You are on page 1of 10

PENAIKAN TARAF TETIKUS

3.3.1) Pengenalan

Sejak sistem operasi Windows menjadi trend utama dalam penggunaan komputer,
peranti tetikus (mouse) telah menjadi kelengkapan input yang penting bagi komputer.
Selain daripada menaik taraf kelengkapan komputer lain, seperti CPU, memori,
kad paparan dan lain-lain lagi, kita juga perlu mempertimbangkan keperluan penaikan
taraf tetikus. Tanpa tetikus, banyak operasi perlaksanaan dan pengendalian akan
menjadi susah dan rumit.
Tetikus boleh dikategorikan kepada tiga jenis utama, iaitu tetikus mekanikal,
tetikus skrol dan tetikus optikal. Konsep kerja bagi tetikus mekanikal banyak
bergantung pada “bebola” yang terdapat dalam tetikus. Bebola tersebut akan
memimpin pergerakan pengeser paksi X dan Y, yang akan menghasilkan isyarat 1 dan
0 yang dapat dikenal pasti oleh computer. Isyarat-isyarat yang dihasilkan akan
dikendalikan oleh computer dan menjadi kedudukan kursor yang dipaparkan pada
skrin. Bagaimanapun, bebola bagi tetikus mekanikal mudah dilekati habuk, dimana
keadaan ini dapat menyukarkan pergerakan tetikus.

Tetikus skrol (scroll mouse) merupakan jenis tetikus yang paling umum. Rekaan
skrol yang unik menjadikannya amat popular di kalangan pengguna. Dengan adanya
tetikus skrol, pengguna dapat melayari Internet dan mengimbas lamn web dan fail
Windows dengan mudah.Tambahan pula, bagi versi sistem operasi selepas Windows
98, ia dapat digunakan secara langsung tanpa perlu memasang driver, menjadikannya
sebagai trend utama dalam penggunaan tetikus.
Tetikus optikal, atau sebagai tetikus tanpa wayar berfungsi berdasarkan konsep
optikal. Setelah isyarat ditukar menjadi isyarat cahaya, ia akan ditukar menjadi yang
diperlukan oleh computer menerusi satu kelengkapan khas. Tetikus optikal yang lama
memerlukan pad tetikus yang khas untuk membolehkannya berfungsi. Bagi tetikus
optikal yang terkini, ia tidak memerlukan pad tetikus yang khas, malah bebola tetikus
juga amat tahan lasak. Namun, harganya adalah amat mahal berbanding jenis tetikus
yang lain.

Di samping itu, antara muka tetikus boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu port
jenis USB, PS/2 dan Serial. Penggunaan tetikus Serial amat umum pada papan induk
AT, tetapi kini ia telah semakin lenyap di pasaran. Tetikus PS/2 merupakan trend
utama memandangkan ia mudah dipasang, mempunyai sifat kesepadanan yang amat
baik serta harganya yang murah. Bagaimanapun, tetikus USB juga berkembang pesat.
Kelengkapan USB bukan sahaja mudah digunakan, malah mempunyai kelajuan
perlaksanaan yang cepat, serta menyokong fungsi palam dan guna.
Jika anda menginginkan operasi computer yang lebih mudah, maka anda boleh
mempertimbangkan untuk menaik taraf tetikus kepada tetikus jenis USB.
Bagaimanapun, terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dilakukan. Kita harus
mempertimbangkan adakah kegunaan kelengkapan yang dinaik taraf itu dapat
dioptimumkan atau tidak, di mana pengoptimuman in banyak bergantung pada
keadaan computer. Keadaan computer sebenarnya merujuk kepada adakah papan
induk dapat menyokong antara muka USB atau tidak. Kini, USB boleh didapati dalam
tiga versi, iaitu USB, 1.0/ 1.1/ 2.0. Ketig-tiga versi mempunyai kecekapan yang
berbeza. Oleh itu, sebelum membeli tetikus USB 2.0, kita harus memastikan bahawa
papan induk kita dapat menyokongnya.
Berikut merupakan beberapa perkara yang harus dititikberatkan ketika membeli
tetikus USB.

1. Untuk menggunakan tetikus USB, anfa harus memastikan papan induk dapat
bersepadan dengan USB.
2. Jangan membeli tetikus USB jika sistem operasi yang digunakan merupakan
Windows NT4.0. Ini adalah kerana NT4 tidak menyokong USB.
3. Tetikus USB gagal digunakan dalam mod selamat (safety mode) Windows.
4. Tetikus USB gagal digunakan dalam mod DOS.
Pasaran ini dibanjiri dengan pelbagai dengan pelbagai jenis jenama tetikus.
Pengilang tetikus yang terkenal termasuk BenQ, Logitech dan Miicrosoft. Kita boleh
melayari laman web rasmi pengilang tersebut untuk maklumat produk yang lebih
lanjut.

BenQ: www.benq.com
Logitech: www.logitech.com
Microsoft: www.microsoft.com

3.3.2) Proses pemasangan tetikus

Teliti dan fahamkan proses pemasangan tetikus agar tidak kelam-kabut ketika
proses sedang berlangsung.

Matikan bekalan kuasa

Tanggalkan tetikus lama

Pilih cara pemasangan yang sesuai

Menaik taraf ke Menaik taraf ke


Tetikus skrol tetikus tanpa wayar

Pasangkan tetikus Pasangkan penerima (receiver)


Skrol yang baru isyarat ke papan induk

Pasangkan bateri tetikus

Letakkan tetikus di kedudukan


yang sesuai

Selesai

Proses pemasangan tetikus


Menerusi gamba rajah di sebelah, kita dapat melihat bahawa terdapat dua jenis
penaikan taraf, iaitu penaikan taraf jenis ekonomi dan mewah. Kebanyakan penaikan
taraf adalah dari tetikus mekanikal ke tetikus skrol, oleh itu pemasangannya juga amat
ringkas. Manakala pemasangan tetikus optikal atau wayar adalah lebih sukar. Pilih
jenis penaikan taraf berdasarkan keperluan sebenar kita.

3.3.3) Menyediakan peralatan pemasangan

Pemasangan tetikus adalah amat mudah. Peralatan tidak diperlukan untuk


memasangnya. Terutamanya bagi tetikus USB, ia boleh dipalam ke port yang relative
secara langsung tanpa perlu mematikan koputer terlebih dahulu.

3.3.3) Pemasangan Tetikus Tanpa Wayar.

Pemasangan tetikus tanpa wayar adalah berbeza dengan pemasangan tetikus


wayar. Biasanya, tetikus tanpa wayar terdiri daripada dua komponen utama, iaitu
penerima isyarat (receiver) dan tetikus yang berperanan sebagai pemancar isyarat
(transmitter). Penerima biasanya bersambung ke antara muka PS/2 atau USB yang
tedapat pada papan induk. Jika merupakan antara muka USB, sekiranya system dapat
berfungsi dengan stabil, maka bekalan kuasa tambahan tidak perlu dipasang.
Bagaimanapun, jika merupakan penerima antara muka PS/2, maka bekalan kuasa
tambahan perlu dipasang. Begitu juga dengan tetikus, ia perlu dipasangkan bateri
untuknya berfungsi. Semua aksesori ini akan disertakan bersama dengan pembelian
tetikus tanpa wayar.
Berikut merupakan cara pemasangan tetikus tanpa wayar.

Langkah 1

Pada tetingkap [Control panel], dwiklik pada ikon


[Add or Remove Programs]. Singkirkan driver tetikus
yang telah dipasang (jika tetikus yang sedia ada tidak
dipasang dengan driver, maka langkah ini boleh
dilangkau).
Langkah 2

Masuk ke [Device Manager] dan klik butang kanan


tetikus pada nama tetikus pada nama tetikus yang
dipaparkan. Pilih opsyen [Uninstall] untuk
menyingkirkan driver tetikus semasa.

Langkah 3

Setelah driver disingkirkan, matikan computer.

Langkah 4

Matikan bekaln kuasa dan tanggalkan tetikus yang


bersambung ke bahagian belakang casing.

Langkah 5
Sambungkan port USB tetikus ke antara muka USB
yang terdapat pada papan induk.
Langkah 6

Pastikan pemasangan tetikus adalah tepat,


kemudian sambungkan semula bekalan kuasa dan
hidupkan komputer.

Setelah memasuki system operasi Windows, sistem akan melakukan pemantauan


automatic dan mengenal pasti kelengkapan baru yang dipasang. Jika merupakan
sistem operasi Windows XP, maka driver tidak perlu dipasang memandangkan system
akan menambah kelengkapan tersebut ke dalam direktori secara automatic. Jika
driver perlu dipasang, maka anda boleh merujuk kepada perbincangan yang
seterusnya.

3.3.4) Pemasangan Aturcara Driver Tetikus

Driver perkakasan diperlukan untuk membolehkan perkakasan tersebut berfungsi


dalam sistem operasi. Begitu juga dengan tetikus. Biasanya, pemasangan tetikus yang
baru pemasangan driver yang bersesuaian dengannya. Jika merupakan sistem
Windows, biasanya driver bagi tetikus telah sedia ada dalam sistem, oleh itu sebaik
sahaja sistem dapat mengenal pasti tetikus yang dipasang, tetikus tersebut akan dapat
diguna serta-merta.
Oleh itu, pemasangan tetikus yang umum biasanya tidak memerlukan pemasangan
driver. Bagaimanapun, jika merupakan yang lebih baru, maka berkemungkinan
Windows akan gagal mengenal pastinya. Dalam keadaanini, driver perlu dipasang
secara manual.

Langkah 1

Klik butang kanan tetikus pada ikon [Mouse]


yang terdapat pada tetingkap [Control Panel],
kemudian pilih opsyen [Open] untuk memulakan
tetingkap [Mouse Properties].
Langkah 2

Tukar ke tab [Hardware] dan klik pada butang


[Properties] untuk memulakan tetingkap [PS/2
Compatible Mouse Properties]

Langkah 3

Tukar ke tab [Hardware] dan klik pada butang


[Update Driver] untuk memulakan tetingkap
[Hardware Update Wizard].

Langkah 4

Pilih opsyen [Install from a list or specific


location (Advancend)] dan klik butang [next].

Langkah 5

Pada tetingkap pemilihan fail driver, klik pada


butang [Browse] untuk mencari driver yang
terdapat pada CD. Seterusnya, klik butang [Next].
Langkah 6

Klik pada butang [Finish]. Driver tetikus telah


pun selesai dipasang.

Setelah driver dipasang, system akan memaparkan tetingkap [Sistem Settings


Change], Klik pada butang [Yes] untuk menghidupkan semula komputer.

Kita juga boleh melakukan penetapan terhadap fungsi tetikus berdasarkan


kesukaan sendiri. Misalnya konfigurasi butang tetikus, kepantasan tindak balas
dwiklik, rupa bentuk kursor dan kelajuan pergerakan kursor.

Sebelum melakukan penetapan, mulakan tetingkap[Mouse Properties] menerusi


[control panel]. Klik pada tab [Pointers]. Setelah memilih jenis kursor yang
dikehendaki menerusi senarai [Scheme], klik pada butang [OK].
Jika hendak mempercepatkan lagi tindak balas aksi dwiklik, maka tukar ke tab
[Pointers Options] dan selaraskan penetapan pada bahagian [Motion].

Terdapat banyak opsyen yang boleh diselaraskan berdasarkan kehendak sendiri.


Anda boleh menyelaraskan penetapan berdasarkan keperluan sendiri.

You might also like