You are on page 1of 19

Pengenalan Cakera Keras

Untuk membolehkan komputer berfungsi, pelbagai perisian dan aturcara diperlukan


untuk membekalkan fungsi bagi keperluan tertentu. Semua aturcara dan perisian yang
diperlukan disimpan dalam cakera keras. Oleh itu, cakera keras amat penting bagi
komputer.
Sejajar dengan perkembangan teknologi, kapasiti cakera keras telah semakin
bertambah bagi menampung keperluan perisian berlainan. Tanpa kapsiti yang mencukupi,
perisian yang diperlukan mungkin akan gagal dipasang. Berbanding dengan
perkembangan CPU, memori, kad paparan dan komponen komputer yang lain.
Bagaimanapun, pengilang-pengilang cakera keras telah berusaha untuk
mempertingkatkan kapasiti cakera keras, dari 10 M sehingga mencapai 100 G, malah
kelajuannya juga bertukar dari mod P101 ke ATA 133.
Perkembagan teknologi yang pesat juga telah membawa satu trend baru dalam cakera
keras. Kini, kebanyakan cakera keras telah mengaplikasikan antara muka USB, di mana
cakera keras IDE telah semakin tidak mendapat sambutan di pasaran. Ini adalah kerana
cakera keras USB lebih berkualiti dari pelbagai aspek penggunaan.

Mengira kapasiti cakera keras


Kapasiti merupakan salah satu aset cakera keras. Pada zaman awal, kapasiti cakera
keras adalah amat sedikit, hanya beberapa M atau beberapa puluh M. Kapasiti maksima
hanya mencapai ratusan M sahaja. Bagaimanapun, kini kapasiti cakera keras yang boleh
didapti dalam pasaran adalah di antara 20 G hingga 180 G.
Unit storan cakera keras yang paling minimum merupakan B (bait, byte). Jadual
pengelasan unit storan cakera keras adalah seperti berikut:

1 G = 1024 MB
1 M = 1024 KB

1 K = 1024 B
Bagi memudahkan pengelasan, biasanya kita akan menganggap 1024 sebagai 1000,
iaitu 1 G = 1000 M.

Antara muka penghantaran cakera keras

Walaupun kapasiti merupakan aspek penting bagi sesebuah cakera keras, tetapi jika
kelajuannya perlahan, maka kecekapan komputer juga gagal dioptimumkan. Antara muka
penghantaran merupakan factor penting bagi menentukan kelajuan pengendalian
maklumat oleh cakera keras. Terdapat tiga jenis antara muka penghantaran yang umum,
iaitu IDE, SCSI dan USB.

• Antara muka penghantaran IDE

IDE merupakan singkatan bagi Integrated Drive Electronics. Biasanya, terdapat dua
antara muka IDE pada papan induk. Kelengkapan yang bersambung ke antara muka IDE
digelar sebagai kelengkapa IDE. Cakera keras dan CD-ROM merupakan dua
kelengkapan yang bersambung ke papan induk menerusi antara muka IDE, oleh itu
kedua-dua kelengkapan itu juga digelar sebagai kelengkapan IDE. Mod IDE telah
berkembang dari PIO (Programmed I/O), DMA (Direct Memory Access) hingga ke mod
UDMA (Ultra Direct Memory Access) yang terkini.

• Antara muka penghantaran SCSI

SCSI merupakan singkatan bagi (Small Computer System Interface). SCSI telah
berkembang dari SCSI-1, SCSI-2 sehingga ke SCSI-3. Ia amat baik dari segi kelajuan
dan kestabilan. Bagaimanapun, ia jarang digunakan oleh pengguna umum
memandangkan pemasangannya lebih rumit berbanding cakera keras IDE ( pemasangan
cakera keras SCSI memerlukan satu kad SCSI tambahan), malah harganya turut lebih
mahal. Kebanyakan pengguna cenderung menggunakan cakera keras IDE, di mana
cakera keras SCSI biasanya digunakan pada pelayan, ayau komputer yang perlu
mengendalikan maklumat yang berkualiti besar.
• Antara muka penghantaran USB

Antara muka penghantaran USB merupakan trend baru dalam bidang komputer. Ia
hanya menggunakan empat wayar untuk proses penghantaran (dua wayar untuk
menerima/menghantar maklumat, manakala dua lagi digunakan untuk membekalkan
kuasa), dan menggunakan mod penghantaran baris gilir titik ke titik. Oleh itu, ia lebih
cekap berbanding dua jenis cakera keras yang lain dan cara pemasangannya lebih mudah.

Tatasusun pengiraan cakera keras


Biasanya, sebuah papan induk boleh di bersambung ke empat cakera keras secara
maksimum. Jika sebuah komputer itu telah dipasang dengan empat cakera keras,
bagaimana pula mekanismenya? Bagaimanakah komputer dapat mengecamnya?. Di
bawah adalah tatasusun empat cakera keras.
Jika diperhatikan permukaan depan atau belakang cakera kerasa, terdapat satu simbol
yang berlabel Jumper dan antara muka penetapan Jumper yang berkenaan. Ia digunakan
oleh komputer untuk mengecam cekera keras berbilang yang wujud dalam satu komputer.
Konsepnya adalah berasaskan di mana cakera keras yang dilabel [Master] merupakan
caker keras utama komputer, manakal [Slave] pula merupakan cakera keras sekunder.
Kuasa penggunaan cakera keras utama adalah lebih tinggi daripada cakera keras
sekunder. Jika cakera keras utama telah dipasang system operasi Windows XP, manakala
cakera keras sekunder pula telah dipasang system operasi Windows 2000, maka ketika
computer but, ia hanya akan memulakan Windows XP, tetapi tidak Windows 2000.
Bagaimanapun, penetapan pada cakera keras adalah tidak cukup. Wayar yang
bersambung dari papan induk ke papan induk juga merupakan satu aspek yang penting.
Kabel IDE juga telah dilabel dengan [Master] dan [Slave]. Kegunaannya adalah untuk
membekalkan satu pengenalpastian dan sambungan bagi cakera keras. Semua sambungan
pada cakera keras harus betul dan tepat., iaitu jika Jumper ditetapkan sebagai cakera
keras utama, ia perlu disambung ke kabel yang dilabel [Master]. Jika tidak, komputer
akan gagal dihidupkan.

IDE kabel

Selain itu, kedudukan IDE papan induk juga merupakan salah satu aspek penting. Kuasa
atau hak IDE1 adalah lebih tinggi daripada IDE2. Ketika kabel bersambung ke IDE2,
komputer masih akan mengesan IDE1 terlebih dahulu. Apabila gagal mengesan fail
permulaan yang diperlukan, barulah ia akan mengesan kelengkapan yang bersambung ke
IDE2. Jika kedua-dua IDE turut disambung dengan kabel, malah mempunyai empat
cakera keras yang masing-masing dipasang dengan sistem operasi, maka cakera keras
yang akan diaktifkan terlebih dahulu merupakan cakera keras utama yang terdapat pada
IDE1.
Slot IDE kabel

Proses pemasangan cakera keras

Penetapan yang berkaitan dengan cakera keras harus dilakukan sebelum pemasangan
dilakukan, ini penting bagi memastikan cakera keras dapat berfungsi dengan normal
selepas dipasang. Berikut merupakan proses pemasangan cakera keras:

Sedikan peralatan pemasangan dan


Komponen yang berkaitan.

Singkirkan penetapan Jumper cakera


Keras yang lama
Tetapkan Jumper cakera keras yang
baru

Pasangkan cakera keras yang baru

Pasangkan cakera keras kedua


(iaitu cakera keras lama)

Pemasangan selesai dilakukan

Proses pemasangan cakera keras

Menyediakan peralatan pemasangan

Berikut merupakan beberapa peralatan penting yang diperlukan dalam penaikan taraf:

• IDE kabel

IDE kabel merupakan peralatan penting untuk menyambungkan cakera keras dengan
papan induk. Terdapat dua jenis kabel, iaitu kabel 40 garisan dan kabel 80 garisan. IDE
kabel 40 garisan sesuai dengan CD-ROM yang perlahan dan perkakasan IDE lama. Jika
hendak mencapai kelajuan penghantaran yang lebih cepat, misalnya ATA66, maka kabel
80 garisan diperlukan.
IDE Kabel

• Jumper

Kebanyakan kelengkapan yang terdapat pada papan induk perlu dilakukan penetapan
Jumper yang berkaitan sebelum ia dapat berfungsi dengan normal. Terdapat dua antara
muka IDE pada papan induk, di mana sebanyak empat kelengkapan IDE boleh
bersambung dengannya. Untuk memasang beberapa kelengkapan pada antara muka yang
sama, penetapan Jumper diperlukan supaya komputer dapat mengecam kelengkapan yang
dipasang itu. Selain itu, penetapan Jumper pada papan induk juga digunakan untuk
mengubah frekuensi CPU (external clock) bagi mencapai tujuan overclock.

• Pemutar skru
Pemutar skru merupakan peralatan asas bagi bagi pemasangan, penyelenggaraan dan
penaikan taraf computer. Biasanya, pemutar skru bermagnet yang berhujung leper dan
berhujung T diperlukan. Ini dapat mengelakkan risiko tangan terluka apabila skru terjatuh
ke dalam casing. Pemutar skru bermagnet boleh digunakan untuk melekat dan
mengeluarkan skru tersebut.

• Skru

Skru biasanya disertakan dengan pembelian casing dan digunakan untuk


mengetatkan cekera keras pada casing. Ia juga boleh didapati di kedai aksesoris
perkakasan, tetapi saiznya sama dengan saiz pada cakera keras.
Pemasangan Cakera Keras

Sebelum memasang cakera keras yang kedua ke papan induk, perlu melakukan
penetapan Jumper yang berkaitan dengan cakera keras terlebih dahulu. Pastikan cakera
keras yang manakah merupakn [Master] dan [Slave], kemudian lakukan penetapan
berdasarkan label Jumper yang terdapat pada permukaan cakera keras dan
sambungkannya ke kedudukan kabel yang tepat.
Biasanya, cakera keras yang dinaik taraf akan mempunyai kelajuan pengendalian
yang lebih cepat berbanding dengan cakera keras yang sedia ada. Jika kedu-dua cakera
keras bersambung ke kabel yang sama, sudah tentu keefisienan cakera keras akan terjejas.
Dalam keadaan ini, hanya kapasiti cakera keras telah dipertingkatkan, di mana kelajuan
pengendalian masih berada dalam keadan yang asal, atau berkemungkinan lebih teruk
daripada yang sebelumnya. Jika cakera keras dan CD-ROM bersambung ke kabel yang
sama, memandangkan permintaan CD-ROM kelajuan pengendalian tidak tinggi, maka
cakera keras yang baru akan dapat menikmati saut kabel tanpa berkongsi dengan
kelengkapan yang lain, memastikan kelajuan pengendaliannya turut tamat dioptimumkan.
Lihat proses pamasangan Cakera keras yang sebenarnya.

Langkah 1

Tanggalkan casing, kemudian tanggalkan cakera keras


lama dan CD-ROM.
Langkah 2

Tetapkan Jumper cakera keras lama sebagai [Master],


manakal CD-ROM pula sebagai [Slave].

Langkah 3

Pasangkan cakera keras lama dan CD-ROM ke


kedudukan yang asal, kemudian sambungkan ke
kedudukan yang tepat. Pastikan kabel telah disambung ke
kedudukan yang betul, iaitu kabel yang berlabel [Master]
harus bersambung ke kelengkapan yang ditetapkan
sebagai [Master]. Begitu juga dengan kabel yang dilabel dengan [Slave].

Langkah 4

Pasangakan kabel mengikut arah yang tepat, sambungkan


ke IDE2 yang terdapat pada papan induk dan pasangkan
talian bekalan kuasa yang tepat.
Langkah 5

Selaraskan kedudukan cakera keras lama dan CD-ROM,


dan tetapkan kedudukan menggunakan skru dan pemutar
skru.

Langkah 6

Tetapkan cakera keras yang baru sebagai [Master] dan


pasangkannya ke kedudukan casing yang tepat.

Langkah 7

Pasangkan kabel yang satu lagi ke kedudukan IDE1 yang


terdapat pada papan induk.
Langkah 8

Pasangkan talian bekalan kuasa 4 pin ke antara muka


bekalan kuasa pada cakera keras.

Langkah 9

Selaraskan kedudukan cakera keras yang baru dan


ketatkan kedudukannya menggunakan skru dan pemutar
skru.
Langkah 10

Pasangkan semula casing dan ketatkan menggunakan


skru. Cakera keras yang baru telah pun selesai dipasang.

Operasi penaikan taraf dari segi perkakasan telah pun selesai. Ketika proses
pemasangan sedang berlangsung, terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian:

1. Ketika penyambungan kabel ke cakera keras, kenal pasti bilangan pin pada kabel.
Terdapat satu barisan kabel yang berwarna merah, ia merupakan pin pertama,
sambungkannya ke antara muka IDE pada cakera keras yang bertanda [1].
2. Ketika penyambungan talian bekalan kuasa, pastikan kutub yang betul telah dipasang
ke kedudukan yang relative.
3. Ketika kabel atau talian bekalan kuasa tidak dapat dipasang dengan lancer, jangan
lakukannya secara paksaan . Selaraskan arahnya dan pasangkannya semula.

Memformat cakera keras


Untuk menggunakan cakera keras, selain daripada melakukan pembahagian ruang,
perlu memformat cakera keras sebelum ia dapat berfungsi. Berikut memperkenalkan cara
memformat sector C:, D:, dan E:, menerusi perintah Format.
Sebelum cakera keras diformat, komputer perlu dihidupkan semula (restat) untuk
mengaktifkan partisi cakera keras. Setelah komputer dihidupkan semula, akan mendapati
kod aturcara telah berubah dari [D:] (telah dikonfigurasi sebagai partisi logic) kepada
[F:], berikut lihat langkah-langkah menformat:

Langkah 1

Masukkan [F:] di belakang [A:\>],


kemudian takan kekunci [Enter]. Kursor
akan bertukar ke direktori [F:].

Langkah 2
Masukkan perintah [for C:/S] dan tekan
kekunci [Enter] untuk memformat partisi
[C:].

Langkah 3

Sistem akan memberi amaran bahawa


operasi memformat akan menjadikan semua
maklumat yang terdapat pada cakera keras
hilang, dan seterusnya terpapar arahan
adakah hendak memformat sektor [C:] atau
tidak. Masukkan [Y] dan tekan kekunci
[Enter] untuk memformat sektor [C:].
Langkah 4

Sistem sedang memformat partisi [C:].


Perkembangan operasi memformat akan
dipaparkan dalam nilai peratus.

Langkah 5

Ketika perkembagan oprasi memformat


mencapai 100%, system akan menanya
adakah hendak menamakan sector [C:]
dengan gelaran yang lain, tekan kekunci
[Enter].

Cara memformat bagi sector [D:] dan [E:] adakah lebih kurang sama dengan sector
[C:], hanya ketika perintah format dilaksanakan, parameter [/s] tidak perlu dimasukkan,
hanya perlu memasukkan perintah [Format D:] dam [Format E:] sahaja.

You might also like