You are on page 1of 5

1

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik
bagi tiap-tiap soalan. Jawab di atas kertas jawapan objektif yang disediakan.



1. Garisan bermula daripada __________
A. Jalinan C. Bentuk
B. Rupa D. satu titik

2. Garisan dapat digunakan untuk
menimbulkan unsur-unsur yang
berikut, kecuali..
A. Warna C. rupa
B. Jalinan D. bentuk

3. Yang berikut merupakan warna-warna
sekunder, kecuali.
A. Hijau C. ungu
B. Jingga D. perang

4. Warna-warna harmoni
terletak_______________ di antara
satu dengan yang lain pada roda
warna.
A. Berselang seli
B. bersebelahan
C. Berjauhan
D. Bertentangan

5. Warna-warna penggenap merupakan
warna-warna yang terletak
_______________ di antara satu
dengan yang lain pada roda warna.
A. Berselang seli
B. Bersebelahan
C. Berjauhan
D. Bertentangan

6. Warna-warna tertier dihasilkan dengan
mencampurkan dua jenis warna, iaitu
____________ dan _____________
A. Warna panas, warna sejuk
B. Warna asas, warna sekunder
C. Warna asas, warna neutral
D. Warna sekunder, warna panas.


7. Apakah yang dimaksudkan dengan
tona warna?
A. Hasil karya yang berwarna-warni
B. Darjah kegelapan pada sesuatu
hue
C. Darjah kecerahan dan kegelapan
pada sesuatu hue
D. Darjah kecerahan pada sesuatu
hue (warna)

8. Yang berikut ialah pernyataan-
pernyataan yang benar tentang jalinan,
kecuali .
A. Rupa yang kosong tidak
mempunyai jalinan
B. Sekeping cermin mempunyai
jalinan yang licin
C. Jalinan hanya wujud dalam
bentuk-bentuk maujud sahaja
D. Jalinan menjadikan sesuatu karya
itu lebih dramatik dan menarik

9. Jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi
tidak dapat dirasai oleh deria sentuhan
dikenal sebagai _______________.
A. Jalinan tampak
B. Jalinan sentuh
C. Jalinan lihat
D. Jalinan rasa

10. Jalinan sentuh terdapat pada
permukaan objek-objek berikut,
kecuali
A. Pasu bunga
B. kain batik
C. Hulu keris
D. Tayar


2

11. Bentuk-bentuk yang berikut
mempunyai jalinan tampak kecuali
A. Rama-rama
B. Kuda belang
C. Tembikai
D. Tikar mengkuang

12. Apakah fungsi jalinan yang bercorak
pada badan rama-rama?
A. Untuk kelihatan lebih cantik
B. Untuk melindunginya daripada
dimakan haiwan lain
C. Untuk melindunginya daripada
ditangkap oleh manusia
D. Untuk menarik perhatian haiwan-
haiwan lain.

13. Rupa dihasilkan apabila ___________
sesuatu garisan bertemu dengan
___________ permulaannya.
A. Titik, penghujung
B. Penghujung, titik
C. Permulaan, titik
D. Permulaan, penghujung

14. Logo Bank Negara Malaysia
mempunyai rupa-rupa yang berikut,
kecuali
A. Segi tiga
B. Sang kancil
C. Anak bulan
D. Bulatan

15. Antara motif-motif yang berikut,
manakah merupakan Rupa Organik?
A. Bulan
B. Piramid
C. Ikan
D. D. kotak

16. Rupa Geometri biasanya mempunyai
___________________ yang tetap
A. Garisan
B. Jalinan
C. Bentuk
D. Sempadan

17. Unsur seni visual mempunyai dua
jenis bentuk iaitu
A. Bentuk positif dan negatif
B. Bentuk konkrit dan ilusi
C. Bentuk organik dan geometri
D. Bentuk penambahan dan
pengurangan.

18. Kraf di bawah ini boleh mewujudkan
bentuk kecuali
A. Anyaman
B. Ukiran
C. Wau
D. Catan batik

19. Objek buatan manusia yang manakah
di bawah ini adalah bentuk ilusi?
A. Basikal
B. Kapal terbang
C. Lukisan rumah
D. Bas sekolah.

20. Ciri-ciri yang jelas menunjukkan
bentuk ilusi ialah
I bersifat tiga dimensi
II bersifat dua dimensi
III dibuat di atas kertas
IV perlu menggunakan unsur-unsur
seni yang berkesan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

21. Ruang yang manakah menunjukkan
ruang terbuka?
A. Pemandangan di tepi pantai
B. Catan di sawah
C. Lukisan di tasik
D. Ruang dapur.

22. Terdapat dua jenis ruang iaitu
A. Ruang fizikal dan ruang konkrit
B. Ruang cetek dan ruang dalam
C. Ruang rata dan ruang konkrit
D. Ruang fizikal dan ruang ilusi.

3

23. Warna apakah yang dikatakan warna
asas?
I Biru
II Merah
III kuning
IV hijau
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

24. Pernyataan yang berikut berkaitan
dengan warna asas kecuali
A. Warna ini tidak akan terhasil
melalui campuran warna lain
B. Warna ini terdiri daripada warna
biru, merah dan kuning
C. Warna ini juga dikatakan sebagai
warna utama
D. Warna-warna ini hanya
bersebelahan di dalam roda warna.

25. Garisan seolah-olah kelihatan
bergerak apabila
A. Dilukis condong
B. Dilukis menegak
C. Dilukis rapat-rapat
D. Dilukis beralun

26. Antara berikut, yang manakah jenis-
jenis garisan?
I beralun
II berlingkar
III berharmoni
IV berduri
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

27. Ulangan rupa dapat menghasilkan
A. Lukisan
B. Corak
C. Arca
D. Catan

28. Antara yang berikut, hasil seni yang
mana satukah menggunakan rupa
muka taip?
I Logo
II lambang
III papan iklan
IV corak
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

29. Rupa organik menunjukkan ciri-ciri
yang berikut
I rupa bebas
II Tidak mempunyai sempadan yang
tepat
III Tidak bersudut
IV mempunyai sudut yang tepat
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Soalan 30 berdasarkan gambar rajah di bawah








30. Rupa dalam gambar rajah di atas
sesuai untuk menghasilkan bentuk
apa?
A. Silinder
B. Piramid
C. Empat persegi
D. Bujur.



4

Soalan 31 berdasarkan pernyataan di bawah



31. Pernyataan di atas berkaitan dengan
A. Ton
B. Perspektif
C. Ilusi
D. Ruang fizikal

32. Bagaimanakah keharmonian boleh
dilihat pada pokok pisang?
I Rupa daunnya yang hamper sama
II Hijau daunnya sewarna
III susunan daun secara pancaran
IV susunan buah pisang yang tidak
kemas
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

33. Yang manakah antara langkah
mewujudkan ciri-ciri harmoni dalam
perkara di bawah ini tidak benar?
A. Aplikasi warna yang kontra
B. Aplikasi rupa yang sekata
C. Aplikasi susunan bentuk yang
seimbang
D. Aplikasi objek dalam jenis yang
sama

34. Jika warna hijau digandingkan dengan
warna merah, pasangan tersebut
dikenali sebagai
A. Warna tertier
B. Warna harmoni
C. Warna sewarna
D. Warna penggenap




35. Jalinan sentuh boleh dipindahkan
daripada satu objek ke permukaan rata
melalui teknik
A. Gosokan dan capan
B. Renjisan dan capan
C. Catan dan gosokan
D. Renjisan dan catan.

36. Pemilihan warna apakah yang boleh
menimbulkan suasana yang selesa,
menarik dan seimbang?
A. Warna sekunder
B. Warna asas
C. Warna penggenap
D. Warna harmoni

37. Warna harmoni tidak sesuai untuk
hasil kerja apa?
A. Logo
B. Kad ucapan
C. Mozek
D. Kertas dinding

38. Keseluruhan warna yang sesuai untuk
menghasilkan sebuah poster yang
menampakkan suasana amaran dan
bahaya ialah
A. Warna hitam
B. Warna hijau
C. Warna merah
D. Warna kuning

39. Apakah fungsi jalinan pada tayar
kereta?
A. Air tidak akan meresap ke tayar
B. Memberi lebih cengkaman di jalan
raya pada waktu hujan
C. Membantu kenderaan supaya lebih
laju
D. Menunjukkan corak yang cantik

40. Fungsi jalinan pada objek yang
manakah membantu lebih cepat
penyerapan air?
A. Tikar
B. Tuala mandi
C. Kulit kayu
D. Bulu ayam
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam
akan berlaku apabila kita melihat objek tersebut
dari jarak jauh
5

You might also like