You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR

09700 KARANGAN ,
KEDAH DARUL AMAN
TEL. PEJABAT : 019-4428470
EMEL : skulutawar0068@gmail.com

Kepada ,
Encik / Puan / IbuBapa / Penjaga Pelajar ,
Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar . Tarikh : 21 OGOS 2014

Encik / Puan / Penjaga ,
MAKLUMAN BERKENAAN WAKTU PULANG PERSEKOLAHAN

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk .

2. Berhubung dengan perkara yang tertera di atas , dimaklumkan kepada pihak Encik / Puan /
Penjaga bahawa pihak Masjid Al-Hidayah , Kampung Ulu Tawar akan mengadakan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat Kampung Ulu Tawar dan telah berbesar hati menjemput seluruh warga Sekolah
Kebangsaan Ulu Tawar menjayakan sambutan tersebut .

3. Sehubungan dengan acara itu , pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak Encik / Puan /
Ibubapa bahawa pada tarikh dan hari tersebut iaitu 24hb OGOS 2014 ( AHAD ) , pihak sekolah
membenarkan semua murid untuk pulang lebih awal iaitu pada jam 12.45 tengah hari untuk terus
ke Masjid Al-Hidayah bagi menjayakan sambutan Hari raya Aidilfitri berkenaan . Justeru itu ,
pihak ibubapa diminta mengambil anak-anak/jagaan sekalian pada waktu yang telah ditetapkan .

4. Pihak sekolah juga ingin meminta kerjasama daripada pihak ibubapa/penjaga untuk memastikan
anak-anak jagaan sekalian untuk bersolat Zohor di masjid berkenaan sebagai menghormati majlis dan
menambah keberkatan majlis sambutan itu nanti .

5. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih .

Sekian , terima kasih .

PENDIDIKAN BERKUALITI , AKHLAK PELAJAR TERPUJI

Saya yang menjalankan tugas ,



( MOHD YUSOFF BIN ISHAK )
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar ,
09700 Karangan , Kedah darul Aman .

You might also like