You are on page 1of 1

Tuan Muhammad Solehuddin b.

Tuan Abd Razif,


Tanah Lot Kampung Chepoh,
Kuala Telemong,
21210 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak.

Tuan,
TUNTUTAN BAYARAN BALIK YURAN PENGAJIAN
Merujuk perkara di atas, saya Tuan Muhammad Solehuddin b. Tuan Abd Razif, no k/p 910707-
11-5155 merupakan bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Animasi, no matrik
D20112051917. Saya ingin membuat tuntutan bayaran balik yuran pengajian semester 5 yang
telah ditolak daripada PTPTN saya.
2. Hal ini disebabkan, saya telah membuat penangguhan untuk semester 5 sesi Februari - Jun
2014 dan penangguhan itu telah diluluskan. Saya telah difahamkan oleh pegawai yang
bertugas bahawa yuran pengajian untuk semester ini tidak akan ditolak kerana penangguhan
sudah dibuat. Namun setelah disemak, yuran pengajian semester ini telah dipotong daripada
akaun PTPTN saya.
3. Diharap tuntutan saya ini akan mendapat tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Segala komitmen dan perhatian daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
.
Tuan Muhammad Solehuddin b. Tuan Abd Razif,
910707-11-5155

You might also like