Terdapat beberapa kelemahan dalam penulisan Rancangan Pelajaran Harian yang
bertajuk Pecahan iaitu Mengenal dan menentukan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 iaitu kesalahan ejaan. Terdapat beberapa perkataan yang ditulis tidak lengkap. Contohnya ringkasan perkataan minit ditulis min. Suku kata yang tidak lengkap atau kesalahan ejaan ini boleh membawa maksud lain bukannya minit. Kelemahan yang kedua ialah tidak ada gambarajah yang disediakan sedangkan objektif pengajaran dan pembelajaran ialah Menterjemah dan mengaplikasikan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dari gambar rajah diberi. Susah nak gambarkan bagaimana gambar rajah yang dimaksudkan dan menulis pecahan wajar dalam angka Matematik. Kalau boleh sediakan satu gambar kuih kek yang telah dibahagikan. Ruangan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran tidak disediakan. Refleksi penting dan perlu ditulis selepas mengajar untuk mengesan objektif tercapai.
Peluang Definisi Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) membantu guru mengajar sesuatu kemahiran dengan lebih teratur, terancang dan berjalan dengan lancar. Pastikan penulisan RPH tiada kesalahan ejaan, langkah demi langkah, jelas, mudah difahami, mudah dilaksanakan dan menepati masa yang dirancangkan. Aktiviti yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan menyeronokkan boleh menarik perhatian murid untuk belajar pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dengan baik. Ancaman Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang tidak lengkap dan teratur boleh menyebabkan sesi pembelajaran tidak berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai. Aktiviti murid dan guru tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Murid tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Kesannya hasil keputusan lembaran kerja atau latihan-latihan, peperiksaan atau ujian sama ada secara lisan atau bertulis akan merosot. Keputusan UPSR dan PBS tidak menampakkan kemajuan atau peningkatan. Ini disebabkan murid tidak menguasai banyak kemahiran dan tidak tahu cara menjawab soalan dengan tepat terutamanya soalan-soalan berkaitan dengan pecahan wajaran.