satu sama lain tanpa persempadanan yang jelas.
KD merujuk kepada dialek-dialek yang digunakan
merentasi sebuah kawasan geografi yang luas.
Cth: Bahasa Cina yang digunakan di seluruh dunia,
tetapi sistem ejaan sama tetapi tulisan tersebut ditulis
mengikut bunyi dialek tertentu.
Laras Bahasa
Laras bahasa ialah bidang sesuatu bahasa yang
digunakan untuk tujua tertentu.
Laras bahasa digunakan untuk keadaan atau situasi di
sekitar yang berlainan.
Laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang
hendak diperkatakan seperti istilah, ungkapan, dan
intonasi yang berlainan.
Contoh laras bahasa: politik, agama, sains, surat
kiriman, undang-undang, perbahasan dan sebagainya.
Dalam aktiviti berbahasa, laras bahasa meliputi
bentuk penulisan dan lisan.
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklan merupakan bentuk bahasa yang
digunakan dengan tujuan pengiklanan dan
peringatan.
Pengiklanan memerlukan bahasa yang tepat, ringkas,
dan berkesan supaya dapat diketahui oleh pengguna.
Fungsi iklan juga dapat mengubah sikap dan
mempengaruhi dalam membuat keputusan.
Bahasa yang digunakan bersifat memujuk, menyuruh,
mengumpan, membanding dan mengisytiharkan
kepada orang ramai.
Kaedah dan Laras Bahasa Iklan
Kaedah memujuk
Kata-kata memujuk pengguna supaya tertarik dan
membeli barangan. Contoh:
- Tawaran khas untuk hari raya
- Kulit wajah anda menjadi lebih halus dan licin
- Menampilkan bentuk badan yang anggun

Kaedah Mengumpan
Bahasa yang digunakan boleh memikat pengguna supaya
tidak tertangguh membeli barang tersebut. Contoh:
- Tawaran istimewa, beli satu percuma satu.
Jualan penghabisan stok. Tawaran sehingga 70 %.
Barangan separuh harga, hanya dua hari sahaja.

c. Kaedah Perbandingan
Menunjukkan kelebihan satu-satu baranagn berbanding
dengan barangan lain yang sama fungsinya. Contoh:
- Serbuk pencuci x mencuci lebih bersih daripada
serbuk pencuci Y.
- X menjadikan gigi anda lebih putih.
- X membunuh nyamuk lebih berkesan.
Laras bahasa
Laras bahasa ialah bidang sesuatu bahasa yang
digunakan untuk tujuan tertentu.
Laras bahasa digunakan untuk keadaan atau situasi di
sekitar yang berlainan.
Laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang
hendak diperkatakan seperti istilah, ungkapan dan
intonasi yang berlainan.
Contoh laras bahasa: politik, agama, sains, surat
kiriman, undang-undang, perbahasan dan sebagainya.
Dalam aktiviti berbahasa, laras bahasa meliputi
bentuk penulisan dan lisan.
Laras bahasa undang - undang
Banyak menggunakan kata kata khusus.
Istilah tersebut diberikan tafsiran yang khusus dan spesifik
merujuk kepada fasal , klausa, akta dan kanun.
Contoh istilah- perintah Sekolah Henry Gurney ertinya
sesuatu perintah yang dibuat oleh mahkamah menghantar
seseorang orang muda ke sekolah Henry Gurney.
Kanak kanak ertinya seseorang dibawah umur empat
belas tahun.
Orang muda ertinya seseorang telah mencapai umur belas
tahun dan di bawah umur lapan belas tahun.
Laras bahasa undang undang menggunakan klausa
dan ayat dalam bentuk ayat penyata yang sukar
difahami oleh orang awam.
Setiap kontinuen klausa dalam sesuatu fasal perlu
difahami sebelum memahami keseluruhan fasal.
Contoh:
Mahkamah boleh dengan notis yang dialamatkan
kepada pegawai penjaga penjaga penjara
mengkehendaki mana mana orang dalam penjara
dibawa ke hadapannya bagi apa apa maksud
Laras bahasa sukan
Laras bahasa sukan mudah difahami keranan menggunakan
istilah khusus dan spesifik.
Laras bahasa ini mudah difahami kerana digunakan oleh orang
awam dan murid sekolah.
Contoh perkataan- tendangan, balingan, pengadil, lonjakan dan
sebagainya.
Ayat digunakan kebanyakannya adalah ayat penyata dan ayat
tunggal.
Contoh ayat digunakan:
Peraturan tendangan percuma dalam permainan bola sepak.
Tendangan percuma langsung dibuat terus tanpa menyentuh
pemain lain. Jika tendangan itu masuk ke dalam gol, ia dikira
sah.
Laras bahasa ekonomi
Laras bahasa ekonomi bersifat ilmiah dan formal serta
mementingkan ketepatan makna dan fakta.
Bagi penggunaan orang awam biasanya menggunakan kata
kata yang mudah difahami.
Banyak menggunakan ayat penyata yang bersifat diskriptif
yang menjelaskan tentang kewangan, pasaran saham,
perniagaan, pelaburan asing, produk ekonomi dan
sebagainya.
Contoh:
a. Ekonomi dapat menghasilkan dua barangan sahaja, iaitu
barang pengguna dan barang modal.
b. Semua faktor pengeluaran telah digunakan sepenuhnya.
Laras bahasa matematik
Digunakan dalam bidang matematik berkaitan dengan
pengiraan dan algebra.
Ayat yang digunakan berbentuk diskriptif dan ringkas.
Melibatkan penggunaan formula, angka dan simbol yang
spesifik.
Contoh: tambah (+), tolak (-), darab (x), bahagi(/),
bersamaan (=), lebih besar daripada (>), lebih kecil
daripada (<).
Contoh laras bahasa matematik:

Sebelum kita cuba mencari penyelesaian bagi
ketaksamaan jenis ini, terlebih dahulu diberikan
takrifnya seperti berikut: ax + b<0
Laras bahasa agama
Mempunyai ciri ciri khusus yang berbeza dengan laras
bahasa lain.
Laras bahasa agama Islam melibatkan penggunaan ayat Al-
Quran dan kata kata dalam bahasa arab.
Banyak membicarakan hal hal ketuhanan, kerasulan,
sejarah Islam, soal hukum hukum suruhan dan larangan
berkaitan agama Islam.
Terdapat kosa kata daripada bahasa Arab yang diterima
dalam bahasa Melayu seperti wajib, nikah, sah, batal,
rezeki, batin.
Laras bahasa ini lebih mengutamakan maksud agar tidak
menimbulkan salah tafsiran pembaca.
Contoh:
Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang
terdahulu daripada kamu. Mudah mudahan kamu
bertakwa.

You might also like