You are on page 1of 1

D/A Barawi Bin Hj.

Sapar
Sekolah Menengah Teknik Labuan
Peti Surat 80276
87013 Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan


Ibu Pejabat Jabatan Pengankutan Jalan
Bahagian Penguatkuasa, UNIT KEJARA,
Aras 5, Block D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA 29 Disember 2009

U/P : En Mohd Azman

Tuan,

Rayuan untuk Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Kelas D Diluluskan.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .

2. Sehubungan dengan itu, saya Mohammad Safwan Rahimi Bin Barawi berharap supaya
permohonan saya dapat diluluskan kerana lesen percubaan saya telah pun tamat tempoh pada 27
Disember 2009.

3. Difahamkan permohonan saya ditolak kerana nama saya telah disenarai hitamkan atas
kesalahan lalu lintas yang pernah saya lakukan. Pada 1 April 2009, saya telah disaman pihak tuan
atas sebab tidak menampal pelekat P tetapi saman telah pun dijelaskan pada hari yang berikutnya.
Ini tidak disengajakan kerana saya terpaksa menggantikan rakan sekerja untuk memandu kereta
syarikat di atas urusan kerja kerana rakan sekerja saya tidak sihat dan ketika itu saya memandu
kereta syarikat yang tidak mempunyai pelekat P.

4. Bersama ini saya sertakan surat sokongan daripada syarikat tempat saya bekerja untuk
membawa kenderaan tersebut.

5. Oleh kerana ini adalah kesalahan pertama, saya memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
mempertimbangkan rayuan saya. Maklum balas segera dari pihak tuan amatlah dihargai agar segala
urusan harian saya tidak terbatas atas sebab tidak mempunyai lesen memandu.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

________________________________
(Mohammad Safwan Rahimi Bin Barawi)
(No Tel : 010-940 2005)
(No Fax: 087-420 082)

s.k: Pengarah JPJ, Labuan

You might also like