You are on page 1of 70

Bab

1
Pengenalan anatomi dan fisiologi
Disediakan oleh :
PISMP BC semester 3
Tie Ping Ping & Wong Heu Ling
Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-
struktur badan dan perkaitan antara setiap
struktur tersebut.
Anatomi berasal daripada perkataan Yunani
ana bermaksud asingkan dan tome
bermaksud memotong.
Anatomi boleh dibahagi kepada dua
bahagian:
Anatomi mata kasar- mengkaji dengan
mata kasar.
Anatomi mikroskop atau histologi Kajian
tentang tisu tubuh menggunakan microskop.
Neuroanatomi Kajian tentang sistem saraf.
Fisiologi
kajian tentang fungsi
struktur tubuh badan
Anatomi sistem









Konsep homeostasis dalam manusia
Homeostasis:
proses kawal atau faktor fizikal dan
kandungan bahan kimia persekitaran
dalam yang malar.
Sebarang penyimpanan faktor fizikal atau
bahan kimia daripada julat normal akan
mencetuskan satu gerak balas
homeostasis (mekanisme pembetulan)
untuk mengembalikan keadaan ke julat
asal yang norma.
Mekanisme homeostasis memastikan
keadaan persekitaran dalam berada pada
tahap optimum untuk tindak balas biokimia
sel.
Faktor yang perlu dikawal atur:
1. Suhu
2. Glukosa
3. Air
4. Urea
5. Ion Natrium
6. pH
7. Tekanan osmosis darah
(dikawal oleh ginjal)

Struktur Ginjal
Arteri renal: membawa darah beroksigen dari
jantung
vena renal: membawa darah terdeoksigen
dari ginjal kembali ke jantung.

Fungsi ginjal
Perkumuhan:
~ menyingkirkan bahan kumuh toksik (sebatian
bernitrogen) seperti: urea, asid urik, ammonia,
kreatinina
Pengosmokawalaturan:
Mengawal jumlah isipadu air dalam bendalir badan
Kepeketan ion dalam bendalir badan
Mengawal tekanan osmosis iaitu kepekatan zat
terlarut dan isipadu darah serta bendalir badan
Mengawal kandungan elektrolit dan pH darah serta
bendalir badan.
Struktur Nefron
Terdiri daripada struktur yang
berikut:
Kapsul Bowman
Glomerulus
Tubul uriniferus ( terdiri
daripada: tubul liku proksimal,
liku (gelung)Henle, tubul liku
distal.)
* tubul uriniferus berakhir dengan duktus
pengumpulan dan air kencing yang dihasilkan
akan disalurkan dari duktus pengumpul ke
dalam ureter.
1.Respirasi dalam Penghasilan Tenaga
2.Pembebasan Tenaga dalam Respirasi
Sel
3.Respirasi Anaerob
Mekanisme asas
pengeluaran,penyimpanan dan
pengeluaran tenaga
1.Respirasi dalam Penghasilan
Tenaga
Respirasi dalam Penghasilan
Tenaga
Respirasi
respirasi luar
atau pernafasan
proses perrtukaran gas antara
organisma dengan persekitarannya.
Proses ini berlaku pada struktur atau
organ respirasi tertentu.
respirasi dalam
atau respirasi sel
proses biokimia dalam sel untuk
menghasilkan tenaga. Respirasi sel
melibatkan proses pengoksidaan dan
pemecahan glukosa untuk
Respirasi dalam Penghasilan
Tenaga
Tenaga diperlukan untuk:
a. Pengecutan otot
b. Pengangkutan bahan kimia
c. Pengangkutan aktif
d. Penghantaran impuls saraf
e. Pembinaan sel baru untuk pertumbuhan
f. Pengekalan suhu badan
g. Perkumuhan
h. Sintesis lemak, hormon, protein dan enzim
Tenaga yang diperlukan berasal daripada
makanan yang telah dicernakan dan diserap
ke dalam sel badan
Respirasi dalam Penghasilan
Tenaga
Makanan seperti karbohidrat, lemak dan
protein mengandungi tenaga kimia
Tenaga kimia yang terperangkap dalam
makanan perlu dibebaskan untuk
menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh
badan
Glukosa membekalkan tenaga dalam haiwan,
manusia dan tumbuhan
Bagi haiwan dan manusia, glukosa ialah hasil
daripada pencernaan karbohidrat manakala
bagi tumbuhan, glokosa ialah hasil daripada
proses fotosintesis
Pembebasan Tenaga dalam
Respirasi Sel
Hasil pencernaan karbohidrat, iaitu
glukosa(substrat utama respirasi) dihantar ke sel
badan. Oksigen yang disebut dari
atmosfera(melalui respirasi luar) juga dihantar ke
sel badan.
Dalam sel badan, oksigen diguna untuk
mengoksidakan glukosa dalam satu siri tindak
balas kompleks yang dikawal oleh enzim.
Proses pengoksidaan glukosa dalam sel badan
boleh diringkaskan dalam persamaan kimia berikut:
Glukosa + oksigen karbon dioksida + air +
tenaga
Atau
C6H12O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O + 2898 kJ
Pembebasan Tenaga dalam
Respirasi Sel
Oleh sebab proses pengoksidaan glukosa ini
melibatkan penggunaan oksigen, maka proses ini
dikenali sebagai respirasi aerob.
Respirasi aerob melibatkan pengoksidaan glukosa
dalam kehadiran oksigen kepada karbon dioksida,
air dan tenaga. Organisma yang menjalankan
respirasi aerob disebut sebagai organisma aerob.
Respirasi aerob berlaku secara perlahan-perlahan
dan tenaga yang tersimpan dalam makanan
dibebaskan sedikit demi sedikit. Dengan cara ini,
hanya sebahagian kecil tenaga hilang sebagai
tenaga haba untuk memelihara suhu badan.
Sebahagian besar tenaga disimpan dalam molekul
ATP (adenosine trifosfat) yang kaya dengan tenaga.
Pembebasan Tenaga dalam
Respirasi Sel
Molekul ATP dibentuk melalui penambahan
kumpulan fosfat tak organik kepada ADP (adenosine
difosfat)
ADP + fosfat + tenaga(daripada pengoksidaan
glukosa) ATP
Molekul ATP boleh digambarkan sebagai A P P
P. Apabila ikatan () pada kumpulan fosfat yang
terakhir terputus, banyak tenaga yang terbebas
dibekalkan untuk aktiviti seperti pembinaan protein,
pengangkutan aktif dan pengecutan otot. ATP
merupakan sumber tenaga serta-merta dan ikatan
fosfat boleh dipecahkan dengan cepat untuk
membekalkan tenaga.
ATP ADP + fosfat + tenaga
ATP dihasilkan di dalam mitokondrion
Pembebasan Tenaga dalam
Respirasi Sel
Keseluruhan respirasi sel secara aerob
boleh digambarkan sebagai
C6H12O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O

ADP + P ATP

Respirasi Anaerob
Respirasi anaerob merupakan proses
penguraian glukosa di bawah keadaan
bekalan oksigen terhad atau tanpa oksigen
langsung.
Organisma yang menjalankan respirasi
anaerob disebut organisma anaerob.
Contoh organisma anaerob ialah bacteria
dan beberapa jenis kulat.
Otot haiwan vertebrat yang aktif mengecut
juga boleh menjalankan respirasi anaerob.
Respirasi anaerob dianggap sebagai
penguraian glukosa tidak lengkap kerana
tenaga masih boleh dibebaskan apabila hasil
respirasi diuraikan.
Respirasi anaerob dalam otot
manusia
Respirasi anaerob berlaku dalam otot manusia
apabila sel otot manusia mengecut semasa aktiviti
fizikal yang cergas.
Semasa pengecutan otot sedang berlaku, darah
tidak dapat membekalkan oksigen yang mencukupi
dengan cepat.
Kadar penggunaan oksigen oleh sel otot melebihi
kuantiti oksigen yang dibekalkan kepadanya oleh
sistem peredaran darah. Otot berada dalam
keadaan kekurangan oksigen dan dikatakan
mengalami hutang oksigen.
Dalam keadaan ini, sel otot terpaksa berespirasi
secara anaerob untuk menghasilkan tenaga yang
diperlukan.
Respirasi anaerob dalam otot
manusia
Glukosa diuraikan kepada asid laktik dan tenaga
(ATP) dalam keadaan ketiadaan oksigen.
Glukosa asid laktik + ATP
Atau
C6H12O6 2C3H6O3 + 150 kJ
glukosa asid laktik
Respirasi anaerob hanya menghasilkan 2 molekul
ATP atau 150 kJ tenaga berbanding dengan
respirasi aerob yang menghasilkan 36 molekul ATP
atau 1898 kJ tenaga.
Oleh itu tenaga yang dihasilkan sewaktu respirasi
anaerob adalah sedikit kerana penguraian glukosa
tidak lengkap dan sebahagian tenaga masih terikat
dalam molekul asid laktik.
Respirasi anaerob dalam otot
manusia
Asid laktik yang terkumpul mengakibatkan
kelesuan otot. Oleh itu asid laktik mesti disingkirkan.
Orang yang sedang menjalankan aktiviti cergas
terpaksa menghentikan gerakan ototnya.
Setelah gerakan otot berhenti, orang tersebut akan
bernafas dengan kuat dan tercungap-cungap untuk
mendapatkan lebih banyak oksigen dari luar.
Oksigen yang berlebihan ini kemudian diguna
untuk mengoksidakan asid laktik yang terkumpul
kepada karbon dioksida, air dan tenaga.
Asid laktik + oksigen karbon dioksida + air +
tenaga
Proses pengoksidaan asid laktik berlaku di dalam
hati
Respirasi anaerob dalam otot
manusia
Sebahagian asid laktik dioksidakan
untuk menghasilkan tenaga dan
sebahagian lagi ditukar kepada
glukosa yang seterusnya ditukar
kepada glikogen untuk disimpan di
otot.
Apabila semua asid laktik telah
disingkirkan melalui pengambilan
oksigen tambahan selepas aktiviti
cergas, hutang oksigen dikatakan
telah dibayar.

Respirasi anaerob dalam otot
manusia
Semasa menjalankan
aktiviti cergas bekalan
oksigen tidak
mencukupi.
a) + oksigen
karbon dioksida + air + tenaga
b) Asid laktik
c)
glikogen
(disimpan di otot)
Selepas aktiviti cergas,
pelari bernafas
tercungap-cungap
untuk mendapatkan
bekalan oksigen
tambahan bagi
membayar hutang
oksigen
Glukosa +
tenaga
Asid laktik
Asid laktik
glukosa
glukosa
Bahan Kimia Utama
Badan
Unsur kimia di dalam sel
Sel merupakan unit asas kehidupan. Oleh itu, sel
mengandungi bahan kimia di dalam protoplasmanya.
Pelbagai unsur terdapat di dalam sel. Unsur-unsur
ini hadir dalam kuantiti yang berbeza dan dikelaskan
ke dalam tiga kategori mengikut kepekatan relatifnya
di dalam sel.

Kelas Unsur Simbol

Unsur utama
Hidrogen H
Karbon C
Oksigen O
Nitrogen N

Unsur surih
Natrium Na
Kalium K
Magnesium Mg
Kalsium Ca
Fosforus P
Sulfur S
Klorin Cl

Unsur ultrasurih
Zink Zn
Ferum Fe
Kuprum Cu
Mangan Mn
Kobalt Co
U
n
s
u
r
-
u
n
s
u
r

d
i

d
a
l
a
m

s
e
l

Unsur karbon, hydrogen dan oksigen terdapat
dengan banyak di dalam sel kerana sel
mengandungi kuantiti air yang besar dan
kebanyakan sebatian yang terdapat di dalam
sel terdiri daripada karbon, hydrogen dan
oksigen.
Sebatian yang terdapat dalam organisma
hidup dibahagi kepada sebatian organik dan
sebatian tak organik.
A.Sebatian organik ialah sebatian yang
mengandungi unsur karbon dan berasal
daripada organisma hidup
B.Sebatian tak organik tidak mengandungi
unsur karbon kecuali sebatian yang
mengandungi ion karbonat, oksida atau
sulfida karbon.

Antara sebatian organik yang terdapat dalam sel
ialah karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik.
Sebatian organik disintesis oleh sel sendiri.
Sebatian tak organik yang terdapat dalam sel
ialah air, asid, bes dan garam mineral. Sebatian
ini tidak boleh disintesis oleh sel sendiri tetapi
diperoleh daripada persekitaran luar.

Sebatian kimia Unsur yang terdapat dalam sebatian kimia
Karbohidrat Karbon, hidrogen, oksigen
Protein Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur, fosforus
Lipid Karbon, hidrogen, oksigen
Asid nukleik Karbon, hidrogen, oksigen, fosforus, nitrogen
Air Hidrogen, oksigen
Kebanyakkan unsur di dalam sel wujud
sebagai ion. Misalnya, ion natrium, ion
magnesium, ion klorida, ion kalium dan ion
kalsium.
Fungsi unsur-unsur bagi sel haiwan dan sel
tumbuhan:

Unsur Fungsi
Hidrogen
Karbon
Oksigen
Nitrogen
Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhan
Pembentukan sebatian organik seperti karbohidrat, protein,
lipid dan asid nukleik
Sulfur Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhan
Komponen bagi sesetengah protein
Natrium Sel haiwan
Mengekalkan tekanan osmosis dalam sel
Membantu dalam penghantaran impuls saraf
Sel tumbuhan
Tidak diperlukan
Magnesium Sel haiwan
Terlibat dalam pembinaan protein
Bertindak sebagai pengaktif (kofaktor) bagi sesetengah
enzim
Sel tumbuhan
Diperlukan dalam sintesis klorofil
Mengaktifkan enzim dalam sel
Unsur Fungsi
Kalsium Sel haiwan
Membantu pembentukan tulang dan gigi
Membantu pengecutan sel otot
Sel tumbuhan
Diperlukan dalam pembentukan dinding sel berselulosa
Mengekalkan sifat separa telap pada membrane plasma
Ferum Sel haiwan
Membina hemoglobin dalam sel darah merah untuk
mengangkut oksigen
Diperlukan untuk pembentukan enzim respirasi
Sel tumbuhan
Diperlukan untuk sintesis klorofil
Bertindak sebagai pembawa electron dalam mekanisme
fotosintesis dan respirasi
Unsur Fungsi
Fosforus Sel haiwan
Membantu pembentukan tulang dan gigi
Membantu pengecutan sel otot
Diperlukan dalam pembentukan molekul adenosine
trifosfat (ATP) yang kaya dengan simpanan tenaga
Komponen penting asid nukleik (DNA dan RNA)
Sel tumbuhan
Membentuk biji benih dan bunga
Mempercapatkan pembahagian sel
Diperlukan dalam pembentukan ATP
Mensintesiskan asid nukleik
Unsur Fungsi
Kalium Sel haiwan
Mempengaruhi tindakan otot dan saraf
Sel tumbuhan
Menghasilkan karbohidrat dan buah
Mengaktifkan enzim
Klorin Sel haiwan
Diperlukan oleh sel perut untuk sintesis asid hidroklorik
dalam menetapkan pH perut dan memusnahkan patogen
yang Berjaya masuk ke dalam perut
Sel tumbuhan
Pembebasan oksigen dalam proses fotosintesis
Protein membentuk kira-kira 15%
protoplasma dan merupakan
komponen yang penting bagi struktur
sel. Protein dibina daripada unit kecil
yang disebut asid amino.
Lipid boleh membentuk sehingga kira-
kira 15% protoplasma dan tidak larut
dalam air
Karbohidrat dihasilkan semasa
fotosintesis dan wujud dalam
beberapa bentuk.

Konsep Keadaan
Keseimbangan
Proses Pengosmokawalaturan oleh
Ginjal
Pengawalaturan Suhu Badan
Pengawalaturan Aras Gula Darah

Proses
Pengosmokawalaturan oleh
Ginjal
Proses Pengosmokawalaturan oleh
Ginjal

Proses Pengosmokawalaturan merupakan proses
keseimbangan kandungan air dan garam mineral,
iaitu tekanan osmosis persekitaran dalam yang
dibantu oleh hormone
Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh isi
padu air kencing yang disingkirkan oleh ginjal
berbanding dengan kuantiti isi padu air yang diambil
oleh badan.
Hormon yang terlibat dalam pengosmokawalaturan
ialah:
a. hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh
cuping posterior kelenjar pituitary
b. hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian
korteks kelenjar adrenal. Perembesan hormone
aldosteron juga dikawal oleh kelenjar pituitary.
Proses Pengosmokawalaturan oleh
Ginjal
Hormon ADH mengawal ketelapan membran tubul
berlingkar distal dan duktus pengumpul terhadap air.
Hormon ADH menyebabkan kedua-dua tubul menjadi
lebih telap kepada air. Akibatnya, lebih banyak air
diserap semula ke dalam aliran darah.
Hormon aldosteron mengawal atur penyerapan semula
ion natrium di liku Henle
Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan
semula air adalah lebih penting daripada penyerapan
semula ion natrium.
Apabila seseorang meminum terlalu banyak air, tekanan
osmosis darah akan menurun.
Sebaliknya apabila dia meminum air yang sedikit dan
tidak mencukupi atau mengambil makanan yang
mengandungi kandungan garam yang tinggi, tekanan
osmosis darah akan meningkat.
Proses Pengosmokawalaturan oleh
Ginjal
Perubahan tekanan osmosis dikesan oleh
osmoreseptor di dalam hipotalamus. Maklumat
rangsangan dihantar ke kelenjar pituitary.
a. Jika tekanan osmosis darah meningkat, rembesan
ADH ditingkatkan
b. Jika tekanan osmosis darah menurun, ADH kurang
dirembeskan. Sebaliknya, kekurangan garam di
dalam darah merangsang rembesan aldosteron
yang meningkatkan penyerapan semula garam di
tubul distal dan duktus pengumpul.
Proses Pengosmokawalaturan oleh
Ginjal
Pengawalaturan kandungan garam dalam
darah dibantu oleh hormon aldosteron.
Apabila kandungan garam di dalam darah
berkurangan, kelenjar adrenal akan
dirangsang untuk merembes hormon
aldosteron. Hormon ini akan bertindak ke atas
tubul berlingkar distal supaya lebih banyak
garam diserap untuk meningkatkan semula
kandungan garam dalam darah. Sekiranya
kandungan garam dalam darah bertambah,
kelenjar adrenal tidak dirangsang. Oleh itu,
hormon aldosteron tidak dirembeskan dan
kurang garam diserap semula. Kandungan
garam di dalam darah menurun ke julat
normal semula.

Proses Pengosmokawalaturan oleh
Ginjal
Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah
berasaskan kepada mekanisme suap balik
negatif.
Apabila tekanan osmosis darah kembali ke aras
normal, osmoreseptor dalam hipotalamus tidak
akan dirangsang, maka kelenjar pituitary juga
tidak akan dirangsang. Kelenjar adrenal juga
tidak dirangsang. Seterusnya hormon ADH dan
hormon aldosteron tidak akan dirembeskan.



Pengawalaturan
Suhu Badan
Pengawalaturan Suhu Badan
Manusia perlu mengawal atur suhu badan supaya
suhu badan sentiasa kekal pada satu nilai yang
tetap, iaitu pada sekitar 37 Celsius walaupun suhu
sekeliling berubah.
Pengekalan suhu pada satu nilai tetap adalah
penting supaya tindak balas metabolism sel yang
dimangkinkan oleh enzim dapat berlaku pada
tahap optimum. Suhu yang terlalu tinggi akan
menyahaslikan enzim manakala suhu yang terlalu
rendah akan melambatkan aktiviti metabolism sel
sehingga tidak dapat menampung kemandirian sel.
Pengawalaturan suhu badan dilakukan dengan
mengimbangkan haba yang hilang daripada
badan dengan haba yang dihasilkan oleh badan
Pengawalaturan Suhu Badan
Haba dihilangkan dari badan melalui kulit, air
kencing, tinja, hembusan nafas dan penyejatan
peluh.
Haba dihasilkan dalam badan melalui respirasi sel
dan penyerapan haba dari persekitaran.
Kulit memainkan peranan yang penting dalam
mengawal atur suhu badan.
Pada kulit terdapat reseptor yang peka terhadap
perubahan suhu persekitaran luar. Reseptor ini
disebut termoreseptor.
Termoreseptor menerima rangsangan dan
menghantar impuls saraf ke hipotalamus otak
melalui saraf aferen. Pusat kawalan suhu dalam
hipotalamus dapat mengesan sebarang perubahan
suhu badan.
Pengawalaturan Suhu Badan
Selain daripada menerima utusan daripada
impuls saraf yang dihantar oleh termoreseptor,
hipotalamus juga menerima utusan mengenai
perubahan suhu badan daripada darah yang
mengalir melalui otak.
Selepas ditafsirkan, maklumat akan dihantar
ke efektor seperti otot rangka, kelenjar peluh
dan kelenjar endokrin melalui saraf eferen
Pengawalaturan suhu badan dijalankan
melalui beberapa cara fizikal dan cara
metabolik.
Pengawalaturan Suhu Badan
Mekanisme suap balik negatif dalam
pengawalaturan suhu badan manusia
diringkaskan seperti berikut:

Pengawalaturan Aras Gula
Darah

Pengawalaturan Aras Gula
Darah
Kepekatan glukosa dalam darah seseorang yang
normal ialah 90 mg dalam setiap 100 cm darah
Sekiranya glukosa terdapat secara berlebihan dalam
darah, air akan hilang dari sel secara osmosis.
Kehilangan sir menyebabkan sel mengalami krenasi.
Sebaliknya, kekurangan glukosa dalam darah akan
menyebabkan sel mengembang, tekanan darah
rendah, keletihan dan koma.
Aras glukosa dikawal oleh organ hati dan pankreas
Perubahan aras glukosa dalam darah dikesan oleh
pankreas. Pankreas akan merembeskan hormon
insulin atau hormon glucagon unutk membetulkan
aras gula dalam darah kepada nilai normal.
Terdapat dua jenis sel dalam kelompok sel
Langerhans, iaitu sel alfa dan sel beta. Sel alfa ()
merembeskan hormon insulin manakala sel beta ()
merembeskan hormon glukagon.
Pengawalaturan Aras Gula
Darah
Aras glukosa dalam darah menigkat
Apabila aras glukosa darah meningkat, sel alfa akan dirangsang
untuk merembeskan hormon insulin ke dalam darah.
Insulin diangkut ke hati melalui aliran darah.
Di hati, hormon insulin merangsang sel hati melakukan gerak
balas berikut:
a. Menukar glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati
b. Mempercepatkan kadar respirasi glukosa
c. Menukar glukosa kepada lemak
d. Menghalang pembentukan glukosa daripada glikogen
e. Menghalang penukaran asid amino dan lemak kepada glukosa
Hormon insulin juga merangsang sel badan yang lain (kecuali
sel otak) untuk menggunakan glukosa dalam darah
Gerak balas ini menurunkan aras glukosa ke aras normal
semula
Pengawalaturan Aras Gula
Darah
Aras glukosa dalam darah berkurang
Apabila aras glukosa berkurang, sel beta dirangsang
untuk merembeskan hormon glucagon ke dalam
darah dan diangkut ke hati
Di hati, hormon glukogen merangsang sel hati
melakukan gerak balas berikut:
a) Menukar glikogen kepada glukosa
b) Melambatkan kadar respirasi glukosa
c) Menghalang penukaran glukosa kepada glikogen
Hormon glukagon merangsang sel badan yang lain
untuk menggunakan lemak
Gerak balas ini meningkatkan aras glukosa ke aras
normal semula.
Pengawalaturan Aras Gula
Darah
Adakalanya seseorang tidak dapat menghasilkan
hormon insulin yang mencukupi. Aras glukosa dalam
darahnya akan meningkat (hiperglisemia) dan glukosa
akan dikumuhkan dalam air kencingnya (glikosuria).
Dalam keadaan sedemikian, orang tersebut dikatakan
telah menghidap penyakit diabetes mellitus. Seorang
pesakit diabetes mellitus akan sentiasa berasa haus,
penat, letih dan mengalami penurunan berat badan.
Pesakit akan mati sekiranya tidak dirawat.
Pesakit boleh dirawat dengan menyuntik hormon insulin
untuk mengurangkan aras glukosa dalam darah dengan
menukarkan glukosa kepada glikogen.
Akan tetapi sekiranya terlalu banyak insulin diberikan,
pesakit akan mengalami hipoglisemia yang
menyebabkannya merasa gelisah, menggeletar dan
hilang kesedaran.
Pengawalaturan aras glukosa dalam darah menunjukkan
mekanisme suap balik negatif dalam kawalan
homeostasis.
Jenis dan fungsi tisu utama
Sifat dan fungsi tisu haiwan
Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami
pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai
struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk
melaksanakan satu fungsi khusus.





Terdapat empat jenis tisu yang berlainan pada
haiwan, iaitu tisu epithelium, tisu otot, tisu
penghubung dan tisu saraf.

Sifat dan fungsi tisu haiwan
Tisu Fungsi
Tisu epitelium
Terdiri daripada satu atau lebih daripada satu
lapisan sel
Tersusun rapat di antara satu sama lain tanpa
kehadiran ruang antara sel
Terdapat di permukaaan luar(kulit dan ruang
mulut) dan permukaan berongga di dalam badan
(rongga salur pencernaan dan peparu)
Membentuk halangan yang bersifat
pelindung daripada jangkitan, kecederaan,
bahan kimia, pendehidratan dan mengawal
atur suhu badan
Mengasingkan sel-sel di bawahnya daripada
medium di luar
Tisu epitelium mungkin mengalami
pengubahsuaian dari segi struktur dan fungsi
untuk membentuk kelenjar yang
merembeskan jus pencernaan di dalam salur
pencernaan, misalnya mukus dan enzim.
Menyerap bahan seperti makanan tercerna
dan membenarkan pergerakan bahan
merentasnya(misalnya penyerapan gas
oksigen dan gas karbon dioksida di peparu)
Melapik sesuatu permukaan atau rongga
epitelium pada kulit
Sesetengah tisu mengalami pengubahsuaian
untuk membentuk kelenjar pada kulit,
misalnya kelenjar peluh dan kelenjar sebum.
Sifat dan fungsi tisu haiwan
Tisu Fungsi
Tisu otot
Tisu yang paling banyak di dalam badan
Terdiri daripada sel otot dan gentian otot




(a) Otot licin yang membentuk dinding organ dan
salur-salur di dalam badan




(b) Otot rangka yang menyambungkan tulang
dengan tulang




(c) Otot kardium (otot utamabagi jantung )
Otot licin: membolehkan tindakan peristalsis
melalui pengecutan dan pengenduran otot-
otot di sepanjang lumen salur pencernaan
Otot rangka: mengecut dan mengendur untuk
menghasilkan pergerakan tulang dan anggota
badan
Otot kardium: menyebabkan denyutan
jantung untuk mengepamkan darah ke
seluruh badan
Sifat dan fungsi tisu haiwan
Tisu Fungsi
Tisu saraf
Sel asas disebut neuron
Terdiri daripada jasad sel dan
gentian saraf
Menghantar impuls saraf
Menyelaras dan mengawal
aktiviti badan
Sifat dan fungsi tisu haiwan
Tisu Fungsi
Tisu penghubung
Terdiri daripada beberapa jenis sel yang
terpisah antara satu sama lain tetapi
terbenam dalam matriks bersama-sama
dengan gentian
Contoh: darah, tulang rawan, tedon,
ligamen



(a)Tisu darah



(b)Tisu tulang



(a)Tisu rawan
Bergantung pada jenis tisu, setiapnya
mempunyai fungsi tertentu
Misalnya, tisu penghubung bergentian,
iaitu ligamen menyambung tulang
dengan tulang lain, tendon
menghubungkan otot dengan tulang.
Rawan tulang menutupi hujung tulang
Rawan juga didapati sebagai ceper
antara vertebra.
Tulang pula terlibat dalam
pembentukan rangka badan dan
melindungi organ badan. Tisu ini juga
membentuk sel darah merah di dalam
sumsum tulang
Tisu darah seperti sel darah merah
mengangkut gas oksigen dan gas
karbon dioksida manakala sel darah
putih berfungsi dalam sistem
pertahanan badan.

You might also like