You are on page 1of 7

EPISOD 4.... ( Kg.

Ayer Semporna )

PERJUANGAN PENDUDUK KG.AYER BERMULA

MEMORANDUM PENDUDUK KG. AYER SETEBAL 25 MUKA SURAT DIKEMBALIKAN KEPADA


JAWATANKUASA AD-HOC DALAM MASA 5 MINIT SELEPAS DIKEMUKAKAN.

Pada 3hb. Januari 2010 penduduk Kg.Ayer Semporna telah menubuhkan satu
Jawatankuasa Ad-hoc ( Jawatankuasa bertindak Kg.Ayer ) yang dianggotai oleh
semua wakil lorong ( Wharf ) bagi memberikan pandangan mereka kepada
pihak kerajaan mengenai masa depan dan pendirian mereka kearah 2015.
Sila Lawat lama WEB – ( http://kampungairsemporna.blogspot.com ), bagi
mengetahui Ajk Ad-hoc Kg.Ayer.

Antara lain tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah disebabkan peristiwa


Kebakaran pada 15.12.2010 telah memberi pengajaran kepada mereka
bahawa bertapa perlu dan pentingnya mereka bersatu dalam satu suara bagi
kepentingan penduduk tempatan keseluruhanya bukan sehaja di Kg. Ayer
Semporna, tetapi juga kepada pendduduk Daerah Semporna yang tinggal di
persisiran khasnya dan di Negeri Sabah Amnya.

Satu memorandum telah dikemukan kepada Pegawai Daerah Semporna di


pejabat Daerah Semporna pada 5hb. 01. 2010, walaubagaimanapun
memorandum berkenaan telah dikembalikan kepada pihak jawatankuasa ad-
hoc melalui suratnya Bil - PDSPA 100-0/118 klt.23 , bertarikh pada hari yang
sama tanpa kajian.

Pengerusi jawatankuasa betindak telah mengadakan pertemuan dengan pihak


pentadbiran Daerah iaitu Pegawai Daerah dan Pegawai Kanan majlis Daerah
Semporna Di Pejabat Daerah Semporna bagi maksud ini.

Dalam pertemuan ini Pegawai Daerah menasihatkan pengerusinya Abdullah


Sani Hj. Abdul Salleh supaya mengemukakan memorandum berkenaan kepada
pihak atasan atau ahli politik Ahli Palimen dan Adun tertentu di kawasan
Palimen Semporna dengan alasan bahawa JAWATANKUASA PEMEGANG
AMANAH KG. AYER telah dibentuk sejak setahun lalu yang dianggotai oleh
Ketua Ketua kampung Kg.Ayer dan beberapa pegawai pegawai kanan yang
berkenaan di Daerah Semporna.

Adalah Menjadi kemuskilan kami Penduduk Kg.Ayer, Pertanggungjawapan


PEMEGANG AMANAH yang dipertanggungjawakan kepada KETUA KAMPUNG
tidak pernah mengadakan majlis taklimat atau pertemuan dengan penduduk
kampung bagi membincangkan masa depan mereka sejak sekian lama ataupun
sejak JAWATANKUASA PEMEGANG AMAH Kg.Ayer diwujukan setahun lalu
walaupun penduduk kampung berkali kali menjemput ketua kampung untuk
hadir dalam pertemuan dengn penduduk kampung.

Siapa Sebenarnya dalang KG.AYER SEMPORNA?

PEMEGANG AMANAH YANG TAK AMANAH


Dalam pertemuan saya dengan Peg.Daerah Semporna,beliau memaklumkan
secara lisan bahawa KETUA KAMPUNG Air adalah pegawai yang
dipertanggungjawabkan menjadi wakil mesyarakat kg.Ayer semporna bagi
menentukan masa depan kg.Ayer.

Pegawai Daerah juga telah mengarahkan ketua kampung supaya


memaklumkan mesyarakat kampung mengenai perancangan penempatan
Kg.Ayer masa akan datang sejak setahun yang lalu namun tiada satupun
tindakan ini yang telah dilakukan oleh ketua kampung. Jika benar apa yang
dikatakan oleh pegawai Daerah ini , kami beranggapan bahawa KETUA
KAMPUNG perlu lebih bertanggungjawab dan AMANAH terhadap tugasnya.

Oleh kerana tindakan Ketua kampung yang mengatepikan pandangan rakyat


Kg.Ayer maka perkara adalah amat dikhuartiri akan menimbulkan salah faham
diantara pihak Kerajaan dan Penduduk tempatan. Lebih lebih lagi tindakan
Pegawai Daerah yang menolak memorandum RAKYAT KAMPUNG AYER tanpa
membuat kajian mendalam terhadap memorandum ini yang diluahkan dari
hati rakyat dikawasan ini.

Jawatankuasa Ad-hoc kg. Ayer yang melihat tindakan Pegawai Daerah


mengambalikan MEMORANDUM PENDUDUK KG.AYER kerana taksub dengan
laporan KETUA KAMPUNG AYER yang dianggap sebagai wakil mesyarakat
kampung Ayer dan PEMEGANG AMANAH KAMPUNG AYER nampaknya
mengundang perbelahan diantara rakyat dan penduduk kampung pada masa
akan datang jika tidak ditangani dengan baik.

Jesteru itu pihak Jawatankuasa Ad-hoc menginggatkan bahawa pentingnya


pihak pentadbiran Daerah mengambil kira hasrat penduduk tempatan sebagai
jalan penyelesaian permasalahan yang timbul.
PENUBUHAN AJK AD-HOC KG.AYER MEMBANTU MENYELASAIAKN MASALAH

Jawatankuasa yang dibentuk ini adalah bertujuan untuk mencari jalan


penyelasaian dan jalan keluar kearah peneyelasaian menyeluruh bagi kampung
yang telah mengambil tindakan dan mencadangkan kepada pihak kerajaan
terhadap tindakan JANGKA PANJANG, JANGKA PENDEK dan PELAN TINDAKAN
SERTA MERTA di kampung berkenaan.

Jesteru itu Memorentum 11 perkara yang dikemukan seharusnya diambil


perhatian oleh pihak kerajaan bukannya dilihat sebagai satu pelan tindakan
yang tidak wajar oleh pihak berkuasa tanpi membuat kajian secara perperinci
dan telus.

Sebagai amaran awal kepada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab dan
tidak amanah terhadap masa depan kg.Ayer kami bersedia menghadapi apa
pun kemungkinan dalam bentuk Kompromi atau bentuk Komprantasi pada
masa akan datang.
LAPORAN BERGAMBAR PENUBUHAN JWTK. AD-HOC KG.AYER.

Penubuhan Jawatankuasa Ad-hoc ditubuhankan di Kg.Air Semporna pada 3hb.01.2010,


bertempat dikediaman En.Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh.
Penubuhan Jawatankuasa Ad-hoc ditubuhankan di Kg.Air Semporna pada 3hb.01.2010,
bertempat dikediaman En.Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh.
Penubuhan Jawatankuasa Ad-hoc ditubuhankan di Kg.Air Semporna pada 3hb.01.2010,
bertempat dikediaman En.Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh.

You might also like