You are on page 1of 9

FAQ SEKOLAH BESTARI

Konsep Sekolah Bestari (Smart School Conceptual Model)

1. Apakah dia Sekolah Bestari?

Institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman maklumat.

Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang

hayat.

2 Mengapakah penting menyediakan individu  untuk belajar

sepanjang hayat dalam zaman maklumat?

Kerana maklumat perubah dengan pesat di zaman maklumat.

3. Apakah objektif Sekolah Bestari?

1. Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat

3. Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi.


4. Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar

5. Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan

individu

6. Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

7. Mendemokrasikan pendidikan

4. Bagaimanakah Sekolah bestari menyediakan pelajar supaya

boleh belajar sepanjang hayat?

Dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar

memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai

atau menyebar maklumat.

5. Namakan kemahiran-kemahiran generik yang perlu

dikembangkan.

1. Kemahiran belajar

2. Kemahiran berfikir

3. Kemahiran mentaksir dan menilai

4. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

5. Guru perlu kembangkan Kemahiran pemudahcaraan 


6. Sebagai guru bagaimanakah anda akan menentukan

perkembangan kemahiran generik pelajar anda? 

Dengan memahami ciri-ciri pelajar, menggunakan pelbagai pendekatan

pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

  

7. Apakah ciri-ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru sekolah

bestari? 

Ciri- ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru ialah gaya pembelajaran

pelajar (Model Dunn dan Dunn ; Model VAK), kecerdasan pelbagai pelajar

dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

8. Namakan pendekatan-pendekatan pembelajaran yang sesuai

digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik

pelajar. 

1. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

2. Pembelajaran Bersifat Individu

3. Pembelajjaran Masteri

4. Pembelajaran Kadar Kendiri

5. Pembelajaran Akses Kendiri


6. Pembelajaran Terarah Kendiri

7. Pembelajaran Berfikrah

8. Pembelajaran Berbantukan Teknologi

9. Pembelajaran Berasaskan Otak

10. Pembelajaran Berasaskan Projek

8. Namakan strategi-strategi pengajaran pembelajaran yang

sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan

kemahiran generik pelajar.

 Direktif

 Pemerhatian

 Mediatif

 Generatif

 Koperatif dan Kolaboratif

 Konteks Luar

 Metakognitif

 Konteksual

 Kajian Masa Depan


 

9. Apakah ciri-ciri pedagogi?

1. Pembelajaran melalui pengalaman-aktiviti berpusatkan pelajar

2. Participatif- menggalakkan penglibatan secara aktif

3. Kolaboratif- maklumat dikongsi secara bersama

4. Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya

pembelajaran, kecerdasan pelbagai.Berasaskan guru, rangkaian 

dan     perisian – pendekatan, strategi, teknik yang pelbagai.Budaya

kaya ilmu Berfikiran Kritis dan kreatif.Berpusatkan

pelajar,Pembelajaran Masteri,  Akses kendiri, 

5. Kadar kendiri,    Terarah kendiri, Konteks global.

6. Penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran

7. Pelbagai kaedah dan strategi P&P digunakan seperti stesyen,bersifat

individu,berfikrah, inkuiri,kontekstual dan sebagainya.

 
11. Apakah tunjang P&P Bestari?

 Akses kendiri

 Kadar kendiri

 Terarah kendiri

12. Apakah ciri-ciri bahan P&P bestari?

Modul  pembelajaran – membolehkan pembelajaran kadar kendiri, akses

kendiri dan terarah kendiri dijalankan

13. Apakah ciri-ciri kurikulum Bestari?

1. Pelbagai disiplin, bertema dan berkesinambungan merentasi bidang

pembelajaran

2. Mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, nilai,  bahasa merentas

3. Futuristik – menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan

4. Developmental – membantu pelajar mencapai perkembangan

menyeluruh dan seimbang

5. Pelbagai dimensi ilmu, kemahiran dan bersifat global

6. Fleksibel – mengikut tahap dan kebolehan pelajar


7. Berpandukan nilai – pemupukan akhlak dan nilai murni merentas

kurikulum

8. Berorientasi praktis dan berasaskan proses

14. Apakah ciri-ciri penilaian dan pentaksiran bestari?

1. Rujukan   kriteria

2. Penilaian  “on-line”

3. Autentik / performance-based

4. Fleksibel

5. Pentaksiran lebih berbentuk tidak formal, berterusan dan   berfungsi

sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran

6. Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan

perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan

7. Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan

pentaksiran dan objektif matapelajaran diutamakan

8. Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan

tahap pencapaian pelajar.

9. Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk

dalam diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum


 

15. Apakah perbezaan penilaian sekarang dan penilaian bestari?

Sekarang                                              Bestari
Berfokuskan pencapaian                       Holistik
Berasaskan subjek                                Berasaskan elemen
Merujuk norma                                      Merujuk criteria
Berpusatkan sistem                               Berpusatkan pelajar
Berpusat                                               Pelbagai bentuk
Terminal                                                Berterusan
Tertumpu Ujian                                      Panca Instrumen
Off-line                                                 On-line
 

16. Apakah 4 komponen P&P Bestari yang mesti diberi perhatian?

 Kurikulum,

 Pedagogi,

 Penilaian

 Bahan.

17. Apakah yang dirujuk sebagai elemen-elemen pembelajaran

bestari?

1. Kemahiran generik,

2. Ciri-ciri pelajar, 

3. Pendekatan pembelajaran
4. Strategi P&P.

18. Berapa buah sekolah bestari di Sarawak?

 6 buah sekolah Bestari Penanda Aras

 1 buah sekolah Bestari Luar Bandar

19. Senarai Sekolah Bestari Sarawak

 Sekolah Bestari Penanda Aras

i) SM Sains Kuching

ii) Kolej DPA Abdillah Kuching

iii) SMK BM Saratok

iv) SMK Three Rivers Mukah

v) SM Sains Miri

vi) Kolej Datu Tunku Haji Bujang Miri

 Sekolah Bestari Luar Bandar

i) SMK Sematan

You might also like