You are on page 1of 9

KELIM BELAH KANGKUNG

Langkah-langkah urutan membuat kelimKelim belah kangkung


Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua
jenis fabrik yang sederhana tebal dan tebal.Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak
kelihatan di sebelah luar pakaian. Kelim belah kangkung terdiri daripada satu
barismata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.

Kelim Belah Kangkung digunakan pada
Bahu
Rusuk
Lengan
Sambungan jalur serong
Kebaikan Kelim Belah Kangkung
Kelim ini rata
Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar
Ia tidak tebal
Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar
Kelemahan Kelim Belah Kangkung
kedua bahagian kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan
tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
Ia kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan

Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung yang elok
Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm
Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka
Ia rata
Basi kelim dikemaskan dengan elok
Kelim belah kangkung yang melengkung hendaklah disnip supaya boleh ditekan
rata.
Posted by guntingemas at 12:43 AM
KELIM BELAH KANGKUNG













PROSES MENJAHIT
1.0 PENGHILANGAN GELEMBUNG
1.1.1 JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG
Lisu Pemadan
Lisu pemadan ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi
bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Lisu dibentuk dengan menjahit
dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus, atau dari hujung yang tirus ke
hujung yang tirus ( jika dibuat di bahagian pinggang blaus ). Lisu dibuat di garis
leher, lubang lengan hadapan, rusuk blaus, di pinggang blaus, dan di pinggang skirt
atau slek.
Ciri-ciri lisu pemadan ialah:
a) bentuknya runcing
b) lisu tidak bergulung
c) lisu ditekan rata
d) hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus
e) tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus
f) tidak ada alur di sebelah luar
Proses menyediakan lisu pemadan:
1) Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin
lisu pemadan dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.
2) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan DUA KALI
sepanjang 1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah.
3) Lisu pemadan di pinggang ditekan menghala ke garisan tengah.
4) Lisu pemadan yang dijahit di fabrik tebal, ditekan supaya terbahagi dua; atau
digunting di tengah dan dikemas dengan jahitan insang pari.
Kedut Lepas
Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan.
Kedut lepas digunakan juga sebagai perhiasan. Kedut lepas sesuai untuk fabrik
lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali
ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat
mengikut ira lurus fabrik.
Ciri-ciri kedut lepas:
a) Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya.
b) Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya.
c) Kedut lepas mengikut ira lurus.
d) Fabrik tergantung dengan elok.
Proses menyediakan Kedut lepas:
1) Tandakan garisan pemadan.
2) Jahit satu baris di atas dan satu baris di bawah garisan pemadan dengan
jarak mata jahitan yang sama.
3) Tarik benang dari kedua-dua baris jahitan, di kedua-dua hujung. Tentukan
ukuran yang dikehendaki dan sama ratakan kesemua kedutnya. Sambungkan
bahagian berkedut ke bahagian pakaian sebagaimana yang dikehendaki.
Contoh kedut lepas pada bahagian pakaian:
1. Kedut lepas di lengan yang disambung dengan kuf/manset.
2. Kedut lepas di hujung lengan.
3. Kedut lepas di bahu mendatang dan pinggang blaus.
4. Kedut lepas di garis pinggang dan punggung skirt.
Lisu Beriring, Lisu Bertentang, Lisu terbalik
Kedut Berjalur
Lisu Perhiasan
Smoking
2.0 KELIM
2.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PENGGUNAAN KELIM
1. Jenis fabrik
2. Kedudukan
3. Fesyen pakaian
4. Jenis pakaian
2.1.1 JENIS-JENIS KELIM
Kelim belah kangkung
Kelim belah kangkung adalah cantuman dua keping fabrik yang dijahit dengan
sebaris mata jahitan. Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabrik
kecuali fabrik nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel, dan kain
kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm.
Ciri-ciri kelim belah kangkung:
a) Lebar kedua-dua basi kelim sama.
b) Kelim rata dan terbuka
c) Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
d) Tidak beralur di sebelah luar
Proses menyediakan kelim belah kangkung:
1. Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan.
2. Jika perlu, jahit dengan jahitan jelujur di garisan pemadan.
3. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan.
4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.
Kaedah mengemaskan kelim belah kangkung dengan jahitan mesin:
1. Lipat tepi setiap basi kelim supaya lebarnya 1.2 cm.
2. Jahit mesin di tepi lipatan. Trim basi jahitan.
3. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.
Kelim betawi
Kelim betawi mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabrik nipis
kerana kelim ini kukuh.
Ciri-ciri Kelim Betawi:
a) Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.
b) Kelim ini tidak beralur di jahitan pertama.
c) Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.
d) Kelim tidak bergulung.
e) Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
Proses menyediakan kelim betawi:
1. Temukan sebelah dalam fabrik dan sematkan serta jelujur di garis pemadan.
2. Jahit dengan jahitan mesin 4 mm dari garisan pemadan di bahagian basi kelim.
3. Gunting basi kelim hingga tinggal 4 mm dari garis jahitan pertama.
4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.
5. Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik dan semat. Jahit dengan jahitan mesin di
garisan pemadan.
6. Tekan dan seterika kelim supaya rata yang menghala ke bahagian belakang
pakaian.
Kelim papan mesin,
Kelim papan tangan
Kelim Lipat tindih
3.0 BELAH
3.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGRUHI PEMILIHAN BELAH
a) Fungsi
b) Kedudukan
c) Jenis fabrik
d) Fesyen pakaian
3.1.2 JENIS-JENIS BELAH
a) Belah kelepet sama lebar
b) Belah slit berlapik
c) Belah lapik kain selari
d) Belah Berkun
e) Belah berplaket
f) Belah berzip




BELAH BERZIP
Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh
dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.
Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan:
1. Jenis fabrik
2. Warna
3. Kedudukan
Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.
Ciri belah berzip
Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang.
Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh
mm.
Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan.
Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.
Kelim tidak berkedut.
Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut

You might also like