You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA

14000 BUKIT MERTAJAM P.PINANG


Cadangan Kertas Kerja
Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah ( PLBD )
Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highlands Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Alma Bukit Mertajam.
Tarikh : 12 dan 13 November 2009
Tempat : Cameron Highlands
Sasaran : 65 0rang murid tahun 6
1.PENDAHULUAN
1.1 Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah ( PLBD ) ialah satu pemikiran yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000. Kepadatan jadual waktu persekolahan
perlu diimbangi dengan aktiviti kurikulum luar bilik darjah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menyeronokkan dan menyegarkan.
1.2 Bagi mengimbangi keadaan ini, strategi dan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah perlu
dilaksanakan supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk konteksual.
Konsep ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan Four Pillars Of
Education iaitu : Learning To Know, Learning To Do, Learning To Live Together and Learning
To Be.
1.3 Program lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program Pasca UPSR bagi tahun
2009. Murid tahun enam ini diberi satu peluang untuk menimba ilmu dan pengetahuan sambil
mengikuti program luar bilik darjah.

2.RASIONAL PROGRAM
2.1 Lawatan ke tempat jauh dari kawasan sekolah merupakan lawatan terancang dan berintegrasi
ilmu yang dapat memberi faedah kepada pihak pelajar dan pihak pengurusan sekolah.
2.2 Proses pendedahan kepada pelbagai persekitaran pembelajaran berlaku apabila pelajarpelajar melawat dua atau tiga tempat yang berdasarkan logistic tempat-tempat yang dilawati.
2.3 Menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid ketika berinteraksi sesama rakan dalam
lawatan ini.
2.4 Menanam kesedaran sivik dan iltizam di kalangan murid-murid agar menikmati dan
menghargai anugerah alam dan kepentingan aktiviti pertanian dan pelancongan kepada ekonomi
negara.

3.MATLAMAT.
3.1 Menberi peluang pembelajaran sebenar ( Authentic ) yang tidak terdapat dalam kawasan
sekolah.
3.2 Memberi pengalaman sedia ada ( Hands-On ) dan interaktif yang boleh diingati selepas
lawatan
3.3 Untuk merealisasikan aplikasi teori Kecerdasan Pelbagai ( Interpersonal And Naturalist )

4.OBJEKTIF
4.1 Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam bilik darjah.
4.2 Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan
menyeronokkan.
4.3 Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
4.4 Meningkatkan murid untuk belajar .
4.5 Mengintegrasi pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa.

5.KUMPULAN SASARAN
5.1.Pelajar yang dipilih ialah di kalangan murid-murid Tahun 6 .

6. AKTIVITI
6.1 Melawat tempat-tempat berikut :
a) Strawbery Farm
b) Pusat Penyelidikan MARDI
c) Ladang Teh (Boh)

7. AKTIVITI P&P
7.1 Menyediakan laporan hasil lawatan dalam bentuk folio.

8.KOS
7.1.Kos pengendalian lawatan adalah daripada kutipan murid dan duit PCG Panitia PSK..
1. Makan/minum ( PCG Panitia PSK ) : 65 orang x RM 7.00 = RM 455.00
-------------------------------------------------JUMLAH

= RM 455.00
-------------------------------------------------

9.TARIKH.
12 November hingga 13 November (Khamis dan Jumaat)

10. PENUTUP
Semoga program ini berjalan lancar dan memberi manafaat kepada semua peserta.

1 MALAYSIA
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Disediakan oleh :
.
Pn. Rosidah bt. Hussain
Setiausaha
Panitia Pend. Sivik & Kewarganegaraan
Sekolah Kebangsaan Alma
Disemak oleh :
.
En.Mohd. Ridzuan b. Abu Hasan
Ketua Panitia
Pend. Sivik & Kewarganegaraan
Sekolah Kebangsaan Alma
Disahkan oleh :
.
Pn.Hajjah Norazmah bt. Shuib
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Alma

You might also like