You are on page 1of 8

1.

0 Tajuk:

-berdasarkan tema yang anda pilih, perlu ada kawasan kajian dan tahun yang dikaji

2.0 Pengenalan:
-pengenalan perlu ringkas berkenaan kajian yang anda kaji dan kaitkan tempat kajian.

3.0 Tujuan/Objektif Kajian:
3.1 mengenalpasti asal-usul
3.2 membuktikan lagi...
3.3 mengkaji lebih dekat tentang kajian
3.4 mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku...

4.0 Permasalahan Kajian:

-permasalah berdasarkan objektif kajian yang anda kaji.
-kajian ini mengkaji bagaimana...
-masalah yang berlaku...

5.0 Skop Kajian:

-terangkan kajian ini bermula pada bila sehingga...Kajian ini dilakukan di sekitar kawasan dengan
membuat soal selidik seramai .... orang responden.


6.0 Sorotan Kajian Lepas:

-Nyatakan pengkaji-pengkaji yang lepas sebelum anda melakukannya sebanyak 2 orang
-Kajian ini dilakukan oleh...dikeluarkan pada tahun...dan nyatakan tajuk.

7.0 Kaedah/metadologi kajian:

-Nyatakan kaedah yang akan digunakan seperti kajian perpustakaan, soal selidik, kajian lapangan
-kaedah seperti:

7.1 sumber primer
7.2 sumber sekunder

8.0 Bibliografi:

-sumber rujukan yang dikaji
-nama pengkaji, buku yang dikaji da tempat keluarkan.
-sumber boleh didapati di perpustakaan , laman web , jurnal , surat khabar dan lain2.






KERTAS CADANGAN BAGI KERJA KURSUS SEJARAH

Nama :
Kelas :
No I/C :
Tajuk : Budaya Baba Nyonya.
Pemilihan tajuk


Saya telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan
kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan
pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan dan
budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai
kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.


Pengenalan

Cara hidup dan kebudayaan Baba Nyonya:
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina
yang unik serta tradisi Melayu.

Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara
pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung
kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.


Objektif kajian

Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah

a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.


Permasalahan kajian

Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya
yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas bahasa yang
digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang pakaian tradisional yang digunakan
oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan tradisional Baba Nyonya.

Skop kajian

Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri
ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan
kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.

Kajian Lepas:

Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF baru-baru ini
telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui sejauh mana
adat resam dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.


Kaedah Kajian

Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang
mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.

b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya di
Jonker Walk.

c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini
kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada hasil kajian saya.


Pembahagian Struktur esei.

Bahagian 1 : Asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya

Ia berpunca pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang
berlaku di antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang
kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.

Bahagian 2 : Keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.

Kaum Baba Nyonya mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai
persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.

Bahagian 3 : Bahasa yang digunakan

Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan
ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa
Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur
bahasa Hokkien.

Bahagian 4:Pakaian

Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya. Kebanyakan
mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari
aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.


Bahagian 5 Makanan

Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya
yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan
makanan masyarakat orang Melayu.


Penutup

Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai
amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang semakin disisihkan oleh
generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka
sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara
masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang
wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan
bermasyarakat.




















Contoh PBS SEJARAH



#Harap dapat bantu kamu disebabkan penghantaran PBS tinggal beberapa hari sahaja lagi k. #
First sekali, dalam pbs kamu mesti ada PENGENALAN, (TAJUK2x kecil Esei kamu berpandukan Objektif
Kajian), Kesimpulan/Rumusan, and last sekali LAMPIRAN ( masukkan Bibliografi/rujukan,
Proposal/Cadangan Penyelidikan and last sekali gambar2x berkaitan dengan tajuk kamu )

Contoh PBS SEJARAH
Tajuk : SEJARAH TAPAK ARKEOLOGI BUKIT TENGKORAK DI SEMPORNA, SABAH


PENGENALAN


Pengkajian tapak arkeologi Bukit Tengkorak pada 3 000 tahun yang lalu di Semporna, Sabah ini terletak
di persisiran pantai Semporna. Lokasi tapak ini kira-kira 500 kaki dari paras laut, di timur Sabah. Dalam
pada itu, bukit ini juga merupakan sebahagian daripada bibir gunung berapi suatu ketika dahulu yang
berdiameter 2 kilometer persegi. Justeru itu, bukit ini juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak
pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Definisi Zaman
Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk
tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Selain itu, jarak Bukit Tengkorak ini dari pekan
Semporna ialah sekitar 4 kilometer. Sejarah awal Semporna dikenali sabagai Tong Talun yang
merupakan nama asal bagi daerah Semporna bermaksud Hujung Hutan iaitu daripada istilah Suku
Kaum Bajau. Di Semporna terdapat pelbagai budaya, bahasa dan bangsa. Misalnya bangsa Bajau . .. . . . ..
. . . . . . ....... .(sambung).......


#Panjang pengenalan sekurang-kurannya 3/4 #

#kaitkan lokasi kajian + asal sejarah kajian#
_________________________________________________________________________________

Dalam perenggan esei, masukkan tajuk kecil yang berkaitan dengan objektif kajian kamu #
cth tajuk kecil berserta huraian sedikit :






SEJARAH AWAL DAERAH SEMPORNA

Sesetengah orang tidak banyak mengetahui asal usul dan sejarah awal Semporna. Oleh hal yang
demikian, nama asal bagi daerah Semporna ialah Tong Talun dalam istilah suku kaum Bajau. Maksud
Tong Talun dalam suku kaum Bajau ini ialah Hujung Hutan. Orang yang bertanggungjawab untuk
menamakan Tong talun ialah Panglima Uddang, Penglima Sallehangi dan Panglima Sakti yang
berketurunan Bajau Kubang.. . . ........... . . .





Dalam pada itu, daerah ini dinamakan sebagai Tong Talun kerana pada ketika awal penemuan
tempat ini, Semporna diliputi oleh hutan belantara yang sangat tebal. Dalam soal penemuan tempat ini,
nama Tong Talun kemudiannya ditukar dengan nama Semporna yang member maksud tempat yang
aman atau damai dan nama ini digunakan sehinggalah sekarang. ............................ . . . (sambung) . . . .




________________________________________________________________________________




ASAL-USUL BUKIT TENGKORAK

Asal-usul bukit Tengkorak ini ialah salah satu bukit yang bersejarah pada 3000 tahun yang lalu
dan merupakan merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar bersejarah yang terbesar di Asia
Tenggara. Oleh itu, obejektif kajian ialah untuk mengetahui asal-usul bukit ini pada zaman duhulu iaitu
3000 tahun lalu. Selain itu juga, Bukit Tengkorak merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan
sebahagian daripada bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer. Lokasi kedudukan bukit
ini terletak kira-kira 500 kaki d atas paras laut di pesisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 27
20.08 dan 118 37 04.3 Timur). ............... . . . . . .. . . ( sambung ).............. . .


#boleh masukkan gambar rajah jika ada #






_________________________________________________________________________________



BAHAN ARTIFAK ATAU BAHAN TINGGALAN BUKIT TENGKORAK

Bahan artifak ataupun barangan tinggalan yang bersejarah ialah sesuatu keunikan atau
mempunyai khazanah. Hal ini demikian kerana, dalam kajian terhadap Bukit Tengkorak, terdapat
beberapa artifak dan barangan tinggalan bersejarah. Sebagai contoh utamanya, pembuatan tembikar
3000 tahun yang lalu di tapak arkeologi ini. Oleh itu, bahan-bahan arkeologi yang dijumpai membuktikan
bahawa sejarah penduduk dan petempatan awal di Sabah boleh dijejaki sejak zaman paleolitik iaitu
zaman batu awal kira-kira 200 000 300 000 tahun dahulu. Penduduk yang tinggal di dalam gua
dipercayai merupakan penduduk yang terawal di Sabah dan telah dijumpai di Tingkayu, Sabah.
Kemudiannya diikuti oleh zaman Neolitik iaitu kira-kira 7000 tahun dahulu. Pada zaman ini penempatan-
penempatan manusia yang dikenali sebagai orang Hoabinh telah ditemui di Gua Madai yang terletak di
daerah Kunak, Bukit Tengkorak yang terletak di Semporna dan Gua Gomantong terletak di Sandakan.
Seterusnya zaman beralih dengan adanya kemunculan zaman logam kira-kira 4000 tahun dahulu.. . .
................................. . . .. . .

. . . .............. (sambung ).............

#boleh masukkan gambar rajah jika ada #
______________________________________________




#dan sambung objektif yang seterusnya. . . . Dalam satu tajuk kecil sekurang-kurangnya 600-700 patah
perkataan, yang penting keseluruhan esei/pbs sejarah mencapai 2500-3000 p.perkataan. Kalau lebih lagi
bagus, and tidak keluar tajuk #







_________________________________________________________________________________






KESIMPULAN



Kajian terhadap SEJARAH TAPAK ARKEOLOGI BUKIT TENGKORAK DI SEMPORNA, SABAH,
yang dilaksanakan sekitar 1 bulan lebih ini, banyak sumber dan perkara baru atau bernilai yang pengkaji
dapat dalam pengkajian ini. Oleh itu, tapak arkeologi ini amat penting kepada masyarakat kita. Hal ini
kerana, para penyilidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan
Muzium Sabah dan kini bersama dengan Jabatan Warisan Negara, telah mengkaji bukit ini adalah
khazanah yang penting kerana dibuktikan dengan tapak arkeologi ini adalah pembuatan tembikar
terbesar di Asia Tenggara pada 3000 tahun lalu hingga kini. Dalam pada itu, terhadap pengkajian yang
dijalankan terhadap bukit ini iaitu kerja kursus. . . . . . . .. . .. (sambung). . . .

# dalam kesimpulan diperuntukkan 1/2 halaman #








#endnote perlu letak, rujuk di buku rujukan STPM PENGGAL 2 Oxford atau yg lain#

# keseluruhan esei start pengenalan - kesimpulan letakkan muka surat (pages) #

________________________________________________________________________________







LAMPIRAN




# dalam lampiran masukkan Rujukan/Bibliografi ( sekurang-kurangnya 5 dan keatas) #

# masukkan proposal/cadangan penyelidikan #

# last, gambar-gambar (jika ada) #


# lampiran tidak perlu letak muka surat (pages) #

You might also like