You are on page 1of 2

Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan dalam penulisan Rancangan Pelajaran Harian yang


bertajuk Pecahan iaitu Mengenal dan menentukan pecahan wajar yang penyebutnya
hingga 10 iaitu kesalahan ejaan. Terdapat beberapa perkataan yang ditulis tidak
lengkap. Contohnya ringkasan perkataan minit ditulis min. Suku kata yang tidak
lengkap atau kesalahan ejaan ini boleh membawa maksud lain bukannya minit.
Kelemahan yang kedua ialah tidak ada gambarajah yang disediakan sedangkan
objektif pengajaran dan pembelajaran ialah Menterjemah dan mengaplikasikan
pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dari gambar rajah diberi. Susah nak
gambarkan bagaimana gambar rajah yang dimaksudkan dan menulis pecahan wajar
dalam angka Matematik. Kalau boleh sediakan satu gambar kuih kek yang telah
dibahagikan.
Ruangan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran tidak disediakan. Refleksi
penting dan perlu ditulis selepas mengajar untuk mengesan objektif tercapai.

Peluang
Definisi Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai Dalam erti
kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan
juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi
beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif
yang telah ditetapkan.
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) membantu guru mengajar sesuatu kemahiran
dengan lebih teratur, terancang dan berjalan dengan lancar. Pastikan penulisan RPH
tiada kesalahan ejaan, langkah demi langkah, jelas, mudah difahami, mudah
dilaksanakan dan menepati masa yang dirancangkan. Aktiviti yang bersesuaian
dengan kebolehan murid dan menyeronokkan boleh menarik perhatian murid untuk
belajar pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dengan baik.
Ancaman
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang tidak lengkap dan teratur boleh
menyebabkan sesi pembelajaran tidak berkesan dan objektif pengajaran dan
pembelajaran tidak tercapai. Aktiviti murid dan guru tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Murid tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru.
Kesannya hasil keputusan lembaran kerja atau latihan-latihan, peperiksaan atau
ujian sama ada secara lisan atau bertulis akan merosot. Keputusan UPSR dan PBS
tidak menampakkan kemajuan atau peningkatan. Ini disebabkan murid tidak
menguasai banyak kemahiran dan tidak tahu cara menjawab soalan dengan tepat
terutamanya soalan-soalan berkaitan dengan pecahan wajaran.

You might also like